Friday, September 17, 2010

Ciri-Ciri Ekonomi Dan Harta Masyarakat Islam -

Ciri-Ciri Ekonomi Dan Harta Masyarakat Islam

Setiap masyarakat mempunyai sistem ekonomi yang khusus yang turut menjadi falsafah, akidah, teladan dan pandangan terhadap individu, masyarakat, harta, tugasnya serta ideanya terhadap agama, dunia, kekayaan dan kemiskinan.

Ini mempengaruhi manusia dalam hubungannya terhadap penghasilan kekayaan, cara memperolehi, serta cara mengagih dan menggunakannya.

Di dalam masyarakat islam, beberapa pemikiran utama yang menjadi tunggak kepada pembinaan ekonomi Islam. Antara kaedah-kaedahnya ialah:


1.Harta dinilai sebagai kebaikan di tangan orang-orang yang baik.
2.Harta dianggap sebagai harta Allah, sementara manusia hanyalah bertindak sebagai peminjamnya.
3.Menganggap seruan ke arah bekerja dan mencari pendapatan yang baik sebagai satu ibadat dan jihad.
4.Mengharamkan semua mata pencarian yang tidak baik.
5.Mengakui milikan individu serta memeliharanya.
6.Melarang individu-individu dari memiliki perkara-perkara yang amat diperlukan masyarakat.
7.Melarang pemilik harta dari memudaratkan orang lain.
8.Membenarkan pengembangan harta selagimana tidak memudaratkan akhlak dan kepentingan umum.
9.Membina jati diri umat.
10.Berjimat dalam membelanjakan harta.
11.Kewajipan mewujudkan takaful (saling bertanggungjawab) di kalangan anggota masyarakat.
12.Mendekatkan jurang pemisah antara status kehidupan.

HARTA DINILAI SEBAGAI KEBAIKAN DI TANGAN ORANG-ORANG YANG BAIK

Islam tidak melihat harta dan perkara-perkara yang baik sepertimana pandangan yang beranggapan buruk dan juga tidak sepertimana pandangan kebendaan yang keterlaluan. Sebaliknya Islam memandang harta sebagaimana berikut:
• Menganggap harta sebagai asas pembangunan kehidupan.
• Menamakan harta sebagai “khair” (kebaikan).
• Menganggap kekayaan sebagai nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada RasulNya dan orang-orang beriman yang bertaqwa dari kalangan hamba-hambanya.
• Menganggap kemiskinan sebagai ujian dan musibah yang dilalui oleh mereka yang menyeleweng dari ajaran-ajaran Allah serta tidak mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah.

HARTA ADALAH MILIK ALLAH, SEMENTARA MANUSIA HANYA SEKADAR PEMINJAM.
• Harta yang dikurniakan oleh Allah tidak dimiliki secara mutlak oleh manusia, manusia hanyalah sebagai pemegang amanah atau wakil
• Maka tidak harus bagi seseorang untuk menisbahkan harta serta kelebihannya semata-mata kepada usahanya, serta berkata-kata dengan kata-kata insan yang kufur.
• Seseorang itu juga tidak boleh mengawal harta untuk dirinya semata-mata tanpa mempedulikan tempat gantungan dan pemiliknya yang hakiki(keseluruhan makhluk bergantung hidup kepada Allah) dan terlupa akan kedudukannya sebagai pemegang amanah terhadap harta tersebut.

MENYERU AGAR BERKERJA DAN MENCARI MATA PENCARIAN YANG BAIK
• Harta menurut pandangan islam adalah alat untuk kehidupan yang baik dan juga alat kebaikan , infaq pada jalan Allah dan kebaikan untuk masyarakat. Oleh itu, kita mestilah berusaha untuk mendapatkannya bersesuaian dengan sunnah Allah yang mengaitkan antara sebab dan musababnya.
• Islam tidak hanya menyeru kepada pekerjaan duniawi sahaja, bahkan islam telah mengkategorikan semua aktiviti tersebut sebagai ibadat dan usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah jika niatnya tulus serta menjaga batasan-batasan Allah.
• Fardhu kifayah ke atas umat islam untuk menyediakan bilangan yang mencukupi dari kalangan orang-orang yang terlatih di dalam setiap bidang kerjaya yang diperlukan oleh masyarakat islam sehinggalah umat islam boleh berdikari.
• Pemerintah perlu menyediakan pekerjaan yang sesuai bagi mereka yang mampu bekerja bagi mereka menyara diri dan keluarga. Pemerintah juga perlu memberikan peluang kepada mereka untuk mempelajari serta mengikuti latihan bagi membolehkan mereka melakukan pekerjaan tersebut.
• Setiap muslim dituntut membentuk keseimbangan antara pekerjaan, kehidupan dan akhirat, antara urusan dunia dan agama, serta antara keperluan jasad dan rohani.
• Dunianya tidak akan melalaikannya dari akhiratnya dan materialnya tidak akan melalaikan keperluan rohaninya.

MENGHARAMKAN SUMBER-SUMBER PENCARIAN YANG TIDAK BAIK
• Pencarian yang dianjurkan islam serta diakui kesannya ialah pencarian yang baik dan sesuai dengan syariat.
• Islam mengharamkan pencarian yang kotor kerana prinsip Islam ialah menghalalkan yang baik dan mengharamkan yang kotor.
• Pencarian yang kotor ialah pencarian yang diperolehi melalui jalan kezaliman dan mengambil harta orang lain secara tidak benar seperti merompak, memperolehi sesuatu tidak sepadan dengan usaha dan pengorbanan seperti riba dan judi, pencarian melalui asset yang haram seperti arak dan babi serta pencarian yang dihasilkan melalui manfaat yang tidak diakui syarak seperti upah para dukun dan tukang ramal.

MENGIKTIRAF MILIKAN INDIVIDU SERTA MELINDUNGINYA.
• Pemilikan ialah ciri kebebasan. Pemilikan itu adalah ciri kemanusiaan, kerana haiwan tidak memiliki, sebaliknya manusialah yang memiliki.
• Keadilan ialah dengan memberi peluang kepada semua orang untuk bekerja dan memiliki. Apabila seseorang itu mempunyai keistimewaan lantaran kepintaran, kesungguhan, ketekunan dan kesabarannya, ia berhak mendapat balasan yang setimpal dengan usahanya.
• Oleh itu Islam membenarkan pemilikan individu. Ia membolehkan seseorang itu menjadi sangat kaya dan harta yang melimpah ruah, selagimana ia mendapatkannya dengan usaha yang halal, menafkahkan kepada yang berhak, tidak melibatkan perkara haram, tidak membazir, tidak bakhil dengan yang hak, tidak menzalimi seseorang dan tidak memakan hak orang lain seperti yang dikehendaki oleh prinsip istikhlaf (pengamanahan) Islam.
• Islam juga mendorong individu untuk memiliki harta dengan melindungi milikannya serta mewariskannya kepada zuriat yang akan datang.
• Ini adalah untuk memberi semangat yang kuat agar setiap individu berusaha serta tekun dan dapat merasakan penguasaan dan kemampuannya setiap kali mengecapi nikmat pemilikan.
• Pengiktirafan islam terhadap pemilikan individu mendatangkan kebaikan kepada umat manusia dan ekonomi.
• Syarat dalam memberi perlindungan kepada hak milik individu:

1. Ia diperolehi melalui cara yang diakui Syarak dan jalan-jalan yang diharuskan.
2. Tidak bertentangan dengan kepentingan umum. Ini kerana kepentingan ramai perlu didahulukan dari kepentingan individu.

MELARANG INDIVIDU DARI MEMILIKI PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBAHAYAKAN ORANG RAMAI.

• Islam membenarkan hak milik individu terhadap harta tak alih (tanah) dan harta alih (kereta), malah punca-punca pengeluaran dan sebagainya.
• Tetapi Islam mengeluarkan semua perkara yang menjadi keperluan awam dari hak milik individu. Ini supaya ia tidak dimonopoli oleh individu atau beberapa individu sahaja. Lantas mereka akan menguasainya dan menggunakannya untuk kepentingan mereka sahaja dan menghalang orang ramai dari menggunakannya melainkan dengan harga yang tinggi.
• Keadaan ini akan memudaratkan masyarakat.


LARANGAN TERHADAP PEMILIK HARTA DARI MEMBAHAYAKAN ORANG LAIN.

• Hak pemilikan tidak memberikan kepada seseorang pemilik kebebasan untuk menggunakan hartanya sesuka hati sekalipun ia memudaratkan orang lain.
• Sebaliknya, ia terikat dengan pemilikannya itu dengan tidak menyalahgunakan haknya sehingga boleh menyebabkan bahaya kepada individu lain atau pun kepada masyarakat
• Antara yang termasuk dalam perkara yang membahayakan ialah menghalang orang lain mendapatkan manfaat di mana ia tidak mendatangkan bahaya kepadanya.

MENGEMBANGKAN HARTA DENGAN USAHA YANG TIDAK MEMUDARATKAN AKHLAK DAN KEPENTINGAN UMUM.
• Islam mendorong pemilik-pemilik harta agar memajukan harta mereka serta melaburkan harta mereka. Islam melarang mereka membekukan harta mereka.
• Namun begitu, Islam membataskan para pemilik harta dalam pengembangan dan pelaburannya hanya melalui cara-cara yang dibenarkan oleh syarak yang tidak bertentangan dengan akhlak dan nilai moral yang tinggi serta kepentingan umum.
• Contohnya, tidak harus bagi pemilik tanah membiarkan tanahnya tanpa bertani jika masyarakat memerlukan kepada tanaman-tanaman dan buah-buahan yang boleh tumbuh di situ.
• Antara cara-cara yang diharamkan dalam mengembangkan harta ialah:

1.RIBA
-Melalui sistem riba, pelaku riba akan mengeksploitasi keperluan peminjam. Mereka akan mengenakan ke atas peminjam lebihan yang diambil sebagai tanpa ada imbalan darinya dalam bentuk kerja atau sumbangan pemikiran.
-Al-Quran amat keras dalam mengharamkan riba dan menjadikannya sebagai salah satu dosa besar yang membinasakannya.

2.PENIPUAN
-Penipuan dalam apa bentuk sekalipun adalah haram.
-Antara bentuk penipuan ialah mengurangkan sukatan dan timbangan.

3.BERNIAGA BARANG-BARANG HARAM
-Antara barang-barang yang haram ialah arak, dadah, babi dan perkakas-perkakas yang haram seperti bijana yang diperbuat daripada emas dan perak, berhala-berhala dan patung-patung serta makanan yang telah rosak.
-Apabila Allah mengharamkan sesuatu barang maka harga dan nilainya turut haram.

4.IHTIKAR ( MONOPOLI HARTA YANG DIPERLUKAN OLEH UMUM)

5.SETIAP PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN AKHLAK
-termasuk di dalam kemungkaran yang diperangi oleh Islam serta ditolak oleh sistem ekonomi Islam.

MEMBINA JATI DIRI UMAT.
• Bekerja untuk mewujudkan jati diri adalah salah satu kaedah terpenting di dalam ekonomi islam.
• Umat islam hendaklah memiliki pengalaman, kecukupan, wasilah dan alat untuk menjadikannya mampu mengeluarkan barangan yang mencukupi keperluannya dari segi material dan moral serta menampung kekurangan ketenteraan dan awam melalui jalan yang disebutkan oleh ahli fiqh sebagai “fardu kifayah”.
• Merangkumi semua ilmu, pekerjaan, pembuatan atau kepakaran yang menjadi keperluan manusia sama ada dalam urusan agama dan dunia.
• Antara cara-cara untuk mewujudkan jati diri:

1.MERENCANA
-Berdasarkan pada data statistik yang terperinci, angka-angka yang tepat, maklumat-maklumat yang diperlukan dan tahap-tahap kepentingannya.

2.MENYEDIAKAN SUMBER TENAGA MANUSIA SERTA MENGAGIHKANNYA DENGAN BIJAK
-Memajukan sistem pengajaran dan latihan serta pentadbiran dan kewangan untuk menyediakan tenaga dan kemampuan manusia yang pelbagai yang mampu diserapkan ke dalam pelbagai bidang keperluan.

3.MENGGUNAKAN SUMBER SEMULAJADI DENGAN BIJAK
-Menggunakan sumber-sumber ekonomi dan keupayaan material dengan bijak dapat dilakukan dengan tidak membiarkan sesuatu pun tanpa digunakan serta memeliharanya sebagai amanah yang wajib dilaksanakan dan sebagai nikmat yang wajib disyukuri.

4.MEMBUAT PENYELARASAN ANTARA SEKTOR-SEKTOR PENGELUARAN
-Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya pertindihan antara sector dengan mengabaikan satu sektor semata-mata kerana memberikan perhatian kepada sektor yang lain.

5.MENGEMBANGKAN KEKAYAAN KEWANGAN
-Menjadi kewajipan masyarakat islam mengeluarkan wang dari simpanan atau perbendaharaan untuk digunakan bagi aktiviti-aktiviti perekonomian dan pekerjaan.
-Antaranya sebagai harga untuk jual beli, upah kepada pekerja, barangan yang dimanfaatkan, modal perkongsian atau pelaburan.

BERSEDERHANA DALAM BERBELANJA.

• BERBELANJA UNTUK DIRI SENDIRI DAN KELUARGA
-Tidak harus ke atas pemilik enggan mengeluarkan nafkah wajib ke atas dirinya atau keluarga kerana kebakhilan, bimbang menjadi melarat atau berpura-pura zuhud. Islam melarang sifat bakhil.

• KEWAJIPAN BERBELANJA TERHADAP HAK-HAK WAJIB
-Hak-hak tersebut sama ada secara tetap seperti zakat dan memberi nafkah kepada kedua ibu bapa, serta hak mendatang seperti menjamu tetamu dan memberikan pinjaman kepada yang memerlukan.

• MEMBUAT KESEIMBANGAN ANTARA KEMASUKAN DAN PERBELANJAAN
-Kita tidak boleh berbelanja seanyak sepuluh jika kemasukannya hanya lapan. Ini akan mengakibatkan berhutang dan menanggung beban dari orang yang dihutangi.

• MEMERANGI KEMEWAHAN DAN ORANG-ORANG YANG TENGGELAM DI DALAM KEMEWAHAN
-Al-taraf iaitu terlampau berlebihan dalam pelbagai bentuk kenikmatan dan ia boleh merosakkan kehidupan individu dan masyarakat.
-Al-Quran menganggap kemewahan sebagai penghalang utama kepada manusia untuk mengikuti kebenaran kerana kemewahan tidak akan member peluang kepada seseorang untuk bebas dari belenggu nafsu syahwat.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL.

KEWAJIPAN MEMBERI NAFKAH KEPADA KAUM KERABAT
• Islam mewajibkan ke atas seseorang yang senang memberi nafkah kepada keluarganya yang susah sebagai mengeratkan lagi silaturrahim serta dapat menunaikan kewajipannya.
• Jika tidak menunaikan kewajipan ini, ia boleh dipaksa melalui ketentuan mahkamah Islam.

SUMBER-SUMBER PENDAPATAN NEGARA YANG LAIN.
• Zakat tidak dapat memenuhi semua keperluan orang-orang miskin. Oleh yang demikian, sumber-sumber pendapatan Negara yang lain dapat mencukupkan serta menjamin keperluan mereka.
• Antaranya ialah seperti harta rampasan perang, harta fai, kharaj dan sebagainya. Termasuk minyak, galian, tanah-tanah pertanian, estet-estet yang dipunyai oleh Negara dan sebagainya yang merupakan sumber kewangan yang besar.


KEWAJIPAN-KEWAJIPAN LAIN DI DALAM HARTA.
• Jika zakat dan keseluruhan sumber pendapatan Negara tidak dapat menjamin kehidupan orang-orang miskin, maka anggota masyarakat yang kaya hendaklah berusaha mencukupkannya.
• Jika orang-orang kaya tidakmelakukannya atas kerelaan diri mereka sendiri untuk membantu orang-orang miskin, maka pemerintah berkewajipan memaksa mereka untuk mencukupkan keperluan tersebut.
• Ia merupakan kewajipan yang mendatang yang difardhukan berdasarkan keperluan dan maslahat. Ia juga tidak mempunyai kadar yang tertentu seperti zakat.

KEWAJIPAN BERZAKAT
• Zakat merupakan tanggungjawab sosial dalam bentuk kewangan. Ia adalah rukun ketiga Islam. Sesiapa yang enggan melaksanakannya kerana kikir dan lokek hendaklah diambil dari mereka secara paksa. Jika mereka mempunyai kekuatan, mereka hendaklah diperangi sehingga mereka menunaikannya. Sesiapa yang mengingkari kefardhuannya bukan kerana baru memeluk Islam, ia dihukum sebagai kafir dan terkeluar dari agama Islam.
• Zakat bukanlah pemberian yang diberikan oleh orang kaya untuk orang miskin. Sebaiknya zakat ialah hak yang tertentu yang diurus pungutan serta pengagihannya oleh Negara melalui amil-amil zakat.
• Zakat amat berbeza dengan cukai yang diambil dari para pekerja dan usahawan, dari peniaga kecil-kecilan serta para pegawai untuk dibelanjakan bagi kepentingan pemerintah serta para kroni mereka.
• Zakat wajib ke atas setiap harta yang berkembang atau bersedia untuk berkembang, yang mencapai kadar-kadar tertentu, matang setahun dan bebas dari sebarang hutang. Ini berlaku pada binatang ternakan, emas dan perak(wang), serta harta perniagaan. Tanam-tanaman dan buah-buahan pula, wajib dikeluarkan zakatnya ketika dituai atau dipetik, sementara galian dan barang penemuan purbakala ketika menjumpainya.

SEDEKAH-SEDEKAH SUNAT.
• Islam menggalakkan umatnya agar member nafkah sama ada ketika senang atau susah, siang atau malam, secara rahsia atau terang-terangan.
• Antaranya dengan cara wakaf dan sedekah jariah serta takaful antara generasi.
• Sedekah jariah (yang mana pahalanya dinikmati oleh pelakunya yang telah mati) adalah antara perkara penting yang dianjurkan oleh Islam.
• Secara istilah disebut “wakaf khairi” yang ditakrif sebagai harta yang dikeluarkan dari hak milik perseorangan, untuk ditahankan hasil dan manfaatnya kepada saluran-saluran kebaikan semata-mata mendapatkan pahala dari Allah.
• Takaful antara generasi pula ialah satu generasi yang tidak boleh bersikap rakus dengan kekayaan bumi yang tersimpan atau tersebar di atasnya, serta memerah pati-patinya sehingga tidak tinggal lagi walau setitik pun untuk generasi akan datang.
• Setiap generasi perlu ada jaminan dan perhubungan. Generasi yang akan datang mendoakan generasi yang lalu.

MENYEMPITKAN JURANG PERBEZAAN ANTARA MANUSIA .

Islam amat prihatin agar harta tidak berlegar dalam kalangan orang-orang kaya sahaja. Oleh yang demikian, islam mempunyai beberapa saranan:
1.Memastikan orang kaya tidak mengembangkan hartanya melalui cara-cara yang diharamkan seperti riba, monopoli, penipuan, memperniagakan perkara-perkara haram dan seumpamanya.
2.Mewajibkan zakat keatas harta orang-orang kaya untuk diserahkannya kepada orang-orang miskin.
3.Mewajibkan orang-orang kaya menunaikan kewajipan-kewajipan lain selain zakat. Seperti memberi nafkah kepada kaum kerabat yang memerlukan, membayar nazar dan kifarat, korban, hak-hak kejiranan dan kekeluargaan, menjamu tetamu, memberi makan kepada orang yang kelaparan, membantu orang yang ditimpa kecelakaan, membebaskan tahanan, mengubati orang sakit serta memberi sumbangan terhadap musibah yang terkena ke atas umat, seperti peperangan, kebuluran dan sebagainya.
4.Sistem pewarisan yang telah disyariatkan oleh Islam. Islam menjadikan anak-anak, ibu bapa, suami isteri, ‘asabah (orang yang mengambil semua baki harta pewarisan), orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan berhak menerima harta pewarisan berdasarkan syarat-syarat tertentu.
5.Pemerintah yang sah dari segi syarak berhak mengembalikan keseimbangan masyarakat apabila ia rosak. Ini dilakukan dengan menggunakan berbendaharaan awam seperti fai dan sebagainya bukan dengan cara membekukan harta milik individu yang berpegang teguh dengan ajaran Islam.

ISLAM DAN SISTEM-SISTEM EKONOMI MODEN

KAPITALIS
• Prinsip kapitalis ialah mengagungkan kebebasan individu. Individu dibiarkan melakukan apa saja, mengembangkan dan membelanjakan hartanya dengan apa cara sekalipun tanpa sebarang syarat yang disebutkan ke atas cara pemilikan, pengembangan dan perbelanjaannya.
• Hak yang diberikan kepada masyarakat terhadap hartanya , hak pengawasan serta pengiraan pemilikan, pengembangan dan perbelanjaannya adalah terlalu lemah dan hampir tiada.
• Hati nurani mereka juga tidak mempunyai sebarang pengawasan yang menyebabkan mereka menghormati dan menjaga hak ini. Malahan mereka berusaha untuk melepaskan diri dari pengawasan perundangan.

SOSIALIS
Sistem ini juga mempunyai pandangan mereka sendiri. Antaranya ialah:
• Memandang rendah kepada individu serta kebebasannya. Menganggap individu sebagai “perisai” Negara dan tidak berhak memiliki tanah,kilang, harta tak alih dan lain-lain lagi yang merupakan sumber-sumber pengeluaran.
• Turut disebut sebagai fahaman komunis atau marxis yang berdasarkan kepada penghapusan status social dan mengobarkan api permusuhan antara golongan manusia. Menggunakan cara kekerasan dan melibatkan pertumpahan darah.
• Sistem ini juga diliputi oleh tekanan politik, pemikiran ekstrim, menyekat kebebasan, menyekat pergerakan para penentang mereka serta menuduh mereka yang menentang kerajaan sebagai primitive, agen luar, pengkhianat Negara dan lain-lain lagi semenjak dari zaman ‘Lenin’ sehingga hari ini.

ISLAM
Islam amat bertentangan dengan kedu-dua sistem diatas, sama ada secara menyeluruh atau secara berasingan, lebih-lebih lagi kewujudan Islam mendahului keduanya lebih dari dua belas abad. Perbezaan bukan sekadar dari segi kebebasan individu dan kemanfaatan masyarakat, malah juga dari segi kerohanian, asas-asasnya, matlamat dan hala tuju dan fungsi.

MATLAMAT DAN FUNGSI EKONOMI ISLAM
• Islam menjadikan ekonomi sebagai cara untuk sampai kepada matlamat yang lebih besar agar manusia tidak disibukkan oleh kesukaran hidup dan perebutan makanan dari mengenal Allah, menjalinkan hubungan baik dengan Allah serta mencari kehidupan Akhirat yang lebih baik dan abadi.
• Apabila manusia mencukupi dari segi keperluan dan keamanan jiwa mereka akan menjadi tenang, lantas mereka berupaya memberikan tumpuan kepada ibadat yang khusyuk kepada Allah.
• Ekonomi di dalam islam adalah sebagai pendukung nilai, akidah dan akhlak islam.
• Islamlah sistem yang adil dan saksama, yang menyeimbangkan antara hak dan kewajipan, antara individu dan masyarakat, antara rohani dan jasmani serta antara dunia dan akhirat tanpa berlebihan dan berkurangan.




Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Disediakan oleh: Maizatul Akma Binti Mohd Zainal

Adab Persahabatan Menjalin Kasih Sayang -

Assalamualaikum. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan karangan ini sepertimana yang ditugaskan kepada saya. Saya telah memilih tajuk Adab Persahabatan Menjalin Kasih Sayang. Buku ini merupakan hemah dan pandangan Hujatul Islam, Imam Ghazali, hasil susunan Abi Jauhar. Buku ini mengajar kita untuk menilai sebuah persahabatan dan ianya bukan diukur pada darjat, wang ringgit, harta dan seumpamanya. Sudah menjadi semacam mentaliti masyarakat abad ini: Ada wang ada kawan. Malah teringat kepada sebuah kata-kata hikmat: Teman ketawa senang dicari, kawan menangis seorang diri.

Walaupun pengalaman itu pahit untuk dikenang namun, kita tidak boleh pisahkan diri dari mereka (sahabat). Kerana pengalaman sejarah memberitahu, kejayaan Rasulullah SAW mendaulatkan Islam sehingga tertegak di tiga perempat dunia dengan bantuan dari para sahabat RA yang cinta dan kasih kepada baginda.

Jadi untuk kita mencapai kejayaan dalam hidup, tidak hanya di dunia mahupun di akhirat, Hujatul Islam, Imam Ghazali member garis panduan kepada kita sifat-sifat insan yang boleh dijadikan sebagai sahabat sejati.

Persahabatan tidak dapat dipisahkan melainkan dengan kematian. Walaupun begitu, ia masih kekal dalam ingatan yang pergi bersama diri yang bersahabat kea lam baqa’. Lihatlah bagaimana rindunya para kepada Rasulullah SAW. Seorang sahabat Rasulullah SAW. telah datang menemui baginda dan berkata:

“Wahai pesuruh Allah! Dikau adalah lebih berharga kepadaku dari nyawaku, harta kekayaanku dan keluargaku. Apabila aku berada di rumahku dan memikirkan keadaan engkau, timbullah perasaan gelisah di dalam hatiku, itulah sebab aku dating ke mari untuk menemuimu. Wahai Pesuruh Allah! Maut pasti dating menemui kita berdua. Sekiranya ditakdirkan tuan kembali ke alam berzakh, tuan pasti berada di tempat mulia sebagai seorang Nabi manakala daku berada di tempat yang lain di mana daku tidak dapat menemuimu. Daku merasa cemas dan gelisah apabila memikirkan tentang perpisahan denganmu…”

Rasulullah SAW. berdiam diri setelah mendengar ucapan itu, ia tidak tahu apa yang hendak diucapkan buat mententeramkan hati sahabatnya. Justeru itu Jibril dating dan menyampaikan wahyu berikut:

“Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang dianugerahkan nikmat oleh Allah, iaitu Nabi-Nabi, para siddiqin, orang yang mati syahid, dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah kurniaan dari Allah yang Maha Mengetahui (pahalanya). ”

Dapat kita lihat disini, betapa kasihnya seorang sahabat kepada baginda Rasulullah SAW. Sebab itulah Rasulullah SAW mencari sahabat, bukan peminat, bukan penyokong dan bukan murid. Nilai sahabat lebih tinggi dari segala-galanya. Pelakon filem akan kehilangan peminat bila tidak popular lagi, guru akan kehilangan murid bila ilmunya telah habis disampaikan, pemimpin politik akan kehilangan penyokongnya bila kalah pilihanraya, tetapi seorang yang punya sahabat tidak akan kehilangan simpati, bantuan, nasihat dan doa dari sahabatnya walau dalam keadaan apa sekalipun. Malah hubungan mesra dan kasih sayang antara seorang dengan sahabatnya akan bertambah erat di saat genting.

Oleh kerana itulah Rasulullah SAW memanggil dengan gelaran sahabat, bukannya kawan, teman dan sebagainya kepada sahabat-sahabat baginda. Terdapat beberapa adab dalam persahabatan antaranya Kemuliaan Budi Pekerti, Jalinan Cinta Yang Hakiki, Memilih Sahabat, Hak Di Dalam Persahabatan, Adab Pergaulan Dengan Semua Peringkat Masyarakat, Hak Dan Adab Seorang Muslimin, Hak Dan Adab Berjiran serta, Hak Dan Adab Berkeluarga. Semua ini berada di bawah tajuk Adab Bersahabat. Saya juga turut menyelitkan panduan memilih sahabat sepertimana yang digariskan menurut Islam.

Pergaulan baik itu adalah buah daripada kemurnian budi pekerti, manakala perpecahan pula merupakan buah daripada kejelekan budipekerti. Maka kebaikan dan kemurnian budipekerti itu membuahkan sifat saling cinta mencintai, bersatu-padu antara satu dengan yang lain dan bersatu haluan. Budipekerti yang keji pula membuahkan sifat saling benci-membenci, dengki antara satu dengan yang lain dan bermusuh-musuhan.

Mengenai kemulian budipekerti ini, Allah SWT. telah memuji NabiNya alaihis-salam dalam firmanNya yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya engkau memilki budipekerti yang luhur. ”(Al-Qalam: 4)

Rasulullah SAW. telah bersabda dengan maksudnya:

“Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga, ialah taqwa kepada Allah dan budipekertinya. ”

Sabdanya lagi yang membawa maksud:“Aku telah diutus untuk menyempurnakan kebaikan-kebaikan budi pekerti. ”

Dengan itu jelaslah kepada kita bahawa buah budipekerti yang baik menimbulkan rasa persaudaraan dan menghalang rasa kesepian jiwa. Dalam hal ini terdapat banyak huraian yang menyatakan kepujian terhadap sikap persaudaraan itu, terutama sekali bila yang menyebabkan jalinan itu, ialah taqwa atau agama ataupun cinta kepada Allah. Kepujian-kepujian itu terkandung di dalam ayat-ayat al-Quran, Hadis-hadis Rasulullah SAW. , atau dasar para sahabat dan tabi’in, semuanya cukup dan lengkap.

Cinta yang hakiki yang didasarkan kerana Allah semata-mata ialah bila kita mencintai seseorang bukan kerana peribadinya, malah kerana kelebihan-kelebihannya yang bergantung kepada keakhiratannya. Misalnya cinta ini ialah: Seseorang yang mencintai gurunya, sebab menerusi guru itu ia akan memperolehi ilmu pengetahuan yang akan memperbaiki amalannya. Sedang tujuan utama dari menuntut ilmu pengetahuan dan amalan yang baik itu, ialah keselamatan diri di hari Akhirat. Inilah yang dikatakan antara contoh-contoh cinta kerana Allah semata-mata.

Demikian pula, jika seseorang itu dalam hatinya tersemat cinta kerana Allah dan dunia, seprti seorang yang mencintai guru yang mendidiknya, lalu ia pun menunaikan segala keperluan guru itu di dunia dengan wang dan sebagainya, maka ia dikira orang yang mencintai kerana Allah.

Seterusnya, bukanlah dari syarat-syarat cinta kerana Allah Ta’ala itu, ia mesti meninggalkan semua nasibnya dari harta kekayaan dunia sama sekali, sebab para Nabi salawatullhi alaihim, sering menyeru kita berdoa, agar Allah SWT. menyempurnakan kedua-dua keperluan dunia dan akhirat.

Bila kecintaan seseorang kepada Allah telah menjadi utuh, nescaya akan muncul dalam hatinya suka membantu dan menolong, serta mengutamakan orang lain dari diri sendiri, bersedia untuk membelanjakan segala yang dimilikinya dari harta, jiwa dan nasihat yang baik.

Dengan itu disimpulkan, bahawasanya sesiapa yang mencintai seorang alim atau ‘abid, ataupun mencintai penuntut ilmu pengetahuan atau orang yang sepanjang masanya beribadat atau membuat kebajikan, maka yakinlah bahawasanya ia mendapat ganjaran pahala dan kurnia dari Allah Ta’ala menurut kadar kekuatan cintanya itu.

Selain itu, di dalam hidup kita tidak semua manusia patut dijadikan sahabat. Rasulullah SAW. telah bersabda yang bermaksud:

“Seseorang itu atas agama (oerjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan. ”

Sahabat yang dipilih itu mestilah mempunyai beberapa sifat dan kelakuan yang istimewa, yang menyebabkan kita memilihnya untuk dijadikan rakan atau sahabat. Justeru itu hendaklah sahabat itu seorang yang waras fikiran, baik budi pekerti, tidak fasik, dan tidak terlampau mementingkan hal-hal keduniaan.

Alqamah berpesan kepada puteranya, katanya: “Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
• Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
• Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
• Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
• Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
• Jika ia mendapat sesuatu kebaikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kabaikanmu.
• Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
• Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
• Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
• Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
• Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
• Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
• Jika kamu berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Demikian pesanan Alqama kepada puteranya dalam menggambarkan watak sahabat yang sejati.

Disini jelas menunjukkan bahawa Islam begitu menitikberatkan sahabat dalam kehidupan. Hal ini kerana tokoh terkenal seperti Alqamah turut mengajar puteranya dalam perkara memilih sahabat sejati.

Adapun bersahabat dengan orang yang sangat mementingkan perkara keduniaan semata-mata, adalah semacam meminum racun yang membinasakan. Kerana tabiat manusia itu sentiasa terpengaruh untuk meniru-niru dan mengikut sikap sahabat. Dan memang sudah ternyata, bahawa tabiat manusia selalu meniru tabiat rakannya tanda disedari oleh yang lain. Jadi bercampur gaul atau berkawan dengan orang yang amat mementingkan hal-hal kedunian semata-mata, akan menarik hati kepada sifat tamak dan sayangkan dunia. Begitu pula bercampu gaul atau berkawan dengan orang yang zahid atau yang orang yang mementingkan hal-hal keakhiratan, akan menarik hati kepada cintakan kezahidan. Oleh itu dimakruhkan persahabatan dengan penagih dunia atau pencinta dunia, dan dianjurkan persahabatan dengan para ulama dan bijaksana dan cendekiawan.

Luqman memberikan nasihat kepada puteranya, katanya: “Wahai anakku! Dampingilah para ulama dan hubungkanlah kedua lututmu dengan mereka, kerana hati akan menjadi hidup dengan diresapi hikmat, sebagaimana bumi yang mati itu akan hidup semula dengan diresapi air semula. ”

Sesungguhnya dalam menjalinkan persahabatan saudaramu itu terkandung bermacam-macam hak yang perlu kita tunaikan iaitu:
• Hak di bidang harta
• Hak memberikan pertolongan
• Hak memelihara lidah dan hati
• Hak memelihara ucapan
• Hak mendoakan
• Hak memberi maaf
• Hak menepati janji dan ikhlas diri
• Hak member kemudahan, meninggalkan bersusah-payah atau menyusahkan

Semua ini merupakan garisan dalam menjalinkan hubungan persahabatan. Hal ini kerana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan. Dalam menjalinkan hubungan persahabatan, hak-hak inilah yang wajar dititikberatkan. Sebagai contoh kita mengabaikan hak memelihara lidah dan hati, nescaya keakraban kita dengan sahabat kita akan pudar. Dalam menunaikan hak sahabat dalam memelihara lidah ialah dengan berdiam diri di suatu ketika dan berbicara di ketika yang lain.

Cara berdiam diri itu ialah tiada menyebut-nyebut keburukan-keburukan kawan di masa dia hadir di hadapan kita ataupun dia tiada. Malah jika kita tahu ada keburukannya, kita buat-buat tidak tahu saja, dan kalau ada orang yang menyebutnya, kita harus pura-pura tidak tahu, dan jangan sampai kita menambah-menambah pula atau membuka pintu perdebatan mengenai keburukan kawan itu. Dan jangan pula kita merisik-risik tentang kekurangan atau mengungkit-ungkit perihalnya.

Dapat kita gambarkan disini betapa pentingnya bagi seorang sahabat demi memelihara hak-hak berkaitan terhadap sahabatnya yang lain. Lihatlah betapa terperincinya Islam dalam menjaga dan menitikberatkan hubungan persahabatan.

Sekumpulan para pendita membuat kesimpulan dengan berkata: “Jika kamu inginkan pergaulan yang baik, maka hendaklah kamu memelihara tata-tertib berikut:
• Berikan keredhaan kamu kepada kawan dan musuh sama belaka. Tunjukkan kepada mereka sikap yang baik tanpa menyombong diri, dan rendahkanlah dirimu tanpa menghinakannya. Jadikanlah sikap kamu sederhana pada semua perkara, sebab terlalu meninggi sangat ataupun merendah sangat, kedua-duanya adalah sifat yang tercela.
• Jangan mengorek gigi atau hidung, banyak berludah atau berhingus, atau selalu menggeliat dan menguap di hadapan muka orang ramai dan di waktu sedang sembahyang atau sebagainya.
• Dengarkanlah perbualan-perbualan atau percakapan-percakapan yang baik dari orang yang bercakap kepadamu, tanpa menunjukkan ketakjuban yang berlebih-lebihan, atau menyuruh orang itu mengulangi percakapannya. Kalau percakapan itu mentertawakan, maka tahanlah tertawaanmu secepat mungkin.
• Jangan meniru cara-cara kaum wanita memperhiaskan dirinya , dan jangan bersikap rendah, seperti yang biasa dilakukan oleh para hamba sahaya.
• Jangan memberitahu isteri atau anak-anak, apatah lagi orang lain, tentang jumlah wang simpananmu. Sebab kalau mereka tahu simpanan itu sedikit, tentulah mereka akan menunjukkan sikap kurang senang. Tetapi kalau mereka tahu simpanan itu banyak, mereka sentiasa tidak puas dan tidak cukup dengan pemberiaanmu. Jika kamu pandang perlu untuk menakut-nakutkan mereka. Lakukanlah tanpa kekerasan atau ancaman, dan jika kamu kira perlu mengangkat suara kerana sesuatu musibah atau bencana, jangan tunjukkan mereka sikap yang lemah.
• Sekali-kali jangan sampai kamu menganggap harta kekayaan kamu itu lebih mulia daripada harga diri kamu.

Meskipun kita sering menganggap remeh perkara-perkara ini, namun ianya memberikan impak yang besar dalam menjalinkan hubungan persahabatan. Masyarakat kini tidak mementingkan adab dan tata-tertib ini kerana mereka menganggap perkara ini telah lapuk dek kemajuan masa dan tidak perlu dititikberatkan.

Sebagai manusia yang hidup perlu bercampur-gaul dengan manusia yang sebangsa dengannya, maka oleh itu, tidak boleh tidak ia mesti mempelajari tata-tertib pergaulan mereka.

Setiap manusia yang bergaul dengan satu-satu golongan manusia, tentulah ada cara-caranya yang tertentu, dan cara-cara itu menurut kadar hak masing-masing, dan hak masing-masing menurut perhubungan. Perhubungan itu berlain-lainan pula samada dikeranakan kekeluargaan; iaitu perhubungan yang khusus, ataupun perhubungan dikeranakan persaudaraan Islam; iaitu perhubungan yang umum. Termasuk ke dalam maksud persaudaraan ini ialah perhubungan antara kawan dan kawan atau perhubungan persahabatan.

Perhubungan juga dikeranakan rakan tetangga, ataupun dikeranakan rakan pelayaran, rakan sepejabat, rakan setempat sekolah, ataupun dikeranakan persahabatan atau persaudaraan semata-mata, dan bagi setiap satu dari perhubungan-perhubungan ini mempunyai darjat masing-masing.

Sebagai seorang muslim, kita juga mempunyai hak tertentu terhadap mana-mana individu muslim bergelar sahabat contohnya, mula-mula hendak engkau member salam kepadanya, setiap kali bertemu dengannya. Bila ia mengundangmu, hendaklah engkau mengabulkannya. Bila ia bersin, engkau mendoakannya dengan yarkamukallah (moga-moga Tuhan merahmatimu). Bila sakit, engkau menziarahinya. Bila mati, engkau hadiri jenazahnya. Bila bersumpah, engkau tunaikan (penuhi) sumpahnya. Bila meminta nasihat, engkau menasihatinya. Bila ia tidak ada, engkau memelihara nama baiknya. Selain itu, hendaklah engkau mencintainya, sebagaimana engkau mencintai dirimu sendiri, ataupun engkau membencinya, sebagaimana engkau membenci dirimu sendiri juga.

Jiran tetangga juga mempunyai hak-hak yang lain sesudah hak-hak yang dipunyai oleh persaudaraan dalam Islam. Seorang tetangga Muslim mendapat hak-hak yang sama seperti Muslim yang lain, ditambah pula dengan hak kejiranan. Nabi SAW bersabda dalam menentukan hak jiran:
“Jiran atau tetangga itu ada tiga macamnya. Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak, dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran muslim yang berkerabat, maka baginya hak ketetanggaan, hak keislaman dan hak kekerabatan. Adapun jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran Muslim yang mempunyai hak ketetanggaan dan hak keislaman. Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik. ”

Perhatikanlah bagaimana Islam telah menetapkan bagi seorang musyrik haknya, hanya kerana ia menjadi tetangga kepada seorang Muslim saja. Rasulullah SAW. telah bersabda lagi yang bermaksud:

“Berbuat baiklah terhadap jiran yang bertetangga denganmu, nescaya engkau menjadi seorang Muslim (yang sejati). ”
• Hendaklah anda memulakan member salam kepadanya.
• Menziarahinya bila ia sakit, dan menziarahi bila ia mati. Sama-sama merasakan kesusahan bila ia ada kematian di rumahnya, dan menunjukkan rasa gembira bila ia kesukaan pula.
• Memaafkan segala kesalahan dan kekhilafannya.
• Tiada menyempitkan perasaannya, umpamanya dengan meletakkan kayu pada dinding rumahnya.
• Tiada menujukan pandanganmu kepada apa-apa yang dibawa kedalam rumahnya.
• Meringankan dirinya dari menanggung malapetaka yang menimpanya.
• Jangn lalai memerhatikan rumahnya dimasa-masa ia tiada dirumah.
• Jangan terpedaya dengan kata-kata orang terhadapnya.
• Selalu bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya dengan ucapan yang baik-baik.

Demikianlah himpunan hak-hak yang kami sebutkan, yang patut ditunaikan terhadap seumum kaum muslimin.

Dapat kita lihat disini, betapa Islam mengajar umatnya dengan begitu terperinci sehinggakan menyentuh hak-hak kehidupan Muslim. Dapat kita simpulkan disini bahawa hubungan persahatan yang terjalin begitu indah sekali dan ianya meliputi segala aspek kehidupan.

Semoga apa yang saya huraikan disini dapat diambil sebagai iktibar dan panduan dalam hidup kita, Insyaallah. Apa yang baik datangnya dari Allah SWT dan apa yang kurang dating dari kelemahan saya sendiri. Sekian terima kasih.

Disediakan oleh: Moahammad Asyraf Bin Abdul


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Dosa-Dosa Yang Sering Dilakukan Oleh Wanita -

Pendahuluan
“Tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia”, “pemudi tiang agama”, antara perumpamaan yang diberikan kepada wanita. Kini, wanita ingin bersaing dengan kaum lelaki. Bagaimanapun wanita wajib dibimbing, sehingga mengetahui semua perkara agar segala perbuatan mereka tidak melanggar landasan Islam. 

Keburukan-keburukan dan dosa-dosa seringkali menguasai diri wanita. Inilah apa yang dikatakan Rasulullah SAW : “aku memandang ke neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. ”

Kaum wanita sentiasa memerlukan berbagai kajian dan perbahasan yang menjelaskan kewajipan-kewajipan amalan mereka, hal-hal yang disunnahkan dan dimakruhkan bagi mereka, agar harapan kita semua berjaya, sehingga muncul gadis-gadis yang Mukminah, isteri yang solehah, atau ibu yang selalu mendidik anak-anaknya agar bertakwa kepada Allah. 

Maka tidak salahlah saya yang juga bergelar wanita untuk menyajikan topik tentang dosa-dosa besar, dosa-dosa kecil dan kesalahan-kesalahan wanita. Sebab kerana dosa-dosa kecil dan kesalahan ini akan dihisab di hadapan Allah pada hari kiamat. 

Perbezaan antara dosa besar dan dosa kecil merupakan masalah tersendiri dan menjadi topic perbahasan yang panjang di kalangan ahli fikah. Huraiannya telah disebutkan di dalam kitab-kitab mereka secara terperinci. 

Tetapi, wanita Muslimah harus tahu, bahawa dosa kecil itu boleh diibaratkan satu titik hitam yang kecil di dalam hati. Tetapi lama-kelamaan semua hati boleh menjadi hitam, sehingga dosa kecil itu berubah menjadi dosa besar. 


DOSA-DOSA BESAR, KECIL DAN KESALAHAN KAUM HAWA, WANITA. 
• Kesalahan menggunakan benjana emas dan perak untuk makan dan minum
• Kesalahan persetubuhan semasa wanita haid
• Kesalahan wanita yang solat ketika haid
• Kesalahan mencabut kening, membuat tatu, menyambung rambut dan mengikir gigi
• Kesalahan wanita solat tanpa tudung kepala
• Kesalahan wanita dalam menjadi imam kepada lelaki
• Kesalahan wanita yang keluar dari rumah secara sendirian
• Kesalahan wanita yang menyerupai lelaki
• Kesalahan wanita berpakaian untuk tabaruj (berhias)
• Kesalahan wanita yang meratap tangis atas kematian
• Kesalahan isteri yang membelanjakan harta suami tanpa pengetahuannya
• Kesalahan wanita yang tidak mengeluarkan zakat perhiasan
• Kesalahan isteri yang kedekut kepada suaminya dan keluarganya
• Kesalahan isteri merelakan persetubuhan dengan suami pada bulan Ramadhan
• Kesalahan isteri yang berpuasa sunat tanpa izin suami
• Kesalahan melakukan persetubuhan semasa menunaikan haji
• Kesalahan isteri melakukan ihram tanpa izin suami
• Kesalahan tawaf dalam keadaan tidak berpakaian
• Kesalahan memasak atau memakan makanan haram
• Kesalahan memakai pakaian untuk menyombong
• Kesalahan wanita memakai minyak wangi

i. 
1. KESALAHAN BERKAITAN BEJANA

Adalah berdosa besar apabila makan atau minum dari bejana emas dan perak. Hal ini jelas dilihat melalui hadis-hadis Nabi SAW yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang yang makan dan minum di bejana emas dan perak, maka sebenarnya dia menyembunyikan api neraka Jahanam di dalam perutnya. ”

2. KESALAHAN MENYETUBUHI WANITA HAID
Sesetengah hadis mengatakan bahawa menyetubuhi wanita haid adalah perbuatan yang dilaknati Allah manakala menurut pendapat jamaah, hal ini dianggap dosa besar. 
“Barang siapa menyetubuhi wanita haid pada kemaluannya atau menyetubuhi wanita pada anusnya (dubur) atau mendatangi seorang dukun, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad. ”
Allah berfirman yang bermaksud :
“Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah : ‘Haid itu adalah suatu kotoran. ’ Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada wanita pada waktu haid, dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurkanlah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang taubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri. ” ( Al-Baqarah :22 )
Kesimpulannya, adalah perlu untuk si isteri memberitahu suaminya sekiranya dia haid dan diajak untuk bersetubuh bagi mengelakkan dari suaminya itu menanggung dosa dan juga dirinya sendiri. 

3. KESALAHAN WANITA HAID MENGERJAKAN SOLAT
Wanita haid yang mengerjakan solat dikira berdosa sebagaimana dia juga berdosa jika solat tanpa wuduk ketika suci dari haid. Dia juga berdosa jika solat pada ketika haid, meskipun sudah wuduk. 

4. KESALAHAN MENCABUT KENING, MEMBUAT TATU, MENYAMBUNG RAMBUT DAN MENGIKIR GIGI
Golongan wanita yang dilaknati Allah dan berdosa besar adalah wanita yang merubah ciptaan Allah. Sebagai contoh :
a) Wanita yang menyambung rambutnya dengan rambut orang lain dan meminta agar rambutnya disambung
b) Wanita yang mencabut keningnya dan yang meminta agar keningnya dicabut
c) Wanita yang mentatu dan meminta agar di tatu
d) Wanita yang mengikir gigi dan meratakannya untuk kecantikan

5. KESALAHAN WANITA SOLAT TANPA TUDUNG DIKEPALANYA
Daripada Aisyah, sesungguhnya Nabi SAW berkata
“Allah tidak menerima solat wanita yang sudah haid (baligh), kecuali dengan mengenakan tudung kepala. ” ( Diriwayatkan Al-Khasah kecuali An-Nasa’y)
Hadis ini jelas mengenai harusnya wanita untuk menutupi kepalanya ketika solat. Ada pendapat yang mengatakan, menutupi kepala bagi wanita dalam solat bukanlah syarat kerana menutup aurat merupakan kewajipan sahaja. Namun pendapat ini hanya berdasarkan hujah fikah yang tidak kuat. 
Terdapat satu persoalan mengenai permasalahan ini, “Apakah menutup aurat merupakan syarat sahnya solat ataupun tidak?” Tidak dapat diragukan lagi, solat wanita dengan menggunakan tudung kepala merupakan adab yang bersifat umum. Dalam keadaan menghadap Allah dan melaksanakan salah satu rukun agama, dia lebih layak untuk mengenakan tudungnya dan tampil dalam keadaan yang paling baik. 
Kesimpulannya, tutupilah auratmu wahai kaum hawa iaitu seluruh tubuhmu kecuali muka dan telapak tangan dalam menunaikan rukun agama, solat bagi memastikan solatmu diterima Allah. 

6. KESALAHAN BERHUBUNG DENGAN KEIMAMAN WANITA
Jelas, bahawa wanita boleh menjadi imam bagi wanita lain samada bagi solat fardhu mahupun solat nafilah, sebagaimana pendapat Asy-Syafi’y Al-Auza’y, Ast-Thaury, Ahmad, Abu Hanifah dan jamaah ulama. Akan tetapi, secara mutlaknya, wanita tidak bolah menjadi imam kepada makmum lelaki. Jikalau sampai terjadi, ada wanita yang mengimamkan orang lelaki secara sengaja, maka dia telah melakukan dosa besar. 

7. KESALAHAN WANITA KELUAR DARI RUMAH BERSENDIRIAN
“Tidak diperbolehkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk berpergian dengan perjalanan lebih tiga hari, kecuali dia bersama ayah, saudara, suami, anak atau muhrimnya. ”
“Tidak diperbolehkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk berpergian dengan jarak perjalanan sehari semalam kecuali bersama muhrimnya. ”
Berdasarkan dua hadis di atas, masalah ini sudah jelas kerana biasanya wanita yang keluar rumah berseorangan akan menimbulkan perbuatan cabul dan keji. Perbuatan ini juga boleh menjurus kepada perbuatan zina dan boleh menjadi bahan untuk tujuan-tujuan tertentu seperti fitnah. 
Pengharaman wanita keluar bersendirian tidak hanya terbatas dengan apa yang disebutkan dalam hadis di atas. Pengharaman ini juga berlaku jika wanita itu pergi bersama-sama laki-laki selain muhrimnya, meskipun jaraknya tidak jauh dan ianya bertujuan mengerjakan amal ketaatan, seperti mengerjakan haji atau umrah. 

8. KESALAHAN WANITA YANG MENYERUPAI LELAKI
Bukan sahaja Nabi SAW yang melaknati mereka yang merubah ciptaan Allah malahan Allah sendiri pun melaknati mereka seteruk-teruknya. Dapat disimpulkan di sini, penyerupaan ini termasuk dalam dosa-dosa besar yang sering kebanyakan wanita lakukan. 

9. KESALAHAN MEMAKAI PAKAIAN UNTUK TABARUJ (BERHIAS)
Adalah berdosa besar wanita yang memakai pakaian yang bertujuan untuk tabaruj dan menonjolkan kecantikannya dan menjadi sombong. Sebagai contoh :
a) Menyelempangkan tudungnya bagi menampakkan perhiasan di kepala seperti rantai, anting-anting dan juga menampakkan lehernya. 
b) Memakai perhiasan yang tidak nampak iaitu minyak wangi. 
c) Memakai kain sutera ketika keluar rumah. 
d) Meleretkan kainnya dan berlaku sombong. 
e) Tidak memakai tudung kepala. 
f) Tidak memakai pakaian dalam apabila memakai pakaian yang nipis dan jarang. 
g) Menampakkan perhiasan batu di tudungnya. 
Perbuatan tabaruj itu seperti perbuatan orang Jahiliyah yang terdahulu. 

10. KESALAHAN MERATAP TANGIS
Wanita yang menangis sambil meraung-raung dan mengeluarkan kata-kata kecelakaan serta kutukan tidak tergolong dalam umat Nabi SAW berdasarkan hadis ini : “bukan termasuk golongan kami orang yang memukuli pipi, merobek-merobek saku”. 
Wanita turut berdosa besar sekiranya meratap kematian ahli keluarganya. Perkara ini turut akan menyiksa jenazah di dalam kubur yang terpaksa menderita mendengar tangis keluarganya. 
Orang yang telah mewasiatkan kematiannya perlu ditangisi turut dikira berdosa besar. 
Tambahan pula, sekiranya seorang lelaki itu pergi berjihad di jalan Allah dan dia mati syahid. Lalu isterinya sengaja menangisi kematiannya kerana tidak tahu dan bodoh, nescaya dia akan diazab kerana dosa wanita yang bodoh (isterinya). 
Meratap kematian juga tergolong dalam perbuatan yang menyebabkan kufur. Berdasarkan hadis :
“dua perkara dalam kehidupan manusia, yang kerana keduanya mereka boleh kufur, iaitu mencemarkan kehormatan keturunan dan meratapi orang yang meninggal. ”

11. KESALAHAN MEMBELANJAKAN HARTA SUAMI TANPA PENGETAHUANNYA
Seorang isteri yang menafkahkan harta suaminya dengan izin suaminya mereka berdua mendapat pahala. Manakala sekiranya isteri itu tidak mendapat izin suaminya, maka cuma suaminya sahaja yang mendapat pahala dan dia mendapat dosa kerana menggunakan harta suami tanpa pengetahuannya. 

12. KESALAHAN TIDAK MENGELUARKAN ZAKAT PERHIASAN
Pada awal permulaan Islam, perhiasan dari emas dan perak diharamkan bagi para wanita. Maka dari itu harus dikeluarkan zakat. Namun kemudian perhiasan emas dan perak diperbolehkan. Untuk itu zakat harus dikeluarkan terhadap perhiasan yang berlebih dan yang disimpan. 
Jadi, wanita yang tidak mengeluarkan zakat perhiasannya akan mendapat dosa. Maka dari itu wanita Muslimah harus memerhatikan zakat perhiasannya. Ini lebih baik untuk mendekatkan diri kepada Allah dan sebagai jalan menuju ketakwaan dan maghrifah. 

13. SIFAT KEDEKUT ISTERI TERHADAP SUAMI DAN AHLI KELUARGANYA. 
Seseorang wanita itu perlu memberi sedekah kepada kaum keluarganya yang bukan dibawah tanggunggannya. Sekiranya si isteri memiliki harta yang melimpah, sedangkan suaminya tidak memiliki apa-apa, maka isteri diseru agar tidak kedekut memberikan hartanya kepada suami. 
Isteri boleh memberikan hartanya kepada suaminya, dengan beberapa pertimbangan :
i. Tidak ada dalil yang melarangnya
ii. Tindakan Nabi SAW yang menghentikan pemberian nafkah kepada isteri bersifat umum (samada wajib atau sunat)
Isteri yang tidak mahu memberikan zakat kepada suaminya menunjukkan kalau dirinya tidak mempunyai rasa malu dan keperibadiannya yang rendah. Maka dari itu, dirumuskan bahawa wanita yang kedekut terhadap suaminya adalah wanita yang berdosa, kerana dia telah menderhakai hisab terhadap dirinya di hadapan Allah. 

14. KESALAHAN BERSETUBUH PADA BULAN PUASA, RAMADHAN. 
Secara keseluruhannya, orang yang melakukan persetubuhan pada bulan Ramadhan harus mengeluarkan kafarat. Dengan kata lain, jika dia tidak membayar kafarat maka dia mendapat dosa besar, begitu pula keadaan isteri yang mengajak suami dan rela melakukan persetubuhan pada bulan Ramadhan. Seharusnya si isteri mengingatkannya dan menolak dengan cara halus. Jika dia dipaksa, maka hukumnya adalah hukum orang yang mendapat paksaan seperti hadis Nabi. 

15. KESALAHAN BERPUASA SUNAT TANPA IZIN SUAMI
“Tidak diperbolehkan bagi wanita untuk puasa, sedangkan suaminya ada, kecuali dengan izinnya”
“Seorang wanita tidak boleh puasa, sedangkan suaminya ada pada suatu hari selain bulan Ramadhan, kecuali dengan izinnya. ”
Penerangan hadis :
•  Suami menjadikan hadis di atas sebagai dalil melarang isterinya berpuasa nazar. 
•  Pengharaman kepada isteri berpuasasunat sedangkan suaminya berada di rumah. 
•  Seorang isteri yang berpuasa sunat tanpa izin suaminya adalah berdosa. 

16. KESALAHAN BERSETUBUH PADA WAKTU MENUNAIKAN HAJI
“orang yang sedang ihram tidak boleh menikah dan tidak boleh dinikahkan serta tidak boleh melamar”
Tidak dikatakan yang persetubuhan semasa haji merupakan kederhakaan ataupun dosa. Tetapi penolakan yang disebutkan di sini hanya sekadar untuk memperbaiki sahnya haji sebagai ibadah. Para ulama juga mengatakan, suami dan isteri yang melakukan persetubuhan perlulah membayar denda ataupun mengulangi semula haji. Hal ini adalah kerana, bagi menyedarkan kedua mereka bahawa kebinasaan itu tidak boleh dilakukan dan isteri harus menolaknya dengan cara yang halus permintaan suaminya. 

17. KESALAHAN ISTERI YANG MELAKUKAN IHRAM TANPA IZIN SUAMI
Isteri yang pergi menunaikan haji (ihram) tanpa izin suami telah dikira berdosa besar seperti mana isteri yang berpuasa sunat tanpa izin suaminya. Perkara ini memang tergolong dalam dosa besar kerana jangka masanya yang lama. 

18. KESALAHAN TAWAF DALAM KEADAAN TELANJANG
“Pakailah pakaianmu yang indah di setiap masjid”
“Tidak boleh tawaf di Kaabah orang yang telanjang”
Sebelum Islam mewajibkan bersuci dan menutup aurat ketika beribadah, terdapat aturan bahawa sesiapa yang pertama kalinya ingin tawaf, maka dia hendaklah memakai satu pakaian dengan temannya dan sekiranya gagal, maka dia harus tawaf secara telanjang. Namun, perkara ini telah dibatalkan setelah kedatangan Islam
Jelaslah di sini, bahawa harus untuk bersuci dan menutup aurat ketika tawaf. Sekiranya tawaf dalam keadaan telanjang, ianya tindakan yang menyalahi hukum dan pelakunya mendapat dosa. 

19. MEMASAK ATAU MEMAKAN MAKANAN YANG DIHARAMKAN ALLAH
Sudah menjadi tugas seorang wanita untuk memasak dan menyiapkan makanan. Namun sekiranya seseorang itu memasak makanan haram, makan atau mengusahakannya adalah berdosa besar kecuali kalau dia dipaksa. 

20. KESALAHAN MEMAKAI PAKAIAN UNTUK MENYOMBONG
Wanita yang memakai pakaian bagi meninggi diri dan dipandang orang adalah wanita akan mendapat kehinaan dari Allah di akhirat. Begitu juga pakaian yang menarik warnanya walaupun ianya bersaiz besar selagi niatnya itu sama untuk menarik perhatian orang yang melihat. 

21. KESALAHAN WANITA MEMAKAI WANGIAN
“Wangian orang laki-laki adalah yang tercium baunya dan tidak nampak warnanya. Sedangkan wangian wanita adalah yang nampak warnanya dan tidak tercium baunya. ”
Hadis di atas adalah bagi wanita yang keluar dari rumahnya, namun sekiranya dia berada bersama suaminya di rumah, dia boleh mengenakan minyak wangi sesuka hatinya. 
Mengenakan minyak wangi agar baunya dapat dicium laki-laki, sama dengan menampakkan dirinya dihadapan mereka dan meningkatkan berahi mereka. Maka tidak hairanlah jika wanita seperti ini disebut sebagai wanita penzina. 

KESIMPULAN
Dosa-dosa kecil yang terus-menerus dilakukan boleh menjadi dosa besar dan kesaksiannya boleh dianggap cacat, sebagaimana yang ditegaskan oleh para ulama. 
Ar-Rafi’y berkata : “Rakan-rakan saya menganggap sikap peribadi seseorang boleh diterima jika dia menjauhi dosa besar. Jadi, siapa yang mengerjakan dosa besar, maka dia telah berbuat fasik dan kesaksiannya tidak boleh diterima. Sedangkan orang yang melakukan dosa kecil tidak disyaratkan untuk menolak kesaksiannya secara menyeluruh. Tetapi ada syarat, jika dia terus menerus melakukannya, maka statusnya seperti orang yang melakukan dosa besar. 
Allah berfirman :”Dan, bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung. ” (An-Nur :31)
Ayat ini telah mengisytiharkan bahawa tidak mahu bertaubat merupakan kerugian yang amat besar. Maka dari itu, bertaubat kerana dosa besar adalah fardu ain, yang berdasarkan kepada nas al-Quran, Sunnah dan ijmak ulama. 

Sebagai mengakhiri tugasan ini, saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan pembaca-pembaca sekalian bahawa janganlah kita melakukan perkara yang tidak disukai Allah (dosa kecil) kerana sekiranya dilakukan berulang kali, maka berdosa besarlah kita dan perlulah kita untuk bertaubat. 
Wassalam…


Disediakan oleh: Nor Shafiqa Binti Husein


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis. uitm. edu. my
http://abdazizharjin. blogspot. com

Pendidikan Anak Dalam Islam -

Keluarga mempunyai peranan penting dalam pendidikan, baik dalam lingkungan masyarakat Islam mahupun bukan Islam. Ini kerana keluarga merupakan tempat pertumbuhan anak yang pertama di mana mereka mendapatkan pengaruh dari anggota-anggotanya pada masa yang amat penting dan paling kritis dalam pendidikan anak, ialah tahun-tahun pertama dalam kehidupannya (usia pra-sekolah). Sebab pada masa tersebut apa yang ditanam dalam diri anak akan menjadi sangat mendalam, sehingga tak mudah hilang atau berubah sudahnya. Sebelum ini, para ulama umat Islam telah menyedari pentingnya pendidikan melalui keluarga. Syaikh Abu Hamid Al Ghazali ketika membahas tentang peranan kedua orang tua dalam pendidikan mengatakan: "Ketahuilah, bahwa anak kecil merupakan amanat bagi kedua orang tuanya. Hatinya yang masih suci merupakan permata alami yang bersih dari pahatan dan bentukan, dia siap diberi pahatan apapun dan condong kepada apa saja yang disodorkan kepadanya Jika dibiasakan dan diajarkan kebaikan dia akan tumbuh dalam kebaikan dan berbahagialah kedua orang tuanya di dunia dari akhirat, juga setiap pendidik dan gurunya. Tapi jika dibiasakan kejelekan dan dibiarkan sebagai mana binatang tamak, nescaya akan menjadi jahat dan binasa. Dosanya pun ditanggung oleh pengguru dan walinya. Maka hendaklah ia memelihara mendidik dan membina serta mengajarnya akhlak yang baik, menjaganya dari teman-teman jahat, tidak membiasakannya bersenang-senang dan tidak pula menjadikannya suka kemewahan, sehingga akan menghabiskan umurnya untuk mencari hal tersebut bila dewasa. " Dari titik tolak ini, kita dapati segala bangsa menaruh perhatian terhadap pembentukan individu, perkembangan sumber daya manusia dan pembinaan warga secara khusus agar mereka menjadi orang yang berkarya untuk bangsa dan berkhidmat kepada tanah air. Sepatutnya umat Islam memperhatikan pendidikan anak dan pembinaan individu untuk mencapai predikat "umat terbaik", sebagaimana dinyatakan Allah SWT dalam firman-Nya: "Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dariyang munkar, "(Surah Ali Imran : 110). Dan agar mereka membebaskan diri dari jurang dalam yang mengurung diri mereka, sehingga keadaan mereka dengan umat lainnya seperti yang beritakan Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam"Hampir saja umat-umat itu mengerumuni kalian bagaikan orang-orang yang sedang makan berkerumun disekitar nampan. ". Ada seorang yang bertanya: "Apakah karena kita berjumlah sedikit pada masa itu?" Jawab beliau: "Bahkan kalian pada masa itu berjumlah banyak, akan tetapi kalian bagaikan buih air bah. Allah niscaya mencabut dari hati musuh kalian rasa takut kepada kalian, dan menanamkan rasa kelemahan dalam dada kalian". Seorang bertanya: "Ya Rasulullah, apakah maksud kelemahan itu?" Jawab beliau: "iaitu cinta kepada dunia dan enggan mati". 

Perhatian kepada anak dimulai pada masa sebelum kelahirannya, dengan memilih isteri yang sollehah, Rasulullah SAW memberikan nasihat dan pelajaran kepada orang yang hendak berkeluarga dengan bersabda, " Dapatkan wanita yang beragama, (jika tidak) nescaya engkau akan rugi" (HR. Al-Bukhari dan Muslim). Begitu pula bagi wanita, hendaknya memilih suami yang sesuai dari orang-orang yang datang melamarnya. Hendaknya mendahulukan lelaki yang beragama dan berakhlak. Rasulullah SAW memberikan pengarahan kepada para wali dengan bersabda, "Bila datang kepadamu orang yang kamu sukai agama dan akhlaknya, maka kahwinilah dia. Jika tidak kamu lakukan, nesacaya terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar. "

Termasuk memperhatikan anak sebelum lahir, mengikuti tuntunan Rasulullah dalam kehidupan rumah tangga kita, Rasulullah memerintahkan kepada kita, "Jika seseorang diantara kamu hendak menggauli isterinya, mulakan dengan membaca, "Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami". Maka andaikata ditakdirkan keduanya mempunyai anak, nescaya tidak ada syaitan yang dapat mencelakakannya". Setiap muslim akan merasa kagum dengan kebesaran Islam. Islam adalah agama kasih sayang dan penuh dengan kebaikan. Sebagaimana Islam memberikan perhatian kepada anak sebelum kejadiannya, seperti dikemukakan tadi, Islam pun memberikan perhatian besar kepada anak ketika masih menjadi janin dalam kandungan ibunya. Islam mensyariatkan kepada ibu hamil agar tidak berpuasa pada bulan Ramadhan untuk kepentingan janin yang dikandungnya. Sabda Rasulullah SAW , "Sesungguhnya Allah membebaskan sepenuh solat bagi orang yang bepergian, dan (membebaskan) puasa bagi orang yang bepergian, wanita menyusui dan wanita hamil" ( Hadits riwayat Abu Dawud, At Tirmidzi dan An Nasa’i. ) Kata Al Albani dalam Takhrij al Misykat, "Sang ibu hendaklah berdoa untuk bayinya dan memohon kepada Allah agar dijadikan anak yang soleh dan baik, bermanfaat bagi kedua orang tua dan seluruh kaum muslimin. Kerana termasuk doa yang dikabulkan adalah doa orang tua untuk anaknya. 

Setelah kelahiran anak, hendaklah orang tuanya atau walinya menyampaikan khabar gembira dan ucapan selamat atas kelahiran. Termasuk hak seorang anak terhadap orang tua adalah memberi nama yang baik. Diriwayatkan dari Wahb Al Khats’ami bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Pakailah nama – nama nabi, dan nama yang amat disukai Allah Ta’ala iaitu Abdullah dan Abdurrahman, sedang nama yang paling manis iaitu Harits dan Hammam, dan nama yang sangat jelek yaitu Harb dan Murrah"
( HR. Abu Daud An Nasa’i). Pemberian nama merupakan hak bapa. Tetapi boleh baginya menyerahkan hal itu kepada ibu. Boleh juga diserahkan kepada kakek, nenek, atau selain mereka. Rasulullah merasa optimis dengan nama-nama yang baik. Disebutkan Ibnul Qayim dalam Tuhfaful Wadttd bin Ahkami Maulud, bahwa Rasulullah Shallallahu ’alaihi wasalam tatkala melihat Suhail bin Amr datang pada hari Perjanjian Hudaibiyah beliau bersabda: "Semoga mudah urusanmu". Dalam suatu perjalanan beliau mendapatkan dua buah gunung, lain beliau bertanya tentang namanya. Ketika diberitahu namanya Makhez dan Fadhih, beliaupun berbelok arah dan tidak melaluinya. ( Ibnu Qayim Al Jauziyah, Tuhfatul Wadud, hal. 41. ) Termasuk tuntunan Nabi mengganti nama yang jelek dengan nama yang baik. Beliau pernah mengganti nama seseorang ’Ashiyah dengan Jamilah, Ashram dengan Zur’ah. Disebutkan oleh Abu Dawud dalam kitab Sunan :"Nabi mengganti nama ’Ashi, ’Aziz, Ghaflah, Syaithan, Al Hakam dan Ghurab. Beliau mengganti nama Syihab dengan Hisyam, Harb dengan Aslam, Al Mudhtaji’ dengan Al Munba’its, Tanah Qafrah (Tandus) dengan Khudrah (Hijau, Kampung Dhalalah (Kesesatan) dengan Kampung Hidayah (Petunjuk), dan Banu Zanyah (Anak keturunan haram) dengan Banu Rasydah (Anak keturunan balk). "

Akikah juga merupakan salah satu perkara yang penting dalam pendidikan anak dalam islam. Akikah merupakan kambing yang disembelih untuk bayi pada hari ketujuh dari kelahirannya. Berdasarkan hadits yang diriwayatkan Salman bin Ammar Adh Dhabbi, katanya: Rasulullah bersabda: "Setiap anak membawa aqiqah, maka sembelihlah untuknya dan jauhkanlah gangguan darinya" (HR. Al Bukhari). 

Dari Aisyah Radhiyallahu ’Anha, bahwaRasulullah bersabda: "Untuk anak laki-laki dua ekor kambing yang sebanding, sedang untuk anak perempuan seekor kambing" (HR. Ahmad dan Turmudzi). Aqiqah merupakah sunnah yang dianjurkan. Demikian menurut pendapat yang kuat dari para ulama. Adapun waktu penyembelihannya iaitu hari ketujuh dari kelahiran. Namun, jika tidak dapat dilaksanakan pada hari ketujuh boleh dilaksanakan kapan saja. Ketentuan kambing yang biasa untuk aqiqah sama dengan yang ditentukan untuk korban. Dari jenis domba berumur tidak kurang dari 6 bulan, sedang dari jenis kambing kacang berumur tidak kurang dari 1 tahun, dan harus bebas dari cacat. Mencukur rambut bayi dan bersedekah perak seberat timbangannya juga merupakan aspek penting. Hal ini mempunyai banyak faedah, antara lain: mencukur rambut bayi dapat memperkuat kepala, membuka pori-pori di samping memperkuatkan penglihatan, pendengaran dan penciuman. (Abdullah Nasih Ulwan, Tarbiyatul Auladfil Islam, juz 1. )Bersedekah perak seberat timbangan rambutnya pun mempunyai faedah yang jelas. Diriwayatkan dari Ja’far bin Muhammad, dari bapaknya, katanya, "Fatimah Radhiyalllahu ’anha menimbang rambut Hasan, Husein, Zainab dan Ummu Kaltsum; lalu ia mengeluarkan sedekah berupa perak seberat timbangannya (HR. Imam Malik dalam Al Muwaththa’)

Khatan bagi anak lelaki. Perkara ini dituntut dalam islam. Khatan merupakan memotong kulup atau bagian kulit sekitar kepala zakar pada anak laki-laki, atau bahagian kulit yang menonjol di atas pintu vagina pada anak perempuan. Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ’Anhu bahwa Rasulullah bersabda, "Fitrah itu lima: khitan, mencukur rambut kemaluan, memendekkan kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak" (HR. Al-bukhari, Muslim). Khitan wajib hukumnya bagi kaum lelaki, dan rnustahab (dianjurkan) bagi kaum wanita. Inilah beberapa etika terpenting yang perlu diperhatikan dan dilaksanakan oleh orang tua atau pada saat-saat pertama dari kelahiran anak. Namun, di sana ada beberapa kesalahan yang terjadi pada saat menunggu kedatangannya Secara singkat, antaranya ialah membacakan ayat tertentu dari Al Qur’an untuk wanita yang akan melahirkan; atau menulisnya lalu dikalungkan pada wanita, atau menulisnya lalu dihapus dengan air dan diminumkan kepada wanita itu atau dibasuhkan pada perut dan faraj (kemaluan)nya agar dimudahkan dalam melahirkan. ltu semua adalah batil, tidak ada dasamya yang sahih dari Rasulullah, Akan tetapi bagi wanita yang sedang menahan rasa sakit karena melahirkan wajib berserah diri kepada Allah agar diringankan dari rasa sakit dan dibebaskan dari kesulitannya Dan ini tidak bertentangan dengan ruqyah yang disyariatkan. Menyambut gembira dan merasa senang dengan kelahiran anak laki-laki, bukan anak perempuan. Hal ini termasuk adat Jahiliyah yang dimusuhi Islam. Firman Allah yang berkenaan dengan mereka:"Apabila seseorang dari merea diberi kabar dengan (kelahiran) anak, perempuan, hitamlah (merah padamlah) matanya, dan dia sangat marah; ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan padanya. Apakah dia akan memeliharannya dengan menanggumg kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang telah mereka lakukan itu"(Surah An Nahl : 58-59). Mungkin ada sebagian orang bodoh yang bersikap berlebihan dalam hal ini dan memarahi isterinya karena tidak melahirkan kecuali anak perempuan. 

Mungkin pula menceraikan isterinya karena hal itu, padahal kalau dia menggunakan akalnya, semuanya berada di tangan Allah SWT. Dialah yang memberi dan menolak. Firman-Nya:Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki atau Dia menganugerahkan kepada siapa yang dia kehendaki-Nya, dan dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki, " (Surah Asy Syura :49-50). Semoga Allah memberikan petunjuk kepada seluruh kaum Muslimin. Menamai anak dengan nama yang tidak pantas. Misalnya, nama yang bermakna jelek, atau nama orang-orang yang menyimpang seperti penyanyi atau tokoh kafir. Padahal menamai anak dengan nama yang baik merupakan hak anak yang wajib atas walinya. Termasuk kesalahan yang berkaitan dengan pemberian nama, iaitu ditangguhkan sampai setelah seminggu. Tidak menyembelih aqiqah untuk anak padahal mampu melakukannya. Aqiqah merupakan tuntunan Nabi Shallallahu ’alaihi wasalam, dan mengikuti tuntunan beliau adalah sumber segala kebaikan. Tidak menetapi jumlah bilangan yang ditentukan untuk aqiqah. Ada yang mengundang untuk acara aqiqah semua kenalannya dengan menyembelih 20 ekor kambing, ini merupakan tindakan berlebihan yang tidak disyariatkan. Ada pula yang kurang dari jumlah bilangan yang ditentukan, dengan menyembelih hanya seekor kambing untuk anak iaki-laki, inipun menyalahi yang disyariatkan. Maka hendaklah kita menetapi sunnah Rasul Shallallahu ’alaihi wasalam tanpa menambah ataupun menguranginya. Menunda khatan setelah akil baligh. Tradisi ini dulu terjadi pada beberapa suku, seorang anak dikhatan sebelum kahwin dengan cara yang biadab di hadapan orang banyak. Itulah sebagian kesalahan, dan masih banyak lainnya. Semoga cukup bagi kita dengan menyebutkan etika dan tata cara yang dituntunkan ketika menerima kelahiran anak. Kerana apapun yang bertentangan dengan hal-hal tersebut, termasuk kesalahan yang tidak disyariatkan. (Disarikan dari kitab Adab Istiqbal al Maulud fil Islam, oleh ustadz Yusuf Abdullah al Arifi). 

Antara pengajaran – pengajaran yang wajib diberikan kepada anak setelah mereka meningkat dewasa antaranya ialah pengajaran yang jelas tentang halal haram dalam islam. Diajarkan kepada anak menutup aurat, berwudhu, hukum-hukum thaharah (bersuci) dan pelaksanaan solat. Juga dilarang dari hal-hal yang haram, berdusta, mencuri dan melihat kepada yang diharamkan Allah. Pokoknya, disuruh menetapi syariat Allah sebagaimana orang dewasa dan dicegah dari apa yang dilarang sebagaimana orang dewasa, sehingga anak akan tumbuh demikian dan menjadi terbiasa. Kerana bila semenjak kecil anak dibiasakan dengan sesuatu, maka kalau sudah dewasa akan menjadi kebiasaannya. Agar diupayakan pula pengajaran ilmu pengetahuan kepada anak, sebagaimana kata Sufyan Al Tsauri:
"Seorang bapa perlu menanamkan ilmu pada anaknya, karena dia penanggung jawabnya. " (Muhammad Hasan Musa, Nuzharul Fudhala’ Tahdzib Siar A’lamin Nubala :Juz 1. ). Selain itu, pengajaran membaca Al – Quran juga sangat penting kepada anak. Al Quran adalah jalan lurus yang tak mengandung suatu kebatilan apapun. Maka amat baik jika anak dibiasakan membaca Al Quran dengan benar, dan diupayakan semaksimanya agar menghafal Al Quran atau sebagian besar darinya dengan diberi dorongan melalui berbagai cara. 

Kerana itu, kedua orang tua nya hendaklah berusaha agar putera puterinya masuk pada salah satu sekolah tahfizh Al Quran; kalau tidak mampu, diusahakan masuk pada salah satu halaqah tahfizh. Diriwayatkan Abu Dawud dari Mu’adz bin Anas bahawa Nabi shallallahu alaihi wasalam bersabda:, "Barang siapa membaca Al-quran dan mengamalkan kandungan isinya, nescaya Allah pada hari kiamat mengenakan kepada keda orang tuanya sebuah mahkota yang cahayanya lebih indah daripada cahaya matahari di rumah-rumah dunia. Maka apa pendapatmu tentang orang yang mengamalkan hal ini". Para shalaf dahulu pun sangat memperhatikan pendidikan tahfizh Al Qur’an bagi anak-anak mereka. Syaikh Yasin bin Yusuf Al Marakisyi menceritakan kepada kita tentang imam An Nawawi Rahimahullah, katanya: "Aku melihat beliau ketika masih berumur 10 tahun di Nawa. Para anak kecil tidak mahu bermain dengannya dan iapun berlari dari mereka seraya menangis, kemudian ia membaca Al Quran. Maka tertanamlah dalam hatiku rasa cinta kepadanya. Ketika itu bapaknya menugasinya menjaga toko, tetapi ia tidak mahu bejualan dan menyibukkan diri dengan Al Quran. Maka aku datangi gurunya dan berpesan kepadanya bahwa anak ini diharapkan akan menjadi orang yang paling alim dan zuhud pada zamannya serta bermanfaat bagi umat manusia. Ia pun berkata kepadaku, Tukang ramalkah Anda? Jawabku: Tidak, tetapi Allah-lah yang membuatku berbicara tentang hal ini. Bapak guru itu kemudian menceritakan kepada orang tuanya, sehingga memperhatikan beliau dengan sungguh-sungguh sampai dapat khatam Al Qur’an ketika menginjak dewasa. "

Konklusinya, pendidikan anak yang berkesan hanya bergantung kepada komitmen dan konsep tawakal yang digunakan sepenuhnya oleh ibu bapa mereka. Anak yang berjaya itu tidak semestinya membanggakan ibu bapa mereka, mungkin ada kesilapan yang ibu bapanya lakukan sehingga anak hanya mencari kebahagiaan meterialistik semata – mata dan mengabaikan orang yang melahirkan dan mendidiknya. Ibu bapa seharusnya berserah kepada Allah SWT dengan berdoa. Doa mempunyai peranan yang penting sekali dalam pendidikan anak, bahkan dalam seluruh urusan kehidupan, dan hanya Allah SWT yang memberikan taufik dan hidayah. Seorang muslim mungkin telah berusaha sepenuh komitmennya dalam usaha mendidik anaknya agar menjadi orang soleh tetapi tidak berhasil. Sebaliknya, ada anak yang menjadi orang soleh sekalipun terdidik di tengah lingkungan yang menyimpang dan jelek; bahkan mungkin dibesarkan tanpa mendapat perhatian pendidikan dari kedua orang tuanya. Jadi, petunjuk itu semata-mata dari Allah. Dialah yang berfirman: " Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya. "( Al-Qashash : 56). Maka kita semua tidak boleh melupakan aspek ini dan wajib memohon dan berdoa kepada Allah semoga berkenan menjadikan kita dan anak keturunan kita orang-orang yang soleh, hanya Dialah yang memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis. uitm. edu. my
http://abdazizharjin. blogspot. com

Thursday, September 16, 2010

Konsep Ilmu Usul Fiqh -

Pengertian Ilmu Usul Fiqh
• Usul bererti asas, sumber, kaedah, dan dalil. 
• Fiqh dari segi bahasa ialah memahami sesuatu perkara. 
• Dari segi syarak ialah pengetahuan tentang hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang difahami melalui dalil-dalil tafsili. 
• Ilmu usul Fiqh ialah ilmu tentang kaedah-kaedah mengistinbat atau menentukan hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil tafsili. 

Sejarah Perkembangan ilmu Usul Fiqh

• Zaman Rasulullah

Hukum-hukum diambil dari wahyu Allah dalam bentuk al-Quran dan penjelasan oleh baginda iaitu as-Sunnah. 
Segala apa yang berlaku terus dirujuk kepada Rasullullah. 
Sahabat yang jauh, Rasulullah membenarkan untuk berijtihad dalam perkara yang tidak terdapat ketentuan dalam al-Quran as-Sunnah seperti yang berlaku kepada Muaaz bin Jabal. 

• Zaman sahabat

Sebarang masalah yang timbul dirujuk kepada para sahabat. 
Mereka berkeupayaan mengistinbat hukum kerana beberapa faktor:
i Penguasaan bahasa Arab yang baik membolehkan mereka memahami al-Quran dan as-Sunnah dengan tepat. 
ii Mempunyai pengetahuan tentang sebab nuzul ayat dan sebab-sebab sebuah hadis diucapkan. 
iii Mereka merupakan perawi hadis. 
Sekiranya didapati tiada ketetapan sesuatu hukum, mereka berijtihad dengan menggunakan kaedah qias. 
Sekiranya mereka mencapai kata sepakat dalam suatu hukum maka berlaku ijmak. 

• Zaman Tabi’in

Cara para ulama mengambil hukum tidak jauh beza dengan zaman sahabat kerana masa mereka dengan kewafatan Rasulullah tidak terlalu jauh. 
Jika hukum tidak terdapat dalam al-Quran, as-Sunnah dan ijmak, mereka akan merujuk kepada pandangan sahabat sebelum mereka berijtihad. 
Cara ini dilakukan oleh Mujtahid di kalangan tabi’in seperti Said bin Musaiyyib, Urwah bin Zubair, Qadhi Syuraih dan Ibrahim Nakha’e. 

Zaman kemunculan ilmu Usul Fiqh
Selepas zaman tabi’in, umat Islam bertambah ramai dan berlaku percampuran antara orang Arab dan bukan Arab. 
Ini menyebabkan orang Arab sendiri menjadi lemah dalam menguasai bahasa Arab. 
Banyak masalah baru yang timbul yang tiada ketentuan dalam al-Quran dan as-Sunnah. 
Ini menyebabkan Ulama mula menyusun kaedah-kaedah tertentu yang dinamakan ilmu Usul Fiqh untuk dijadikan landasan kepada ijtihad mereka. 
Ia berlaku pada akhir kurun kedua hijrah

Pengasas ilmu Usul Fiqh
• Ia disusun oleh Imam Muhamad bin Idris as-Syafie di dalam kitab ar-Risalah. 
• Kitab ini membincangkan tentang al-Quranb dan as-Sunnah dari segi kehujahan serta kedudukan kedua-duanya sebagai sumber penentuan hukum. 
• Kita bar-Risalah merupakan kitab pertama disusun dalam bidang ini, dengan itu Imam as-Syafie diiktiraf sebagai Pengasas Ilmu Usul Fiqh. 

Kepentingan mempelajari ilmu Usul Fiqh
• Boleh menghasilkan hukum-hukum yang lebih tepat berdasarkan dalil-dalil yang kukuh. 
• Boleh mengetahui hukum-hukum syarak dan beramal dengan penuh yakin, bukan taqlid semata-mata. 
• Memahami cara para Ulama mengistinbatkan hukum daripada dalil-dalil al-Quran dan as-Sunnah serta dalil-dalil yang lain. 
• Boleh mengetahui cara Ulama menetapkan hukum-hukum baru yang tidak terdapat hukumnya di dalam al-Quran dan as-Sunnah. 
• Boleh mengetahui punca perselisihan hukum di kalangan Ulama serta membuat perbandingan secara ilmiah. 

Skop perbahasan ilmu Usul Fiqh
• Dalil-dalil syarak iaitu merangkumi dalil-dalil yang disepakati dan dalil-dalil yang tidak disepakati. 
• Hukum-hukum Kulli iaitu merangkumi hukum Taklifi dan hukum Wadha’i. 
• Dilalah iaitu merangkumi kaedah-kaedah istinbat hukum dari nas-nas al-Quran dan as-Sunnah. 
• Ta’arudh dan Tarjih iaitu perbahasan tentang percanggahan antara dalil-dalil serta jalan penyelesaian. 
• Ijtihad dan Mujtahid iaitu merangkumi persoalan Taqlid dan Muqallid. 

Cara penulisan ilmu Usul Fiqh
• Tariqah al-Mutakallimin

Dipelopori oleh Ulama mazhab Syafie, kerana itu dinamakan juga Tariqah Syafiyyah. 
Dibuat kaedah-kaedah Usul Fiqh serta mrngukuhkannya dengan dalil-dalil aqli dan naqli. 
Kaedah-kaedah ini menjadi dasar untuk menyelesaikan masalah yang timbul. 
Masalah Fiqah tidak dimasukkan dalam penulisan mereka. 
Antara kitabnya ialah:
i. Al-burhan oleh Imam al-Haramain Abdul Malik bin Abdullah Juwaini. 
ii. Al-Muktamad oleh Abu Husain Muhamad bin Ali al-Basri. 
iii. Al-Mustasfa Min Ilmi al-Usul oleh Imam al-Ghazali. 
iv. Al-Mahsul oleh Fakruddin Muhamad bin Umar bin Husaini ar-Razi. 
v. Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam oleh Saifuddin al-Amidi. 

• Tariqah al-Ahnaf

Dikenali juga sebagai Tariqah Fuqahah. 
Kaedah-kaedah Usul Fiqh dibuat berdasarkan hukum-hukum yang telah diputuskan oleh imam-imam mazhab mereka. 
Banyak masalah Fiqah ditulis di dalam kitab mereka mengikut kaedah ini. 
Antara kitabnya ialah:
i. Al-Usul oleh Abu Bakar Ahmad bin Ali. 
ii. Al-Usul oleh Abu Zaid Abdullah bin Umar ad-Dabbusi. 
iii. Al-Usul oleh Fakru Islam Ali bin Muhamad Bazdawi. 
iv. Kasyfu Asrar oleh Abd Aziz bin Ahmad Bukhari. 

• Tariqah Mutaakhirin

Cara penulisan ini adalah mengabungkan kedua-dua cara di atas. 
Cara ini diikuti oleh Ulama dari pelbagai mazhab seperti mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali. 
Antara kitabnya ialah:
i. Badi’u al-Nizhom oleh Muzaffaruddin Ahmad bin Ali Sa’ati al-Hanafi. 
ii. At-Tanqih dan syarahnya at-Taudhih oleh Sodru Syariah Abdullah bin Mas’ud al-Mahbubi al-Hanafi. 
iii. Jam’ul Jawami’oleh Imam Tajuddin Abdul Whab bin Ali Subki as-Syafie. 

• Tulisan lain
Belum pernah wujud sebelumnya. 
Corak ini ditulis dalam kitab Muwafaqat Fi Usul al-Ahkam karangan Abu Ishak Ibrahim bin Musa Lakhami yang lebih dikenali sebagai as-Syatibi. 
Beliau mengabungkan kaedah Usul Fiqh dengan Maqasid Syariah. 

Pengertian hukum Syarak
• Ulama Usul Fiqh mentakrifkan hukum syarak sebagai Khitab Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf samada berbentuk tuntutan (Iqtidha’), pilihan (Takhyir) atau Wadh’i. 
• Berdasarkan pengertian ini, hukum syarak adalah Khitab Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang merangkumi ibadat, munakahat, jinayah dan muamalat. 

Jenis-jenis Khitab Allah
a. Iqtidha’ iaitu tuntutan melaksanakan sesuatu perintah samada tuntutan tersebut pasti atau tidak. Tuntutan pasti ialah wajib dan haram, manakala tuntutan tidak pasti ialah sunat dan makruh. 

1. Contoh tuntutan pasti (jazam) yang membawa hukum wajib

Maksudnya: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. 

• Allah memerintahkan supaya didirikan solat dengan tuntutan pasti (jazam). 
• Lafaz yang menunjukkan pasti ialah lafazﺃﻘﻴﻤﻭﺍ dalam bentuk Fi’lul Amar yang bermaksud perintah. 

2. Contoh tuntutan pasti yang membawa hukum haram

Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)

• Allah melarang berzina dengan larangan yang pasti (jazam). 

3. Contoh tuntutan tidak pasti (ghairu jazam) iaitu sunat

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. 
• Allah memerintahkan supaya setiap muamalat secara hutang hendaklah direkodkan. 
• Lafaz menunjukkan tuntutan tidak pasti (ghairu jazam) iaitu sunat kerana terdapat qarinah (petunjuk) dalam ayat berikutnya yang memberikan pilihan untuk tidak direkodkan. 

4. Contoh tuntutan tidak pasti (ghairu jazam) dalam bentuk makruh

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu. 

• Walaupun lafaz ﻻﺘﺴﺌﻠﻭﺍ berbentuk larangan secara pasti (jazam), tetapi Ulama menetapkan bahawa ia menunjukkan larangan tidak pasti (ghairu jazam) iaitu makruh. 
• Ini kerana terdapat qarinah (petunjuk) dalam ayat yang sama memberikan kelonggaran kepada para sahabat membuat pertanyaan

b. Takhyir iaitu khitab Allah yang memberi pilihan kepada mukallaf samada hendak melakukan sesuatu atau tidak. 

Maksudnya: Apabila kamu telah bertahallul bolehlah kamu berburu. 

• Ulama menetapkan satu perintah yang dinyatakan sesudah larangan adalah harus. 

c. Wadho’i iaitu khitab Allah yang menunjukkan sesuatu sebagai sebab, syarat atau penghalang kepada sesuatu hukum. 

1. Contoh sebab

Maksudnya: Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah dipotong tangan mereka. 

• Sebab mencuri wajib dipotong tangan. 

2. Contoh syarat

Maksudnya: daripada Abu Hurairah RA sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya Allah tidak menerima solat seseorang daripada kamu apabila berhadas sehingga ia berwuduk. 

• Berwuduk syarat wajib solat. 

3. Contoh penghalang (mani’a)

Maksudnya: daripada Abu Hurairah RA sabda Rasulullah SAW : Orang yang membunuh tidak boleh mewaris. 

• Perbuatan membunuh menjadi penghalang kepada seseorang untuk mewarisi harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati. 

Pembahagian hukum syarak
Hukum Syarak
Hukum Takhlifi Hukum Wadho’i
Ijab Sabab
Nadbu Syarat
Tahrim Mani’
Karahah Sohih
Ibahah Batil
Hukum Takhlifi

• Iaitu Khitab Allah yang mengandungi tuntutan ke atas mukallaf supaya melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan atau mengandungi pilihan samada hendak melakukan atau tidak. 

Hukum Takhlifi Penerangan

1 Ijab Tuntutan Syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan yang pasti (jazam). Jika tidak dilakukan, akan berdosa, jika dilakukan akan mendapat pahala. 
Perkataan Wujub menunjukkan kesan tuntutan tersebut, manakala Wajib pula ialah perbuatan yang dituntut supaya dilakukan. 

2 Nadbu
Tuntutan Syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan yang tidak pasti (ghairu jazam). Jika tidak dilakukan , tidak berdosa, tetapi jika dilakukan mendapat pahala. 

Perkataan Nadbu menunjukkan kesan tuntutan tersebut, manakala lafaz Mandub menunjukkan perbuatan itu sendiri. 

3 Tahrim
Tuntutan Syarak supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti (jazam). Jika dilakuka berdosa, jika ditinggalkan akan mendapat pahala. 

Perkataan Hurmah menunjukkan kesan tuntutan tersebut, manakala lafaz Haram menunjukkan perbuatan itu sendiri. 

4 Karahah
Tuntutan Syarak supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan tidak pasti (ghairu jazam). Jika dilakukan tidak berdosa, jika ditinggalkan mendapat pahala. 

Perkataan Karahah menunjukkan kesan tuntutan tersebut, manakala lafaz Makruh menunjukkan perbuatan itu sendiri. 

5 Ibahah
Tuntutan Syarak yang mengandungi pilihan mukallaf samada untuk melakukan atau meninggalkan. 

Kesan dari khitab ini juga dinamakan Ibahah, manakala perbuatan yang menjadi pilihan itu dinamakan Mubah, Jaiz atau Halal. 

Hukum Wadho’i
• Iaitu Khitab Allah yang menjadikan sesuatu sebagai sebab, syarat atau penghalang (mani’a) kepada sesuatu hukum. 

Hukum Wadho’i Penerangan
1 Sabab

Sesuatu yang menjadi asas wujudnya sesuatu hukum. 

Apabila ada Sabab, ada hukum, jika tiada Sabab maka tiada hukum. 

Contohnya gelincir matahari menjadi Sabab wajib tunai solat Zuhur. 

2 Syarat

Sesuatu yang kerana adanya, ada hukum, tetapi tidak semestinya apabila adanya ada hukum. 

Contohnya wuduk syarat sah solat. Apabila tidak ada wuduk solat tidak sah tetapi tidak semestinya seseorang berwuduk kerana hendak menunaikan solat. Mungkin dia berwuduk kerana hendak menyentuh al-Quran. 

3 Mani’a
Sesuatu yang kerananya sesuatu hukum tidak dapat dilaksanakan sedangkan tanpanya hukum tersebut boleh dilaksanakan. 

Contohnya perbezaan agama menjadi penghalang bagi hukum pembahagian pusaka. Jika tiada perbezaan agama, pembahagian pusaka dapat dilaksanakan. 

4 Sohih
Perbuatan yang sempurna syarat dan rukunnya serta terhasil kesan yang dikehendaki darinya sebagaimana yang ditetapkan pleh syarak. 

Contohnya solat yang dilakukan cukup syarat atau rukun dikira sah oleh syarak. 

5 Batil
Perbuatan yang tidak sempurna syarat dan rukunnya serta tidak terhasil kesan yang dikehendaki darinya sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak. 

Contohnya solat yang dilakukan tanpa cukup syarat atau rukun dikira batal oleh syarak. 

Kesimpulan
Berdasarkan ilmu Usul Fiqh dan Hukum Syarak, saya dapat mengeluarkan beberapa hikmah suruhan dan larangan ALLAH. Antaranya ialah:
• Mendisiplinkan diri manusia itu sendiri. 
• Menguji tahap keimanan seseorang individu muslim. 
• Meransang manusia untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dalam erti kata lain “Amar Makruf Dan Nahi Mungkar”. 
• Dapat membezakan antara manusia dan haiwan. Hal ini adalah kerana manusia dikurniakan akal oleh Allah untuk menentukan sesuatu yang baik dan buruk. 

Disediakan oleh: Muhammad Ashraf Bin Mohamad Ali

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis. uitm. edu. my
http://abdazizharjin. blogspot. com