Wednesday, September 15, 2010

Godaan Syaitan Semasa Syakratul Maut -

PENDAHULUAN

Peristiwa akhirat adalah pasti terjadi. Setiap orang yang harus mempercayainya. sebelum menempuhi alam akhirat, setiap orang menghadapi alam kubur atau alam baka. akhirat itu adalah alam ghaib di luar kemampuan fikiran manusia. kita hendaklah yakin bahawa hari akhirat itu akan datang dan beriman dengannya. 

Di dalam Al Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW berita mengenai akhirat diterangkan dengan lengkap, luas, dan jelas. kiamat yang pertama berlaku apabila nyawa terpisah dari badan, rohnya diterima oleh Tuhan ditempatkan di Luhil Mahfuz. Sementara jasad akan bersemadi di dalam kubur. Sesiapa yang banyak amaln di dunia tidak akan mendapat seksa. Bagi yang tiada amalan akan mendapat seksaan kubur yang pedih. 

Ketika sangkakala ditiup, maka berterbanglah mereka bangkit dari kubur masing-masing menuju ke Padang Mahsyar. Di sini amalan mereka di kira dan di adili oleh Tuhan dengan seadil-adil timbangan. Sesiapa yang berat amalan baik akan dimasukkan ke syurga melalui titian Siratul Mustaqim. Bagi yang sedikit amalan baik dan banyak amalan jahat akan jatuhlah ke neraka jahanam. 

Dalam syurga mereka akan hidup dengan bahagia dan kekal di dalamnya untul selama-lamanya. Manakala yang masul di neraka mereka hidup dengan terseksa dijilat api yang panas membara. Umat Nabi Muhammad bagaimana besar pun dosanya setelah habios hukuman akan dimasukkan ke syurga Jannatun Naim. 

MENGINGATI MATI

Sebelum manusia dilahirkan mereka tidak bercita-cita untuk hidup dan setelah hidup mereka tidak pula ingin mati. Itulah manusia. Kebanyakkan manusia lupa tujuan mereka di hidupkan dan mereka juga lupa bahawa hidup di dunia ini tidak akan kekal untuk selama-lamanya. Kematian akan datang bagi setiap orang yang hidup. Antara sebab-sebab manusia tidak teringat akan mati adalah :

1. Ingin hidup selama-lamanya

Sudah menjadi hukum alam, manusia tidak pernah merasa puas dengan hidu dan tidak ingin mati. Mereka takut mati dan tidak ingin berpisah dengan keluarga. mereka juga sayang dengan harta benda yang melimpah. padahal meraka lupa hidup di dunai tidak abadi. semua makhluk akan mati. Firman Allah Taala : ‘Dan (kehidupan) akhirat itulah yang lebih baik dan kekal abad. ’ (Al’Ala :17)

2. Ingin menikmati kesenangan (taksub dengan harta duniawi)

Manusia sentiasa mencari jalan untuk hidup senang lenang dan mengumpul kekayaan. Mereka tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Firman Allah Taala:

‘Orang-orang kafir itu dalam usaha mereka (mencapai kesenangan dunia) adalah seperti fatamorgana di padang pasir. Dari jauh di sangka air setalah mereka sampai di tempat itu kiranya tidak ada sesuatu. Mereka di sisi dihisap denagn sempurna. Dan Allah begitu pantas menhisap mereka. ’ (An-Nur : 39)

Kesenangan di dunia diumpamakan Tuhan seperti fatamorgana. Ianya Nampak tapi setelah didapati ianya hilang. Kesenangan yang sebenar-benarnya di dunia tidak ada. Dalam kesenangan ada kesusahan. Ada orang yang menyangka kesenanagn itu terletak pada harta benda yang banyak. Manusia menjadi kedekut kerana ingin menikmati kekayaan. 

Firman Allah Taala: (Dan tidak ada kesenangan di dunia ini, melainkan hanya tipu daya semata-mata. ’ (Al-Imran: 581)

3. Takut menghadapi kematian ( kerana banyak berbuat dosa)

Firman Allah Taala: ‘Maut itu, kamu akam melarikan diri daripadanya. ’ (Al-Jum’ah: 8)

Manusia yang banyak melakukan dosa takut untuk menmghadapi mati. Mereka akan sentiasa lari daripadanya wal hal mereka tahu mati akan terjadi. Orang yang beriman tidak takut akan mati malah mati itu lah yang di ingininya. Mati itu adalah pintu gerbang alam akhirat. Orang yang beriman akan cinta kepada Allah, semakin tebal imannya semakin kuat ia mencintai Allah. 

Hadis Abi Hurairah RA katanya: Bersabda Nabi Muhammad SAW ; Barangsiapa yang tidak suka menemui Allah maka Allah tidak suka pula menemuinya. 

Dan Firman Allah Taala: ‘Katakanlah! Jika benar kamu mendapat syurga di akhirat nanti di sisi Allah dengan tidak berserta manusia lain, maka hendaklah kamu mencintai mati, jika kamu orng yang benar. (Al-Baqarah ; 49)

Kalau seseorang itu selalu mengingati mati maka timbullah sifat-sifat baik bagi dirinya seperti:
• Abia iaitu rajin beribadat
• Sakinah iaitu perasaan yang tenang dan tidak pernah gelisah
• Warak iaitu tidak mahu melakukan maksiat
• Zuhud iaitu hati tidak melekat pada harta

Setiap orang yang hidup pasti mati. Namun cara seseorang itu menghadapi maut adalah berbeza. Ada yang susah dan ada yang senang. Sesiapa yang turut menyaksikan orang yang menghadapi sakratul maut akan insaf dan manimbulkan perubahan jiwa seperti:
• Lembut perasaan hati
• Hilang nafsu membuat maksiat
• Hilang pengaruh harta
• Hilang kesuh-kesah

Apakah yang harus kita lakukan ketika menghadapi orang yang sedang sakit maut?
Berikut adalah perkara yang harus dilakukan di saat menyaksikan orang yang sedang sakratul maut. 

1) BERDIAM DIRI TIDAK BERBICARA

Sesiapa yang menziarahi orang yang sedang sakit maut hendaklah dai berdiam diri kerana di khuatiri akan mengangu si mati. orang yang sakit itu sedang berjuang menghadapi sakratul maut, syaitan akan mengodanya dengan pelbagai dugaan. Di saat rohnya terpisah dari jadasnya syaitan akan lakukan sedaya upaya supaya matinya seseorang itu dalam kesesatan. Syaitan akan mengoda dengan sekuat-kuatnya sehingga manusia lupa akan Allah. Firman Allah:

‘Syaitan mengoda mereka sehingga lupa mengingati Allah. Mereka itu termasuk golongan syaitan. Ketahuilah bahawa orang-orang yang termasuk golongan syaitan, mereka itu rugi. ’ (Al-Mujadalah: 19)

2) MEMBACA TALKIN

Talkin ertinya mengajar si mati untuk mengucap kalimah ‘Lailaha illallah’ berulang- ulang supaya si mati ingat hanya berpegang teguh kepada Allah. Seorang muslim hendaklah sentiasa mengingati Allah walaupun dalam saat-saat terakhirnya. Seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW:

‘Barangsiapa yang mengatakan bahawa tidak ada Tuhan selain Allah di akhir perkataan itu nescaya ia akan masuk syurga. ’

3) MEMBACA DOA

Ketika menziarahi orang yang sedang menghadapi sakratul maut atanu orang yang meninggal dunia hendaklah kita sedeqahkan doa, moga-moga dosanya diampuni Tuhan. Inilah pertolongan kita kepadanya semoga rohnya diberi kemudahan keluar dari tubuh, diringankan azab kubur, penderitaan di akhirat dan mendapat tempat di akhirat. 

GODAAN-GODAAN DALAM SAKRATUL MAUT

Mati ialah berpisah nyawa dengan tubuh. nyawa akan tetap hidup terus menerus sanpai hari kiamat, sedang tybuh hancur menjadi air dan tanah. Nyawa akan kembali kepada Tuhan manakala tubuh kembali kepada asalnya iaitu tanah. Sebelum malaikat maut tugasnya dan sebelun nyawa terpisah dari anggota tubuh maka masimg-masimg anggota tubuh, ruas pergelangan masing-masing mengucapkan selamat berpisah sampai berjumpa lagi di hari kiamat. Meskipun tubuh badan kita telah hancur di dalam kubur pada hari kiamat semua akan berkumpul menjadi satu tubuh semula. 

Waktu dalam sakratul maut itu ada orang yang susah, huru-hara, penuh dengan godaan- godaan syaitan hingga matinya menjadi susah. Bagi mereka yang derhaka terhadap Allah, iaitu orang- orang yang melakukan dosa besar maka susah baginya untuk mati kerana hukuman Allah terhadapnya. Antara dosa besar yang menyebabakan roh susah keluar daripada badan ialah syirik, nmurtad, dan derhaka kepada ibu bapa. Susah itu juga kerana kuatnya godaan. Orang beriman dan beramal soleh juga mengalami dugaan. Namun, bagi orang yang beraml soleh matinya senang. Huru-hara yang dialaminya adalah bermacam-macam. Ada yang nampak bayangan berupa tangga biru yang turun dari langit, harta, maksiat yang dilakukan, dan ada godaan yang mereka merasa haus dan lapar. syaitan akan berbuat pelbagai godaan sehinnga mereka lupa akan Allah Taala. 

Bersabda Nabi Muahmmad SAW:

‘Bahawa mayat itu setelah mula gelap pandangan matanya dia nampak sebuah tangga yang tegak antara langit dan bumi. Tangga itu antara zamrud warna biru yang indah sekali. Belum pernah ia lihat seindah itu. Maka ketika itulah dia membuka matanya dan diikuti penglihatannya. ’ (riwayat bukhari)

‘bahawa syaitan itu akan datang kepada seseorang itu sebelum matinya (di dalam sakratul maut ). Katanya : hendaklah engkau mati dalam agama yahudi, matilah engkau dalam agama Nasrani. ’ (riwayat tarmizi dan nasa’i)

Syed Abdullah Al- Fatani menulis dalam karya bukunya Karya Gul Gummah hal 17 sebagai berikut : Ketika itu dalam syaitan menyerupai ibunya yang telah meninggal dunia, duduk di sebelah kirinya, berkata sambil menangis katanya : Hai anakku. Aku adalah ibumu yang mengandungkanmu dengan bersusah payah dan telah memiliharamu sejak kecil. Bukan main kasih sayangku nak! Sekarang engkau akan meninggal maka ikutilah olehmu agama Yahudi, kerana itulah yang sebaik-baik agama. Dan seorang lagi menyerupai bapan yang telah meninngal duduk di sebelah kanannya, seraya berkata: hai anakku! Sayang bapa kepadamu, tidak kalah dari sayang ibumu. Tidak kenal siang malam aku mencari nafkah untukmu nak! Sekarang engkau akan meninggal maka ikutlah agama Nasrani karana itulah sebaik agama. ( Dikutip dari Kasyaful Gumma halamn 17-18)

Begitulah godaan syaitan ketika seseorang berdepan dengan maut. Detik- detik roh itu akan keluar dari tubuh akan meninggalkan alam dunia. Malah bermacam-macam lagi dugaan sebenarnya. 

KESIMPULAN

Dari Tuhan kita datang kepada-Nya juga kita kembali. Allah telah berjanji kepada hamba-Nya yang taat akan perintah-Nya akan mendapat ganjaran syurga manakala yang ingkar terhadap perintah-Nya akan mendapat balasan neraka. Dunia ini terlalu tua usianya dan telah nampak tanda-tanda kiamat telah dekat, dunia sentiasa berperang dan manusia berlumba-lumba mengumpul harta. Harta dunia tidak akn kekal melainkan ibadah dan amal soleh yang akan dibawa ke akhirat sebagai bekalan. Dari itu sedarilah kebesaran Tuhan dan sentisalah memohon petunjuk daripada-Nya agar kita tergolong dalam golongan yang beriman dan mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment