Wednesday, September 15, 2010

Hak dan Kewajiban Perempuan Dalam Islam.-

Dari pembacaan saya, buku ini telah menghuraikan hak-hak wanita. Hak-hak ini yang sering dipandang rendah oleh masyarakat. Wanita juga kadang kala tidak mangetahui hak-hak mereka dalam kehidupan ini kerana sudah terleka dengan cara hidup sedia ada. Ini juga merupakan salah satu faktor akan kemunduran wanita dalam kehidupan. Selain itu, buku ini juga mengingatkan wanita akan kewajiban-kewajiban wanita dengan Pencintanya, sesama manusia, serta sesama makhluk. 

Hasil bacaan saya, saya amat tertarik akan tajuk perbezaan status wanita dalam masyarakat sebelum kedatangan Islam dan selepas kedatangan Islam. Sebelum kedatangan Islam, wanita telah diletakkan pada taraf yang paling rendah malah disamakan dengan binatang!. 

Disini saya ingin memberi beberapa contoh status wanita di zaman pra-Islam:

::PERADABAN CINA::

Sebelum kedatangan Konfusius, rakyat cina sangat menghormati keluarga terutama kaum ibu kerana menganggap wanita sebagai penyambung keturunan. Namun, ini hanya berlaku seketika. 

System feudal yang diamalkan telah meletakkan wanita sepenuhnya di bawah pengawasan kaum lelaki bagi seumur hidup mereka. Perempuan dipandang sebagai petanda wakil syaitan dan tercela. Suami sentiasa berdoa agar dikurniakan anak lelaki dan isteri akan berasa malu jika gagal melahirkan anak lelaki untuk keluarganya. Ini kerana anak perempuan dianggap beban dan keluarga terpaksa membiayai pernikahan mereka apabila dewasa kelak. Pembunuhan bayi perempuan adalah biasa bagi mereka. Bayi perempuan akan ditinggalkan di ladang serta dibiarkan kedinginan atau menjadi santapan binatang buas. 

Setelah berkahwin, wanita harus memberi seluruh perhatian terhadap suami dan keluarga sepenuh hati. Para suami tidak memandang kecantikan atau kepandaian tetapi menilai isteri berdasarkan kesuburannya, kesetiaan serta ketekunan mengurus rumahtangga. Apabila suami meninggal dunia, isteri dilarang untuk berkahwin lagi malah diminta untuk membakar diri sebagai tanda penghormatan keatas mendiang suami. 

::PERADABAN INDIA. ::

Kitab Weda telah menyangkal hak-hak asasi wanita dan menyarahkan wanita menyerahkan seluruh hidup mereka dibawah kekuasaan lelaki sesuai di bawah kanun

No 147 & 148 hukum”Mane”. Ketetapan No 147 menyatakan sebagai seorang gadis. dia seharusnya mematuhi ayahnya dan sebagai seorang isteri, dia harus mematuhi suaminya. Apabila suaminya meninggal dunia, dia harus mematuhi pelindungnya, apabila pelindungnya meninggal dunia, maka dia harus mematuhi pamannya, jika tiada paman, wanita diletakkan di bawah pelindungan penguasa. Menurut ketetapan No 148, dia tidak memiliki hak kebebasan atau kemerdekaan untuk bertindak sesuka hati. 

Wanita India menganggap suaminya sebagai wakil tuhan di muka bumi. Oleh yang sedemikian, mereka amat taat kepada suami. Apabila suami meninggal dunia, para isteri juga turut di bakar hidup-hidup. Mereka percaya apabila isteri berbuat sedemikian, isteri akan dikurniakan hidup yang bahagia selama 35 juta tahun di syurga bersama suami. 

Para janda akan selamanya diasingkan dan dibuang masyarakat. Bagi kaum India, janda adalah makhluk yang mengjijikkan dan mengerikan. Hak-hak kemanusian wanita ini diketepikan. 

::AGAMA YAHUDI. ::

Perempuan harus tunduk kepada otoritas dan kekuasaaan lelaki sepanjang hidupnya. Para bapa yang tidak mampu untuk memelihara anak perempuannya, maka mereka berhak menjual anak gadis mereka. Anak gadis yang telah dijual tidak boleh ditebus atau dibebaskan. Jika para bapa tidak mahu menjual anak gadisnya tetapi tetap tidak mampu memelihara mereka, sebagai alternatif, anak gadis itu boleh disewakan untuk jangka masa yang dipersetujui. 

Apabila wanita berkahwin, mereka memanggil suami dengan panggilan”Ba’iku”, yang bermaksud tuan. Apabila suami telah meninggal dunia, isteri tidak layak memperolehi harta suami malah dia perlu menjadi isteri pada waris suami yang mahu mengahwininya. Dika tiada seorang pun dari wakil suami tidak mahu mengahwininya serta mempunyai apa-apa hubungan dengan wanita tersebut, maka waris suami berhak

Wanita dianggap kotor setelah melahirkan anak. Bilangan hari kehinaan mereka bergantung kepada jantina anak yang dilahirkan. Bagi anak lelaki, mereka dianggap kotor selama 7 hari dan tidak dibenarkan mandi selama 40 hari. Jika melahirkan anak perempuan, mereka dianggap kotor selama 14 hari dan tidak dibenarkan mandi selama 80 hari. Wanita yang berada dalam keadaan haid juga dikatakan najis. Barangsesiapa yang menyentuh wanita atau menyentuh tempat yang didudukinya juga dianggap kotor sehinggalah matahari terbenam. 

::AGAMA KRISTIAN. ::

Wanita dipaksa untuk tunduk pada otoritas kaum lelaki dan mentaati mereka secara mutlak. Wanita perlu patuh pada suami seperti patuh kepada tuhan kerana suami pemimpin isteri sebagaimana paderi memimpin gereja. 

Agama ini juga mempercayai bahawa wanita adalah symbol kejahatan. Mereka merupakan punca utama pengusiran Adam dari syurga. Kisah Adam dan Hawa merupakan punca utama menindasan wanita dalam agama kristian. Mereka percaya wanita lebih mentaati syaitan dan menentang tuhan. Wanita juga merupakan kejahatan yang tak terhindar, penggoda, rayuan maut dan bayangan syaitan. 

Para wanita juga tidak layak untuk bertanya atau berbicara di dalam gereja. Jika mereka ingin belajar, mereka perlu bertanya pada suaminya dirumah kerana adalah sangat memalukan jika seorang perempuan berbicara di dalam gereja. 

::WANITA MENURUT PANDANGAN ISLAM. ::

Islam telah datang untuk menyelamatkan perempuan daripada penindasan dan penghinaan yang menyebabkan penderitaan. Islam juga meluruskan pengertian-pengertian yang salah, melaksanakan hukum dan memulihkan kehormatan kaum wanita. 

“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakkan makhluk yang telah kami ciptakan. ”(surah Al-Isra’: ayat 70)

Ayat di atas jelas menunjukkan Allah memuliakan manusia, baik lelaki mahupun perempuan. Manusia dikurniakan akal bagi menguruskan kehidupan di dunia, membuat keputusan dan membezakan kebenaran dan juga kepalsuan. 

Islam juga telah mematahkan pandangan-pandangan kaum pagan jahiliah kepada wanita. Salah satunya, menyangkal pandangan agama kristian yang membenci kaum wanita kerana menyebabkan Adam keluar dari syurga. Para paderi berpendapat Hawa telah menggoda Adam untuk melanggar perintah Allah yang melarang memakan buah larangan di dalam syurga. Firman Allah, 

Dan Kami berfirman:”Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurgamu ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang zalim. Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula. . . ”(Surah Al-Baqarah: ayat 35-35)

Mereka berdua tidak mematuhi Allah SWT dan tergoda oleh pujuk rayu syaitan. Syaitan berbisiki mereka berdua, padahal menurut kitab Injil, syaitan membisiki Hawa dan kemudian Hawa menggoda Adam. Allah SWT berfirman:

“Kemudian syaitan membisikan fikiran jahat kepada kedua-duanya untuk menampakkan kedapa keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata: ‘ Tuhan kamu tidak melarangmu dari mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal. ”(Surah Al-Araf; ayat 20)

Namun, beberapa ayat memberikan kesan bahawa syaitan hanya membisiki Adam:”Kemudian Syaitan membisiki fikiran jahat kepadanya dengan berkata:”Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?’ maka keduanya memakan buah dari pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupi dengan daun-daun (yang ada di ) syurga. ”( Surah Thaha; ayat 120-121)

Dan Allah SWT mengakhiri ayat ini dengan mengatakan, ”Dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia. ”

Maka jelaslah disini bahawa Islam memuliakan perempuan. Islam juga menggalakkan perempuan menuntut ilmu. Namun, kaum perempuan harus dapat mencari ilmu pengetahuan tanpa mengorbankan kesederhanaan dan kesucian mereka. 

Nabi saw menunjukkan kebaikan hati dan kasih saying kepada para sahabat perempuannya. Baginda medorong mereka untuk mencari ilmu dan membantu mereka memahaminya. 

Abu Badra meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:”Barangsiapa memiliki seorang anak perempuan, dan dia mendidiknya dengan baik, mengajarkannya akhlak baik, memerdekakan dan mengkahwinkannya, maka ia mendapat pahala dua kali ganda. ”

Kehebatan Saiditina Aisyah dalam bidang ilmu mengetahuan merupakan contoh kebenaran Islam. Ata’ bin Abi Rabah berkata:”Aisyah merupakan seorang saujana, orang yang sangat banyak pengetahuannya dan memberikan nasihat yang paling baik. ”Juga, Al-Zuhri berkata:”Pengetahuan Aisyah melebihi pengetahuan Ummul Mukmim dan pengetahuan seluruh perempuan. ”Hisyam ibn Arwah berkata:”Saya tidak pernah mendengar orang yang pengetahuannya di dalam ilmu feqah, perubatan dan puisi lebih banyak di banding Aisyah. ”

Kesimpulannya, jelas membuktikan bahawa Islam telah membawa sinar di dalam kehidupan para wanita. Islam telah mengembalikan hak-hak wanita di dalam kehidupan ini. Saidatina Aisyah merupakan contoh wanita yang terbentuk dari acuan Islam yang mulia dan benar. Beliau memiliki akhlak yang mulia serta ilmu pengetahuan yang meluas. 

Disediakan oleh: Nor Farhana Nabila Bt Yusoff

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis. uitm. edu. my
http://abdazizharjin. blogspot. com

No comments:

Post a Comment