Wednesday, September 15, 2010

Konsep ibadah dalam Islam -

PENGENALAN

Konsep ibadah dalam Islam bukan hannya terbatas kepada soal-soal ta’abbudi seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Malah ia meliputi pengertian yang sangat luas dan mendalam. Ibadah merupakan pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, kerana segala urusan dunia dan Akhirat bersumberkan petunjuk dan ajaran Allah semata-mata. Selain itu, ibadah juga berfungsi menjalinkan hubungan yang berterusan antara hamba dengan Allah Ta’ala dalam segala hal. Hubungan inilah sebenarnya yang menjadi pokok pangkal dan asas utama pendidikan Islam keseluruhannya. 

PENGERTIAN IBADAH

Pengertian ibadah menurut bahasa ialah merendah diri, tunduk, patuh dan taat. 

Sementara menurut istilah pula ialah; istilah yang meliputi setiap perkara dikasihi oleh Allah dan diredhai-Nya meliputi ucapan dan perbuatan, zahir dan batin. 

IBADAH ADALAH HAK ALLAH

Sesiapa yang mengenal Allah Ta’ala sudah tentu akan mengatakan bahawa Dia sahajalah yang berhak dicintai, dibesarkan dan diserahkan segala puji-pujian dan kesyukuran. Ini adalah kerana hanya Allah yang memberikan hidup kepadanya serta menyediakan pula segala sesuatu yang diperlukan untuk kelangsungan hidupnya. 

Firman Allah:Terjemahannya : Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa. Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui. (Surah al-Baqarah 2:21-22)

KEDUDUKAN SOLAT

Solat adalah suatu bentuk ibadah yang sudah dikenali sejak dahulu. Ia merupakan lambang bagi setiap agama. Sejarah agama tidak menganggap adanya satu-satu agama itu kecuali bila adanya solat. Namun demikian, solat di dalam Islam mempunyai keistimewaan-keistimewaan tertentu, sesuai dan selaras dengan keistimewaan Islam itu sendiri sebagai ajaran dan cara hidup yang sempurna dan lengkap bagi manusia. 

Solat merupakan symbol pengabdian kepada Allah Ta’ala. Ia sentiasa memberikan kita kesedaran iman yang berterusan kepada seseorang Muslim. Sebaliknya tanpa solat tidak akan hadir kesedaran yang mendalam terhadap Allah dan Hari Akhirat. Malah ia menyebabkan seseorang itu merasa berat dan susah untuk mendirikan solat. 

KEDUDUKAN SOLAT DALAM ISLAM

Solat merupakan perkara yang sangat diberi keutamaan dalam Islam. Di mana keutamaan seperti ini tidak pernah diberikan kepada ibadah yang lain. Hal yang demikian dapatlah dibuktikan melalui dalil-dalil yang terang dan jelas sama ada dari al-Quran al-Karim mahu pun Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang masing-masing sangat mengambil berat dan menumpukan perhatian terhadap perintah solat. Sebaliknya ancaman seksa yang berat bagi orang yang mencuaikan kewajipan solat. 

SOLAT MENURUT AL-QURAN AL-KARIM

Antara dalil-dalil yang telah disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran tentang solat adalah seperti berikut:
1-Doa Nabi Ibrahim Khalilullah
2-Perintah pertama daripada Allah ke atas Nabi Musa
3-Solat disebutkan oleh Nabi Isa ketika masih dalam buaian
4-Solat adalah ibadat yang wajib ditunaikan pada setiap keadaan
5-Ancaman seksa kerana meninggalkannya
6-Solat adalah syiar golongan Muttaqin

SOLAT MENURUT AS-SUNNAH

1-Amalan yang mula-mula dihisab Allah
2-Solat adalah tiang agama
3-Garis pemisah di antara iman dan kufur
4-Meninggalkan solat menjatuhkan pelakunya kepada Syirik dan Kufur
5-Solat adalah kunci kajayaan di akhirat
6-Solat adalah ibadat yang diterima langsung daripada Allah
7-Ibadat pertama yang difardukan ke atas kaum muslimin
8-Wasiat terakhir Rasulullah

PENGERTIAN SOLAT

Istilah solat menurut bahasa ialah: doa. 

Manakala menurut istilah syarak pula ialah;”Ucapan-Ucapan dan perbuatan-perbuatan tertentu yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam, dengan memenuhi syarat-syarat tertentu, diikuti dengan hati, fikiran, lidah dan tubuh badan. ”Perkataan solat adalah di ambil daripada perkataan silah yang bermaksud hubungan. 

Justeru ia menghubungkan dan mendekatkan diri seseorang kepada rahmat Allah Ta’ala. 

SOLAT ADALAH FARDU YSNG TELAH DITENTUKAN WAKTUNYA

Kita wajib menunaikan solat lima kali sehari seperti yang telah di tetapkan oleh syarak. Ketentuan ini akan berterusan bagi seluruh manusia tidak kira batas umurnya atau tahap pencapaian rohaninya. Kedudukan rohani yang tinggi itu mendorong seseorang supaya lebih mengutamakan solat. 

KESAN PENDIDIKAN DARIPADA IBADAH SOLAT

Solat itu adalah hasil penggabung jalinan antara dua unsur asasi kejadian manusia, iaitu rohani dan jasmani, zahir dan batin. Solat juga merupakan ibadah wajib harian bagi setiap Muslim yang perlu dilakukan berulang-ulang secara berterusan hingga ke akhir hayat pada setiap pagi, petang dan malam

Jadi, jelaslah bahawa amalan dan kewajipan solat merupakan suatu bentuk didikan Ilahi yang semestinya akan membuahkan kesan-kesan positif yang amat banyak dalam berbagai-bagai aspek kehidupan manusia. 

ASPEK KEJIWAAN

1-Memberikan ketenangan jiwa
2-Solat memberikan kekuatan jiwa

ASPEK KESIHATAN


Islam adalah agama yang berasaskan kenyataan. segala hukum dan peraturannya ditegakkan di atas kenyataan. Manakala kenyataan menunjukkan bahawa ilmu itu tidak akan diperolehi melainkan dengan kesihatan. Harta itu tidak dapat diperolehi melainkan dengan kesihatan. Jadi, kesihatan merupakan modal utama bagi kehidupan insane. 

1-didikan menjaga kesihatan
i)mulut
ii)sedutan hidung
iii)kulit
2-melatih badan agar cergas aktif

ASPEK AKHLAK

1-Menyedarkan daripada kesalahan
2-Solat dapat menghapuskan dossa
3-Mencegah perbuatan mungkar
4-Mendisiplinkan waktu

ASPEK KEMASYARAKATAN

1-Kemerdekaan
i)kemerdekaan jiwa
ii)kemerdekaan menggemukkan pandangan dan kritik
2-Persaudaraan
3-Persamaan

NIZAM AL-HISBAH

Menurut bahasa al-Hisbah bererti bilang atau hitung. 

Al-hisbah juga bermaksud; menyerahkan segala perhitungan balasan kepada Allah SWT. atau mengharapkan segala balasan daripada Allah. 

PENGERTIAN AL-MA’RUF DAN AL-MUNKAR

Al-ma’ruf ialah segala perkara yang dianjurkan oleh syarak termasuk mengerjakan perkara yang diperintahkan dan meninggalkan perkara yang dilarang. 

Al-munkar ialah perkara yang menyalahi syarak, termasuk mengerjakan perkara-perkara yang dilarang dan meninggalkan perkara-perkara yang diperintah sama ada zahir mahupun batin. 

KEWAJIPAN MENYERU KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN

1-Dalil al-Quran al-Krim
2-Dalil al-Hadis
3-Dalil Athar

BALASAN KERANA MENGABAIKAN TUGAS AMAR MA’RUF DAN NAHI MUNKAR

Sesiapa yang tidak melaksanakan tugas menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran akan mendapat laknat daripada Allah SWT. . 
Mereka juga akan menerima balasan seksa daripada Allah dan doa mereka tidak akan diperkenankan. 

CELAAN TERHADAP GOLONGAN YANG MENYURUH ORANG LAIN BERBUAT BAIK TETAPI MELUPAKAN DIRI SENDIRI

Sabda Rasulullah SAW. : Terjemahan : Dibawa seorang lelaki pada Hari Kiamat nanti, lalu dicampakkannya ke dalam neraka, kemudian terkeluarlah (daripada perutnya) usus-usus perut di dalam neraka itu, lalu berpusing-pusing sebagaimana berpusing-pusingnya keldai pada kisarannya. Kemudian, semua penghuni neraka berkumpul kepadanya sambil bertanya :”Wahai si anu, apa hal dengan kamu? Bukankah kamu yang menyuruh kami berbuat kebaikan dan melarang kami daripada kemungkaran?”Jawabnya :”Memang akulah yang menyuruh kamu kepada kebaiakan tetapi aku tidak melakukannya dan akulah yang melarang kamu daripada kemungkaran sedangkan aku melakukannya”. 


Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh: Nuramalina Binti Nokman

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment