Wednesday, September 15, 2010

Hidup Beribadah -

Bersyukur kepada Allah serta berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. , sahabat-sahabat dan keluarga baginda sekalian dilimpahkan Allah akan rahmatNya kepada semua kita muslimin dan muslimat. Amin ya rabbal a’lamin

Dengan kehendak dan iradat Allah SWT dapat saya sempurnakan kerja yang telah diberikan ini dengan kadar yang termampu oleh tenaga dan kesanggupan yang ada pada diri saya yang lemah dan serba kekurangan ini. Di kesempatan ini saya dengan rasa besar hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan, keluarga serta pensyarah kerana memberi sokongan moral kepada saya untuk menyiapkan amanat yang telah diberikan oleh saya ini dengan jayanya.

Melalui ruangan ini, saya menyeru kepada semua umat islam supaya mendekati cerdik pandai Islam yang boleh membawa kita mendekati Allah dengan cara yang sebenar. Jangan sesekali terpengaruh dengan cerdik pandai Islam YANG BUKAN AHLI DALAM SELOK-BELOK ISLAM yang sudah tentu akan membawa kita ke jalan yang salah dan lalai.

Ada orang menganggap bahawa dirinya sempurna, bagus, baik dan cukup berdisiplin dan mempunyai harga diri yang tinggi walaupun dia sering melalaikan sembahyang yang di perwajibkan ke atas dirinya sebagai seorang hamba, dan berani melanggar perintah Allah secara terang-terangan dan tersembunyi.

Kita begitu patuh pada peraturan dunia atau alam nyata sehinggakan manusia begitu takut dan taksub akan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan akan tetapi yang menyedihkan peraturan mengenai pentingnya sembahyang yang telah diutuskan kepada kita sejak dahulu kala lagi mengapa kita begitu berani mengabaikannya?ini menunjukkan kita terlalu mengagung-agungkan peraturan dunia, tanpa segan atau takut kita sering melakukan perkara yang melanggar syarat-syarat dalam islam.

Melalui tulisan ini saya menyeru semua pembaca supaya mentaati Allah dan RasulNya dengan meninggalkan apa yang dilarang dan mengerjakan apa sahaja yang disuruh dan janganlah menantikan umur tua baru mahu berjinak dengan surau atau masjid.

Ingatlah, bahawa umur baligh seseorang itu melambangkan ianya dewasa dan segala hukum telah tertanggung di atas dirinya sendiri. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh serta mendapat keredhaan Allah.

BERSUCI DAN BERSIH
- Agama menekankan pentingnya bersuci seperti firman Allah yang bermaksud”sesungguhnya Allah amat kasih kepada orang-orang yang suka bertaubat dan orang yang bersih”
- Islam mengklasifikasikan bersih dan suci dari segala najis dan hadas pada tubuh badan, pakaian atau tempat sehingga boleh mengerjakan sembahyang.

i. Hikmat Bersuci
- Supaya seseorang itu sentiasa dalam keadaan bersih, sihat dan segar
- Supaya segala amalan diterima Allah
- Dapat menjauhi diri daripada kuman-kuman pemyakit
- Kebersihan lahir boleh membawa kebersihan batin

ii. Bahagian Bersuci
- Bersuci daripada najis
- Bersuci daripada hadas kecil atau hadas besar

iii. Alat-alat Untuk Bersuci
- Air
- Debu-debu tanah untuk bertayamun
- Benda-benda kesat seperti batu untuk menyuci tempat keluar najis
- Samak-menggunakan bahan-bahan tertentu untuk menyuci kulit-kulit bangkai selain daripada anjing dan babi dan keturunannya.

iv. Hukum Bersuci
- WAJIB

WUDHUK
- Iaitu cara menghilangkan hadas dengan mengikut peraturan-peraturan yang tertentu
- Hukumnya wajib bagi hendak mengerjakan sembahyang, tawaf dan sebagainya
Firman Allah:
“Wahai orang yang beriman!apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang maka hendaklah basuh muka kamu, dua tangan kamu hingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan basuhlah dua kaki kamu hingga ke buku lali”

Sabda Rasulullah SAW.
“Allah tidak menerima sembahyang seseorang daripada kamu apabila berhadas sehingga ia mengambil wudhuk”

Fardhu atau Rukun Wudhuk:
1. Niat ketika membasuh muka:”Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala”
2. Membasuh muka. Membasuh dari tempat tumbuh rambut du kepala hingga ke bawah dagu dan dari anak telinga kanan hingga ke anak telinga kiri.
3. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku
4. Menyapu air ke kepala sama ada menyapu sebahagian rambut yang ada di dalam ruangan kepala
5. Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali
6. Tertib

Hikmat Wudhuk:
1. Membersih anggota-anggota yang terdedah kepada kekotoran
2. Dapat menyegarkan badan dan menenangkan jiwa
3. Dapat membersih kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukan oleh anggota-anggota tertentu



SEMBAHYANG
SOLAT :
- Sembahyang merupakan satu medan pertempuran kita dengan nafsu, kita perlu bijak melawan nafsu supaya ianya tidak tewas.
- Dalam hadits nabi juga mengatakan bahawa sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkan sembahyang maka dia meruntuhkan agamanya.
- Solat dari segi bahasa ertinya Doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu.
- Solat juga dapat mencegah kita daripada melakukan sifat-sifat mazmumah seperti Firman Allah swt:


"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar”(Al Ankabut : 45)

- Selain itu, ia merupakan amal yang pertama akan dihisap
Sabda rasulullah SAW. : Amal yang pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain. (Thabrani)


- Solat terbahagi kepada dua iaitu Solat fardhu dan Solat Sunat
- Solat sunat sangat dituntut oleh agama kerana ia sedikit sebanyak akan memperbanyakkan pahala sunat.
- Pakaian serta tubuh badan kita hendaklah bersih daripada hadas besar dan hadas kecil, seharusnya kita membersihkan diri dahulu sebelum melakukan sembahyang

Faedah Solat:
- Menenangkan Jiwa
- Dapat Memelihara Diri Dari Melakukan Kemungkaran
- Menunaikan Rukun Islam Yang-2
- Menghapuskan Dosa-dosa Kecil
- Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT

Contoh-contoh Solat:
- Solat Berjemaah
- Solat Jumaat
- Solat Qasar & Jama’
- Solat Sunat
- Solat Khauf

Syarat-syarat Wajib Sembahyang:
- Islam
- Baligh – sampai umur
- Berakal yakni tidak gila
- Suci daripada haidh dan nifas

Syarat–syarat Sah Sembahyang:
- Yakin waktu sembahyang itu sudah masuk
- Tidak ada najis pada badan, pakaian, dan tempat sembahyang
- Suci daripada hadas besar dan hadas kecil
- Tutup aurat:
1. Lelaki:Tutup antara pusat hingga lutut
2. Perempuan:Tutup seluruh anggota badan kecuali muka dan dau tangannya
- Menghadap kiblat



Rukun Sembahyang 13 Perkara:
1. Niat
2. Berdiri betul bagi yang mampu
3. Takbiratul ihram
4. Membaca suratul Fatihah
5. Rukuk serta toma’ninah
6. I’tidal serta toma’ninah
7. Sujud dua kali serta toma’ninah
8. Duduk antara dua sujud serta toma’ninah
9. Duduk kerana hendak membaca tahiyat akhir
10. Membaca tahiyat akhir
11. Membaca salawat keatas Nabi
12. Memberi salam
13. Tertib

Syarat Sujud 9 Perkara :Jika tidak, tidak sah sujud
1. Mesti ada toma’ninah, di dalam sujud itu
2. Meletakkan dua lututnya pada lantai
3. Meletakkan dua perut tapak tangan ke lantai
4. Menegakkan perut jari kedua-dua kakinya pada lantai
5. Memberatkan kepala pada tempat sujud
6. Bermaksud sujud. Tidak sah jika sujud kerana terjatuh
7. Meninggikan punggungnya daripada kepalanya ketika sujud
8. Jangan sujud di atas sesuatu yang ditanggungnya yang boleh bergerak-gerak benda itu seperti pada hujung serbannya, atau tangan bajunya
9. Jangan ada sesuatu yang berlapik pada sekalian dahinya. umpamanya sujud di atas daun kayu;jika daun kayu itu melekat pada dahi pada sujud pertama, maka hendaklah dibuangkan pada sujud kali kedua

Perkara-perkara Yang Makruh Dalam Sembahyang :
1. Ketika sembahyang ia menahan diri dari buang air kecil dan besar
2. Sembahyang dalam keadaan lapar kecuali disebabkan waktu sembahyang hampir lupu
3. Sembahyang sembil bercekak pinggang
4. Memalingkan muka ke kanan dan kiri
5. Memberi isyarat selain daripada isyarat menjawab salam atau sesuatu haat yan sudah terpaksa
6. Menyapu pasir dan meratakannya tidak lebih dari 3 kali ketika hendak sujud
7. Melipat atau membetulkan rambut atau baju
8. Meludah ke pihak hadapan ataupun ke pihak kanan
9. Menyelat-nyelati anak jari
10. Meninggalkan segala sunat dalam sembahyang
11. Memejamkan mata
12. Merapatkan lengan kepada rusuk ketika rukuk dan sujud
13. Melampau-lampau memberatkan kepala
14. Meninggalkan membaca surah pada dua rakaat yang pertama
15. Meninggalkan takbir intiqalat
16. Meninggalkan zikir-zikir dalam rukuk, i’tidal, sujud, dan duduk antara dua sujud

Diantara Perkara yang Menghilangkan Khusyuk :
1. Mengingatkan perkara-perkara yang di luar dari sembahyang
2. Sembahyang di tengah jalan, atau di tengah pecan
3. Sembahyang ketika sangat mengantuk
4. Tergopoh gapah dalam sembahyang

Qadha Sembahyang:
- Mengqadhakan sembahyang yang tertinggal adalah dengan mengerjakan sembahyang bukan dalam waktunya lagi, tetapi dalam waktu yang dibelakangnya

Dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari”dari Jabir Bin Abdullah, beliau berkata:bahawa Sayyidina Omar bin Al-khattab dating kepada Rasulullah pada ketika peperangan Khandaq sesudah terbenam matahari. Pada ketika itu(Sayyidina Omar)memaki-maki Kafir Quraisy dan berkata kepada Rasulullah:Ya Rasulullah!saya hampir tidak sembahyang Asar sampai matahari terbenam. Maka Nabi menjawab:Demi Allah, saya juga belum sembahyang Asar, (beekata Jabir)maka kami semuanya berangkat ke Buthan kemudian berwudhuklah Nabi dan kami juga berwudhuk, lalu baginda sembahyang Asar sesudah terbenam matahari dan sesudah itu barulah baginda sembahyang Maghrib”

Dari Hadis Ini Dapat Diambil 5 Pengertian:
1. Sembahyang yang ditinggalkan wajib diqadhakan baik yang ditinggalkan kerana lupa kerana tertidur atau kerana sengaja.
2. Dalam mengqadhakan sembahyang yang ditinggalkan boleh dilakukan secara berjamaah.
3. Qadha sembahyang dengan cara berjamaah itu disyariatkan juga azan
4. Mengqadha sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja wajib disegarakan dan harus didahulukan dari mengerjakan sembahyang yang ada(tunai), umpamanya Rasululah qadha sembahyang Asar dahulu kemudian baru sembahyang maghrib pula
5. Dalam waktu yang sangat sulit seperti dalam peperangan yang berkecamuk itu, boleh meninggalkan sembahyang dan tidak berdosa sesuai dengan hukum darurat, tetapi wajib diqadha dalam satu kesempatan yang pertama

- Nabi tidak menggalakkan umatnya meninggalkan sembahyang seperti dalam hadisnnya
Dalam hadis Nabi yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud”ketahuilah bahawa dalam keadaan tertidur tidak ada sia-sia, yang sia-sia(yang akan dapat hukuman)ialah orang yang tidak mengerjakan sembahyang sampai datang waktu sembahyang yang lain. Maka barangsiapa yang memperbuat demikian hendaklah ia bayar ketika ia ingat akan sembahyang itu”

Dari Hadis ini Dapat Dipetik Hukum:
1. Sembahyang yang tertinggal kerana tertidur tidaklah berdosa. Yang berdosa ialah orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja.
2. Waktu sembahyang itu, selain Subuh adalah panjang
3. Sembahyang yang tertinggal wajib diqadhakan
4. Setiap orang mesti sembahyang pada waktunya. Jika tidak dapat pada awal waktu, ditengahnya, atau dihujungnya. Sembahyang tidak boleh ditinggalkan sama sekali

Disediakan oleh: Muhammad Akmal Bin Hassan

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment