Wednesday, September 15, 2010

Dunia Para Ahli Hadith -

Telah pun diriwayatkan bahawa hadith dilakukan oleh mereka yang dikurniai bakat-bakat yang luar biasa oleh Allah SWT. Sebelum diakui sebagai periwayat hadith, seseorang muhaddith harus malalui ujian untuk memastikan kekuatan daya ingatan, kejujuran, pengetahuannya yang luas tentang masalah yang dibahas, kesolehannya dan sifat serta perilakunya yang tidak tercela. Hanya para alim yang memenuhi syarat ini yang boleh diakui sebagai perawi(pengumpul atau periwayat hadith)

Ketika pertama kalinya Imam al-bukhari datang ke baghdad mempelari dan menekuni pengumpulan hadith, beliau telah mendapat ujian daripada para ahli hadith di kota itu. Mereka mengumpulkan 100 hadith yang sahih, lalu mengubah urutan peyampaiannya dengan cara menukar urutan perawi hadith tersebut. Imam al-bukhari diminta untuk menjelaskan mata perawi tersebut satu-persatu dan diminta untuk menyebutkan keselahan jika ada. 

Imam al-bukhari berjaya menemukan semua pengubahan dalam hadith tersebut. Tanpa ada rasa takut ia menunjukan bagaimana hadith-hadith tersebut dicampur-adukan dan menunjukan bagaimana cara menyusunnya kembali. Para ahli hadith di kota itu, iaitu para pengujinya telah megesan bahawa Imam al-bukhari mempunyai daya ingatan yang kuat dan mempunyai sifat ingin tahu yang besar. Para hadith terkemuka di Baghdad ini memuji akan semangatnya yang telah berjaya menyelesaikan suatu tugas yang besar. 

AL-ZUHRI

Pada zaman pemerintahan Khalifah Hisham, muhaddith terkenal iaitu Ibnu Shihab al-Zuhri juga diuji dengan ujian seakan sama dengan ujian terhadap Imam al-Bukhari oleh Khalifah Hisham. Khalifah Hisham memintaanya menulis beberapa hadith untuk puteranya. Al-Zuhri meminta jurutulis dari istana untuk mencatatkan 400 hadith. Sebulan kemudian, Khalifah Hisyam ingin menguji daya ingatan al-Zuhri, Khalifah Hisham memanggilnya kembali ke istana dan menyatakan bahawa keempat-empat ratus hadith itu yang telah diriwayatkan olehnya telah hilang. Khlifah Hisham meminta al-Zuhri untuk meriwayatkan semula 400 ratus hadith yang telah diriwayatkannya kepada jurutulis istana. Al-Zuhri dengan segera meriwayatkannya kembali kepada jurutulis istana. Setelah selesai meriwayatkan semula semua keempat-empat ratus hadith tidak ada satu pun huruf yang tertinggal dalam 400 ratus hadith yang pertama diriwayatkannya. 

RAB’I BIN HARITH

RAB’I BIN HARITH adalah muhaddith terkenal. Ketika pertama kalinya diuji kemampuannya untuk menjadi ahli hadith semua orang dalam kaumnya samada kawan mahupun lawan menguji kejujuran dan kesolehannya. Terdapat seorang musuhnya yang mempunyai parasaan iri hati dan ingin menconteng arang ke mukanya sebagai orang yang jujur. Dengan itu, musuhnya ini pergi menghadap Gabenor Hajjaj bin Yusuf lalu ia memberitahu kepada Gabenor bahawa Rab’I bin Hirith yang akan dinobatkan sebagai muhaddith, mempunyai dua orang anak lelaki yang disembunyikannya menghindari perintah wajib tentara. Musuhnya mengandaikan bahawa Rab’I bin Harith ingin menutup kenyataan ini agar terhindar daripada hukuman mati. Dengan cara ini musuhnya itu berharap agar Rab’I bin Harith akan berbohong tentang kenyataan yang telah di beritahu kepada Gabenor Hajjaj bin Yusuf. Gabenor Hajjaj bin Yusuf memanggil Rab’I bin Harith dan menanyakannya mengenai kedua- dua anaknya. Rab’I bin Harith menjawab bahawa memang benar kedua-dua anaknya itu disembunyikan dirumahnya. Gabenor Hajjaj bin Yusuf menyedari bahawa Rab’I bin Harith tidak berbohong tentang kenyataan itu dan gabenor Hajjaj bin Yusuf telah mengumumkan kepada semua penduduk wilayah kekuasaannya bahawa Rab’I bin Harith adalah seorang sangat jujur dan boleh dipercayai. Dengan demikian, Rab’I bin Harith diakui sebagai muhaddith. 

ABU HURAIRAH

IMAM AL-BUKHARI menceritakan bahawa Gabenor Marwan pernah ingin menguji daya ingatan sahabat Nabi iaitu Abu Hurairah RA. . Gabenor Marwan mengundang Abu Hurairah RA. datang menghadap dan memintanya menyampaikan sejumlah hadith. Setiausaha Gabenor Marwan menyalin setiap hadith, kata demi kata, baris demi baris yang keluar dari mulut Abu Hurairah RA. . 

Setahun kamudian, Gabenor Marwan mengundang kembali Abu Hurairah RA. dan memintanya mengulangi semua hadith yang telah disampaikannya setahun yang lalu. Setiausaha Gabenor Marwan bersembunyi kerana diberi tugas untuk menyamakan bacaan hadith kali kedua yang disampaikan oleh Abu Hurairah yang telah di salinnya setahun yang lalu. Abu Hurairah RA. membaca semua hadith yang telah di bacanya setahun yang lalu. Abu Hurairah menbacakan semua hadith tersebut, satu demi satu tanpa ada perbezaan satu huruf pun. Setelah kesemua hadith dibaca olah Abu Hurrairah setiausaha Gabenor Marwan mendapati bahawa tiada satu pun kecacatan pada bacaan kedua dan ia mengesahkan kesahihan apa yang tercatat dalam bukunya yang telah dicatatkan setahun yang lalu. 

IMAM AT-TIRMIDZI

Imam at-Tirmidzi merupakan muhaddith yang hilang penglihatan pada usia tua. Perkara yang benar diketahui tentang Imam at-Tirmidzi adalah beliau tidak pernah berhenti mengajar hadith kepada murid-muridnya. Bahkan ketika beliau sedang menunggang unta, beliau sentiasa ditemani oleh murid-muridnya. Suatu hari ketika sedang menunggang unta, Imam at-Tirmidzi berhenti di suatu tempat dan menundukkan kepalanya lalu murid-muridnya bertanya akan mengapa beliau melakukan hal itu. Lalu dijawabnya disitu terdapat satu pohon dan penunggang unta akan terluka jika terkena dahan-dahan ynag rendah jika tidak menundukkan kepala. Murid-muridnya hairan dan menjawab bahawa di situ tidak ada satu pohon pun. Imam at-Tirmidzi menjelaskan bahawa dahulu pada saat dimana beliau boleh melihat, di tempat itu ada sebuah pohan. Jika disahkan bahawa di situ tiada pohon oleh penduduk setempat, beliau akan berhenti mengajar hadith. Sehubungan dengan itu, murid-nurid beliau pergi mencari penduduk lama yang bermukim di desa itu untuk mengesahkan apa yang di katakana oleh Imam at-Tirmidzi adalah benar serta untuk mengelakkan daripada Imam at-Tirmidzi berhenti mengajar hadith. Mengikut penduduk lama itu memang benarlah apa yang dikatakan oleh Imam at-Tirmidzi bahawa terdapat sebuah pohon di situ. Dengan itu, Imam at-Tirmidzi lalu mengucapkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT di atas apa yang berlaku. 

ASMA AL-RIJAL

(Mata Rantai Periwayat Hadith)

RANGKAIAN ujian yang harus dilalui oleh seorang perawi hadith sebelun dia diakui sebagai orang dipercayai untuk menyampaikan hadith merupakan hal yang unik dalam sejarah Islam. Setiap perawi hadith harus membuktikan bahawa dia adalah orang boleh dipercayai dan dapat diterima oleh semua kalangan masyarakat. Selain itu, orang yang menyampaikan hadith kepadanya juga harus orang dapat dipercayai dan diakui oleh semua orang dalam masyarakatnya bahawa dia memang orang yang boleh dipercayai. Disamping itu juga, penyampai hadith sebelum penyampai yang kedua juga harus dapat dipercayai. 

Imam al-Bukhari telah merantau dan mengembara ke seluruh dunia muslim untuk mencari rujukan dan mencari jalur mata rantai perawi. Imam al-Bukhari pernah merantau menempuh tiga ke empat ratus batu untuk berjumpa perawi kedua atau ketiga. Ketika beliau sampai ke tempat yang di tuju, orang yang dicarinya sedang sibuk mencari mengajar seekor kuda. Orang itu mencuba mengacah-ngacah kuda itu dengan sebuah bekas seolah-olah bekas itu penuh dengan makanan, padahal bekas itu kosong. Imam al-Bukhari tidak mengambil satu hadith pun daripada orang itu kerana Imam al- Bukhari mendapti bahawa orang itu berani menyiksa binatang dan ini menunjukkan bahawa orang itu juga tidak jujur dengan hadithnya. 

Dengan ketelitian dan kecermatan seperti inilah pengumpulan hadith diteruskan oleh sejumlah kecil cendikiawan berdedikasi dari seluruh dunia Islam. Hasil pekerjaan mereka kemudian diterima dan dihormati sebagai kemenangan yang tidak dapat dipertikaikan lagi dalam hal pengumpulan hadith. Bersama-sama perawi yang lain iaitu Imam Muslim, Imam at –Tirmidzi, an Nasa’I, Ibnu Majah dan Abu Daud, Imam al-Bukhari dikenali sebagai”sahih sittah”yang bermaksud”Enam Yang Benar”. 

Para perawi atau penyampai hadith yang terdaftar dianggarkan berjumlah sekitar 500, 000 orang. Dari 500, 000 ini hanya 85, 000 diantaranya tercatat dalam buku-buku hadith yang paling terkenal. 85, 000 orang ini berkait langsung dengan pemyampaian hal-hal yang dikatakan, dilakukan dan disetujui oleh Nabi SAW untuk umatnya. 

KUMPULAN HADITH OLEH PARA SAHABAT

Para periwayat dan pengumpulan hadith rela berkorban tugasnya. Mereka tidak keberatan mengembara ratusan batu untuk mendapat sebuah hadith daripada seseorang yang dapat dipercayai. Suatu ketika seorang sahabat di Madinah mendengar bahawa seorang sahabat yang terkenal iaitu Abu Darda’, yang tinggal di Damsyik mengetahui sebuah hadith. Sahabat itu kemudian pergi menempuh jarak sejauh itu iaitu dari Madinah ke Damsyik untuk menemui Abu Darda’ dan mendengar hadith tersebut. 

Selain itu, contoh lain yang disampaikan oleh Imam al-Bukhari ialah Jabir mendengar bahawa sahabat yang lain, Abdullah bin Unais al-Anshari RA yang di Damsyik mengetahui sebuah hadith yang didengarnya dari Nabi SAW. Namun tidak seorang pun tahu mengenainya. Jabir lalu pergi ke Damsyik dari Madinah. Dia membeli seekor unta dan menempuh perjalanan jauh itu selama satu bulan untuk berjumpah dengar Abdullah bin Unias al-Ashari. Ketika samp[ai ke rumah Abdullah, beliau mengirim pesan untuk memberitahu kepada Abdullah

Bahawa beliau ada di pintu gerbang. Apabila Abdullah mengetahui bahawa Jabir dating untuk melawatnya, iapun bergegas menyambutnya dengan gembira. Selepas itu Jabir menceritakan tujuan dia dating dari Madinah hanya untuk mendengar satu hadith yang di ketahuinya dari Nabi SAW. tetapi tidak dipastikan kebenarannya oleh sesiapa pun di Madinah. Lantaran itu Abdullah bin Unais RA menceritakan hadith yang dimaksudkan kepada Jabir. Setelah Jabir mendengar hadith itu ianya dapat menghilang dahaga dengan ilmu. 

Hal yang sedemikian merupakan contoh kesungguhan para cendikiawan dan para pengumpul hadith. 

RAJANYA KERAJAAN HADITH

Dalam perpustakaan hadith, Imam al-Bukhari dikenali sebagai raja hadith. Nama penuhnya adalah Abu Abdullah Muhammad Ismail. Ayah yang juga muhaddith, ayahnya wafat ketika Imam al-Bukhari masih kecil. Imam al-Bukhari dibesar oleh ibunya. Ketika kecil dia buta, tetapi ibunya yang solehah berdoa kepada Allah untuk mengembali penglihatan anaknya itu. Ibunya telah bermimpi melihat Nabi Ibrahim AS. dan berkata kepadanya bahawa doanya dikabulkan oleh Allah SWT. 

Allah SWT akan mengembali pengelihatan anaknya. Ketika terjaga dari tidurnya dia mendapati bahawa Imam al-Bukhari sudah dapat melihat. 

Imam al-Bukhari sendiri pernah berkata bahawa pada saat dai mulai membaca dan menulis, Allah mempelihat kepadanya bahawa dia harus mengkhususkan diri kepada penghafalan hadith. Pada usia sepuluh tahun dia meninggalkan yang lain dan mula menumpukan perhatian menpelajari hadith. Untuk tujuan ini dia pergi ke Syiria, Mesir, Hijaz(Arabia), al-Jabir, Basrah Kufah dan Baghdad serta tempat-tempat lain di dunia muslim. Pada usia 18 tahun dia mengabdikan diri untuk menyusun sebuah antologi tentang pengumpulan dan periwayat hadith. Pada kemudian harinya dia menyusun bukunya yang terkenal, iaitu”Sahih al-Bukhari”. Bukunya ini dikenali sebagai buku terbaik dan paling shahih setelah al-Qur’anul Karim. 

Pada usia 56 tahun, Imam al-Bukhari pergi keNishapur dan tinggal di sana selama beberapa waktu lamanya sambil mengajar hadith kepada ratusan murid. Namun ada bebarapa orang yang iri hati kepadanya dan menentangnya sehingga dia kembali kepada kampung halamannya di Bukhara. Disana dia terus terlibat dalam kajian-kajian hadith. Imam al-Bukhari wafat da dalam perjalanan pada saat sedang mencari ampunan dan redha Allah SWT. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis. uitm. edu. my
http://abdazizharjin. blogspot. com

No comments:

Post a Comment