Wednesday, September 15, 2010

Tamadun Islam Dalam Ilmu Perubatan -

PERUBATAN ISLAM

Pada mulanya ilmu ini telah diambil dari pengaruh tamadun kuno dan kemudiannya dimajukan lagi sejajar dengan perkembangan tamadun islam. Ilmu kuno itu berasal dari ilmu perubatan Yunani atau Hippocrates dan juga dari India dan China. Agama yang beraneka corak telah juga termasuk di bawah pemerintahan islam. Agama-agama ini bukan sahaja mempengaruhi bahasa arab sendiri tetapi juga telah menyumbangkan unsur-unsurnya dalam membentuk sistem perubatan islam. Dalam sistem yang diamalkan ini tersemai pula ajaran Islam sendiri yang diamalkan oleh beberapa pakar perubatan Islam sejati seperti Ibnu Sina dan Al-Razi. Namun selepas empayar Islam yang gemilang itu mulai lesap, banyak karya perubatan dari zaman Islam mulai muncul dalam bahasa latin pula dan mempengaruhi cara pemikiran dan amalan sistem barat. Di benua kecil India sistem ini terus bertapak dan diamalkan disamping sistem perubatan Ayurveda dan sistem perubatan barat moden. 

TOKOH-TOKOH REPRESENTATIF DALAM BIDANG PERUBATAN

Di dalam bab ini, kita berikan perhatian khas kepada beberapa tokoh yang paling terkenal seperti Al-razi, Ibnu Sina dan Al-Zahrawi. Dengan itu kita dapat mengikuti sendiri akan perkembangan karya perubatan Islam mengikut sejarah yang bermula dengan zaman penyediaan (terjemahan) dan seterusnya ke zaman kagemilangannya. Kemajuan utama yang dicapai oleh dunia Islam pada ketika ini ialah dari segi penterjemahan buku bahasa asing ke bahasa arab sebagai sumber pendidikan asas dan rujukan. Di antara tokoh Islam yang telah memberi sumbangan besar terhadap kemajuan perubatan termasuklah:- i. JABIR IBNU HAYYAN (721-776 M) 
ii. HUNAYN IBNU ISHAQ (810-878M) 

SUMBANGAN ISLAM DALAM PERUBATAN UMUM

Sumbangan kepada of talmologi. 

Oftalmologi adalah satu bidang yang sangat terkemuka dalam perubatan Islam jika dibandingkan dengan bidang lain selain daripada farmakologi. Istilah-istilah seperti retina dan katarak yang digunakan dalam oftalmologi adalah berasal dari orang arab. Pemikiran tradisional berhubung dengan penglihatan yang timbul dalam zaman hippcrates adalah ekoran dari teori yang menyatakan bahawa sinaran dikeluarkan oleh mata. 

Sumbangan kepada farmokologi dan farmasi. 

Dalam bidang kimia, ubat dan alkemi, tokoh-tokoh Islam telah memperkenalkan kepada dunia betapa percubaan pentingnya kejutan pemerhatian, kawalan percubaan dan penyimpanan rekod. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip ini masyarakat Islam telah merangsang dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kimia di Eropah. Orang Islam buat pertama kalinya telah menubuhkan kedai apotekari dan dispensari mempelopori pusat pengajian farmasi. Seterusnya amalan sains farmasi dipisahkan sebagai satu profesion yang tersendiri iaitu berlainan dari profesion kedoktoran. 

Dengan secara terperinci sumbangan Islam terhadap ilmu ubat-ubatan ialah:
1. Bidang farmasi. 
2. Farmakologi dan Farmakoglosi. 

SUMBANGAN PERUBATAN ISLAM
Dalam bidang surgeri. 

Diantara pakar bedah Islam yang paling terkenal ialah Al-Zahrawi (Albucasis) (936-1013M) pengarang kitab Al-Tasrif dan Ibnu Al-Quff (1233-1286M) pengarang The Authority On Surgery atau kitab Al-Umbda. Mereka telah menggunakan berbagai jenis alat surgeri rekaan sendiri dan telah membuat deskripsi ilmu pembedan yang begitu jelas dan teliti sehinggakan karya-karya mereka telah dijadikan buku-buku teks untuk beberapa abad lamanya di Eropah. Contohnya, kauteri. Kauteri ialah proses memusnahkan tisu yang berpenyakit dengan cara membakarnya dengan besi panas ataupun kimia kaustik. walaupun pada zaman lampau kuasa elektrik belum lagi direka, namun kauteri telah digunakan dengan luasnya dengan menggunakan besi panas. Bahkan kauteri memang digunakan oleh para surgeon untuk menghentikan pendarahan semasa pembedahan. 

KEMEROSOTAN PERUBATAN ISLAM

Diantara beberapa sebab yang telah membawa kepada kemerosotan perkembangan perubatan Islam ialah seperti berikut:
1. Keruntuhan empayar Islam. Baghdad, ibu kota kerajaan Abbasiyah telah musnah sama sekali akibat serangan tentera Mongol dalam tahun 1258. Beribu-ribu naskah buku dan hasil karya masyarakat Islam bersama dengan koleksi buku arab di perpustakaan telah dibakar oleh Mongol. Walaupun begitu, perubatan Islam masih menjadi asas pertumbuhan perubatan barat selama lima abad selepas ini. Keruntuhan empayar Islam tidak bermakna perkembangan ilmu perubatan Islam terhenti malahan semasa keruntuhan ini berlaku pun muncul tokoh-tokoh Islam dalam bidang kedoktoran seperti Ibnu Al-Qifti, Ibnu Abu Usaibiah, Ibnu Khallakan dan barhebraeus. 

PENUTUP

Daripada beberapa faktor yang telah dibincang dan sebab-sebab lain yang tidak dapat dikawal kemajuan kedoktoran Islam telah merosot. Walaupun begitu, mesti diingatkan perubatan Islam belum menghembus nafasnya yang terakhir. Perubatan Islam terus hidup dalam bentuk asalnya dan dalam satu sistem yang masih lagi diamalkan di beberapa negeri di India. Faktor-faktor ini bersama dengan perolehan teknologi oleh orang Islam telah sekali lagi membuat orang Islam menumpu tenaga mereka ke arah memajukan kajian dan perubatan Islam. 

Disediakan oleh: Fatin Zalika Binti Mohd Shukor

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment