Wednesday, September 15, 2010

Konsep ibadah: Haji, Puasa dan Qurban -

Perpaduan paling maksimum ialah melalui kesatuan akidah atau tauhid kepada Allah SWT. Kerana kesatuan akidah adalah jambatan emas yang dapat menyampaikan kepada perpaduan sejagat dan ia juga adalah pemusnah segala sistem sosial yang berbentuk kasta dan sebagainya. 

Konsep Ibadah Azizah Othman Fungsi utama manusia di atas muka bumi ini adalah bagi beribadah kepada Allah SWT sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan rahmat Allah SWT yang tidak terhingga dan ternilai. Jika seorang anak yang dijaga dan diasuh oleh ibu bapanya dengan belaian kasih sayang dan diberikan pendidikan yang sempurna, apabila besar dan menjawat jawatan tinggi wajar berbakti kepada ibu bapa sebagai mengenang jasa mereka. Maka manusia dijadikan oleh Allah SWT sebagai makhluk yang paling sempurna, lebih wajar beribadah kepada-Nya sebagai mengenang budi dan jasa bakti kurniaan Allah SWT itu. Kehidupan manusia di dunia adalah sementara dan merupakan jambatan bagi menuju ke akhirat. Kehidupan akhirat lebih kekal dan abadi, manakala kehidupan di dunia terhad dalam jangka masa khusus yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia bagi menyediakan bekalan secukupnya di akhirat. Bekalan itu ialah amalan soleh yang merangkumi konsep ibadah. Ayat dalam surah al-Mukminun ayat 115 menegaskan, ”Apakah kamu menyangka Kami jadikan manusia sia-sia sahaja dan kamu tidak akan kembali kepada Kami (Allah) ?”Pengertian Ibadah Pengertian ibadah daripada segi bahasa ialah ‘al-Ta’ah wa al-Khudu’’ iaitu taat serta tunduk. Tugas manusia adalah beribadah kepada Allah SWT. Oleh itu, apa yang lahir daripadanya sama ada perkataan, perbuatan, gerak dan diamnya mestilah merupakan ibadah kepada Allah SWT. Pelbagai pengertian diberikan oleh al-Quran ke atas ibadah. Antaranya adalah: Ketundukan Ketundukan yang dimaksudkan oleh al-Quran adalah kepatuhan dan penyerahan diri. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Mukminun ayat 45-47 yang bermaksud, ”Kemudian Kami (Allah) utus Musa dan saudaranya, Harun dengan mukjizat-mukjizat dan syariat yang jelas. Kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya tetapi mereka menyombongkan diri. Dan adalah mereka kaum yang sombong. Mereka menolak seraya berkata; Patutkah kita percaya kepada dua orang seperti kita sedang sebangsanya beribadah kepada kita. ”Ubudiyyah Ubudiyyah membawa maksud perhambaan diri. Hal ini dijelaskan melalui ayat terjemahannya dalam surah al-Baqarah ayat 172, ”Hai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang Kami (Allah) berikan kepadamu! Dan bersyukurlah kepada Allah jika kepada-Nya kamu beribadah. ”Ayat ini membicarakan secara khusus berkaitan makanan yang halal dan haram di kalangan mereka yang tentunya patuh kepada adat resam dan peraturan yang ditinggalkan oleh datuk nenek mereka. Sebaik sahaja mereka memeluk Islam, mereka diperingatkan supaya beribadah atau memperhambakan diri kepada Allah SWT. Ketaatan Ibadah juga dijelaskan oleh al-Quran membawa maksud ketaatan. Ketaatan yang sebenarnya ialah kepada Allah SWT, bukan ke atas sesuatu selain daripada-Nya seperti iblis, syaitan, nafsu, harta benda, pangkat, pemerintah yang zalim dan sebagainya. Ini dijelaskan dalam surah as-Shaffat ayat 22-23 terjemahannya, ”Himpunkanlah penyeleweng dan rakan mereka serta yang kepadanya selain daripada Allah SWT mereka beribadah dan taat. Dan bawalah mereka ke jalan menuju neraka. ”Penyembahan Perkataan ibadah juga digunakan oleh al-Quran bagi menunjukkan hal yang berkaitan dengan penyembahan melalui dua perkara. Pertama, perlambangan iaitu ibadah yang mengandungi perbuatan dan perkataan seperti rukuk, sujud, tawaf, sai dan sebagainya. Kedua, doa meminta pertolongan iaitu kesedaran dan keyakinan pada keesaan Allah SWT dengan qadak dan qadar-Nya. Hal ini dijelaskan dalam surah al-Ahqaf ayat 5-6 terjemahannya, ”Siapa yang lebih sesat daripada orang yang menyembah selain daripada Allah SWT yang tiada dapat memperkenankan permohonannya sampai hari Kiamat. Dan mereka lalai daripada doa mereka? Dan apabila manusia sudah dikumpulkan pada hari Kiamat nescaya sembahan-sembahan itu menjadi musuh mereka dan mengingkari pemujaan mereka. ”Meminta Perlindungan Al-Quran juga menggunakan perkataan ibadah untuk menggambarkan hal yang berkaitan dengan meminta pertolongan. Hal ini dijelaskan dalam surah al-A’raf ayat 194 terjemahannya, ”Bahawasanya apa yang kamu seru selain daripada Allah SWT itu adalah hamba-hamba yang lemah seperti kamu juga. Cubalah seru mereka lalu biarlah mereka perkenankan permintaannya, jika benar pendapatmu itu. ”Tujuan Ibadah Manusia yang baik serta lurus adalah mereka yang menimbang seluruh urusannya dengan neraca rabbani dan mendekatkan diri dengan Tuhannya atau muraqabah pada setiap perkataan dan perbuatannya. Inilah sasaran utama dan terakhir daripada metodologi pendidikan Islam yang dikehendaki. Islam menjadikan kewajipan beriman kepada Allah adalah bagi membersihkan akal manusia daripada penyembahan berhala dan khurafat. 

Ibadah Haji
Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islamyang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Firman Allah Taala : Artinya:”Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar) , maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam) . ”

Pengertian Haji dan Umrah pada syarak

Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai'e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya. 

Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan tawaf, sai'e dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya. 

Syarat-syarat Haji mengikut Mazhab Syafie

Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan. 
Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji. 
Mukallaf. 

Berkemampuan dengan syarat:

Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air. 

Ada kenderaan pergi dan balik. 

Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya. 

Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan. 

Aman perjalanan. 

Manakala bagi perempuan pula ditambah: Terdapat kawan perempuan berserta wanita Islam yang boleh dipercayai. 

Jenis-jenis Haji
Ibadat Haji terbahagi kepada beberapa jenis seperti yang dipersetujui oleh ulamak, iaitu:-
Haji Tamattuk
Haji Qiran
Haji Ifrad
Umrah

Rukun-rukun Haji

Ihram, berniat bulat mengerjakan ibadah haji. Ibadah ini dimulai sesampai miqat (batas-batas yang telah ditetapkan) . 

Wukuf di Arafah, ialah berhenti di padang Arafah sejak tergelincirnya matahari tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Dzulhijah. 

Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali, syaratnya : Suci, menutup aurat, Ka'bah berada disebelah kiri orang yang mengelilingi, memulai tawaf dari arah Hajar Aswat. 

Sa'i, ialah lari-lari kecil atau jalan cepat antara bukit Shafa dan Marwah. 

Mencukur/menggunting rambut. Sedikitnya memotong tiga helai rambut. 

Tertib, ialah menjalankan rukun haji secara berurutan

Dam Haji

Pengertian dam dari segi bahasa ialah darah. Ia merupakan ibadah gantian yang berbentuk binatang ternakan yang disembelih atau digantikan dengan makanan atau puasa. 

Sebab-sebab diwajibkan dam:

Melanggar pantang larang dalam Ihram
Meninggalkan perkara-perkara yang wajib dalam ibadat haji atau umrah
Mengerjakan Haji Tamattu' atau Haji Qiran, menurut syarat-syaratnya
Berlaku Ihsar bagi orang yang berniat ihram
Melanggar Nazar semasa mengerjakan haji
Luput Wuquf di Arafah
Meninggalkan Tawaf Wada'
Dam yang dikenakan ialah menyembelih binatang ternakan seperti seekor kibasy, kambing atau satu pertujuh daripada lembu, unta atau kerbau. Jika tidak berkuasa, dikehendaki berpuasa selama 3 hari pada bulan haji & 7 hari apabila ia balik ke tempatnya. 

Haji Mabrur

Haji mabrur bermaksud haji yang diterima. Ibn Kholawaih mentakrifkan alMabrur sebagai alMaqbul iaitu diterima. Dan ada yang mengatakan sesuatu yang tidak bercampur dengan dosa. Kemudian, diabsahkan oleh Imam Nawawi dengan pendapat tersebut (tidak bercampur dosa) 

Apabila merujuk kitab hadith yang muktabar seperti Sahih Bukhari, Imam Bukhari meletakkan bab yang khusus bertajuk”Kelebihan Haji Mabrur”. Manakala, Imam Muslim meletakkan perbincangan haji yang diterima di dalam bab”Iman kepada Allah Taala seafdal-afdal amalan”. 

Ibadah Puasa

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makanan atau minuman untuk suatu jangkamasa yang tertentu. 
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa. 
Puasa Wajib
Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad SAW. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam. 
• Puasa Kifarah. 
• Puasa Nazar. 
• Puasa Sunat

Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:
• Puasa enam hari pada bulan Syawal
• Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah
• Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam
• Puasa pada Hari Isnin dan Khamis

Puasa Haram
• Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
• Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
• Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
• Puasa pada Hari Tasyrik pada 11, 12, 13 Zulhijjah
• Puasa perempuan haid & Nifas
• Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
• Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

Syarat wajib puasa
Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
Berakal/waras
Baligh (cukup umur) 
Mampu/tidak uzur. 

Syarat sah puasa

• Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:
• Orang Islam
• Mumayyiz (tahu membezakan yang baik dan buruk) 
• Suci daripada haid dan nifas
• Sempurna akal fikirannya pada hari itu
• Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa. 

Sunat puasa

Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:
• Makan sahur serta melambatkannya
• Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
• Menjamu orang-orang berbuka puasa
• Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan. 

Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:
Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun, seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi. 
Muntah dengan sengaja
Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
Keluar darah haid atau nifas
Gila (hilang akal) 
Pitam (termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari. 
Merokok disiang hari. (Termasuk menghisap ganja atau dadah) 
Murtad (keluar dari Islam) 
Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya. Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga (dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja) . 

Mereka yang diizinkan berbuka

- Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:
- Orang yang sakit. 
- Orang yang berkerja buruh. 
- Orang yang dalam musafir (perjalanan) . 
- Orang tua yang sudah lemah. 
- Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak. 

Ibadah Korban

Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. 

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT. 

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. 

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. 

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah. 

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. 

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. 

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. 

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka. 

Disediakan oleh: Muhd Iqmal bin Adi Zuraini

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment