Wednesday, September 15, 2010

Ciri-Ciri Suami Mithali -

1) Seorang yang soleh
• Menunaikan tanggungjawab terhadap Allah, keluarga serta kepada semua orang yang menjadi tanggungjawabnya dengan penuh semangat, penuh perhatian, dan penuh kelapangan dada. 
• Menjadikan Rasullah sebagai contoh tauladan dan ikutan yang terbaik. 
• Kemulian akhlak seorang suami yang soleh di ambil kira dengan sikapnya terhadap isteri kerana salah satu cirri orang yang berakhlak mulia ialah orang yang memuliakan wanita dan tidak pernah menghina wanita kecuali orang yang keji perbuatannya. 
• Hal ini juga merupakan kesaksian Rasullah terhadap suami soleh yang berhias diri dengan akhlak mulia, yang dalam langkah kehidupannya sentiasa dilandasi dengan kekuatan iman dan takwa. 

2) Berwajah manis
• Seorang suami yang soleh pasti akan menunjukkan sikap yang menyenangkan terhadap isteri. Hal ini kerana ianya dapat menanamkan kebahagian dan kesenangan dalam hati isteri. 
• Rasullah telah memberikan petunjuk tentang beberapa perkara yang harus dilakukan oleh suami di hadapan isteri ketika kembali dari bermusafir :
i. Menyampaikan ucapan salam kerana ianya dapat menambahkan berkat dan mendapatkan hidayah, menabur kedamaian serta ketenteraman antara suami isteri. 
ii. Sentiasa berwajah manis lagi berseri. Senyuman yang tulus dan raut muka yang jernih akan membuatkan senang hati orang yang bertemu. 
iii. Berjabat tangan hendaklah ditumbuh kembangkan antara suami isteri dan seluruh anggota keluarga, baik ketika keluar mahupun masuk rumah. 

3) Panggilan mesra
• Untuk dapat menyeronokkan perbicaraan yang sedap lagi berkesan, Islam telah memberikan beberapa tuntutan kepada umatnya, lebih khusus lagi kepada suami, agar mereka dapat meraih kebahagian yang sempurna. 
i. Suami soleh apabila berbicara dengan isteri pasti pandai memilih kata-kata yang indah lagi baik, serta diungkap dengan ungkapan yang menarik. 
ii. Apabila orang yang berbicara menunjukkan penghargaan, penghormatan, raut muka berseri lagi gembira dan kelembutan serta perhatian penuh, tentu lawan bicaranya akan merasa senang dan reaksi perbicaraan tersebut. 
iii. Apabila seorang suami berbicara dengan isterinya, hendaklah dengan ucapan yang jelas, perlahan, mudah diterima dan dengan suara yang lembut. 
iv. Apabila seorang suami memanggil isterinya, hendaklah dengan menggunakan panggilan yang manis dan yang paling disukai. 
v. Seorang suami hendaklah memanggil isterinya dengan panggilan yang manja kerana dapat menumbuhkan rasa cinta dan hormat, melukiskan rasa senang dan bahagia, melapangkan dada serta mendendangkan kemerduan pada pendengarannya. 

4) Tolong-menolong
• Tolong-menolong antara suami isteri akan melahirkan kebahagian dan keharmonian dalam kehidupan rumahtangga. 
• Suami yang baik tentu akan selalu memberikan perasaan senang kepada isterinya, baik dengan cara membantu melakukan tugas-tugas sehariannya mahupun lain. 
• Membantu pekerjaan isteri semakin besar nilainya apabila dilakukan dalam keadaan darurat. 
• Suami isteri mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan penuh kelembutan dan ketulusan sebagai penghubung tali cinta kasih dan rahmat yang telah Allah rentangkan antara keduanya, dalam rangka mewujudkan kedamaian, ketenteraman, ketenangan dan kebahagian. 

5) Bersuka ria
• Bergurau senda dan bersuka ria menurut Rasullah merupakan tiang kebahagian dalam membangunkan sebuah tuntutan rumahtangga. 
• Diantara perkara-perkara yang harus diperhatikan:
i. Beristirehat di sebuah taman dapat menghilangkan penat dan jemu setelah melakukan pekerjaan seharian. Tetapi hendaklah dengan menghindari kebiasaan membuka aurat dan perilaku maksiat serta menghindarkan diri dari percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. 
ii. Menunjukkan sikap mesra kepada isteri ketika menjamu hidangan sangat dianjurkan oleh Rasullah. Suasana di meja makan dapat dimanfaatkan sebagai media dialog dan menunjukkan rasa kasih sayang antara suami isteri. 
iii. Mandi dalam satu bilik mandi sambil bergurau tidak dilarang oleh Islam kerana dapat menghidupkan rasa bahagia dalam kehidupan rumahtangga seperti saling bergantian dalam menyiramkan air ke atas tubuh dan saling menggosok badan dengan tangan. 
iv. Di dalam bergurau, ada beberapa etika yang dianjurkan oleh Islam. Hal tersebut harus dipegang teguh sehingga dalam bergurau tetap tidak menyimpang dari kebenaran serta mengandungi hikmah dan makna. 

6) Bermusyawarah
• Bermusyawarah adalah kunci dari segala kejayaan dan kebahagian dalam mengharungi hidupn berumahtangga. 
• Musyawarah untuk muafakat sangat dianjurkan oleh Islam baik dalam rumahtangga mahupun yang lain. 
• Musyawarah merupakan sebahagian tuntutan Rasullah dalam pergaulan antara suami isteri dan prinsip ini harus dipegang oleh setiap pasangan. 
• Bermusyawarah dapat mencipta ketenangan dan ketenteraman di dalam hati isteri serta menghidupkan rasa ingin selalu menghargai terhadap suami. 
• Musyawarah juga dapat mengabdikan hubungan cinta kasih antara suami isteri. 

7) Memberikan nafkah
• Kewajipan yang paling penting bagi suami adalah memberikan nafkah kepada isterinya. Bagi isteri pula, pemberian nafkah adalah hak yang mesti harus diterima. 
• Seorang suami harus memiliki sifat pemurah dalam hal member nafkah. Islam menjanjikan pahala yang besar kepada suami yang memberikan nafkah kerana ini dapat membangunkan kebahagian rumahtangga. 
• Orang yang bertanggugjawab serta tidak bakhil dalam memberikan nafkah adalah lebih baik daripada orang yang bakhil lagi tidak bertanggungjawab. 
• Seorang suami harus selalu berusaha memenuhi kewajipan memberi nafkah kepada keluaraga, sesuai dengan keutamaan yang telah diajarkan oleh Islam. 
• Suami yang member kelonggaran dalam hal nafkah, maka akan diberi kelapangan rezeki pula oleh Allah. Sebaliknya, bila dia bakhil, akan diberi kesempitan rezeki. 
• Seorang suami yang memberikan nafkah secara baik kepda keluarganya akan mendapat hisab secara mudah. 
• Seorang suami yang berupaya memenuhi kewajipannya dapat menambah rasa cinta kasih, melahirkan kebahagian, menegakkan ketaatan dan menabur kesetian kepada isteri. 
• Seorang suami yang soleh akan menjauhi perangai syaitan dan menghindari penterbukaan. 
• Seorang suami harus berbuat ekonomi tanpa harus bakhil dan murah hati tanpa harus terbuka. 
• Semua ini dapat membahagiakan isteri agar mereka tidak merasa bosan dalam mencari nafkah dan dalam mencukupi keluaraga. 

8) Menjaga rahsia
• Menjaga rahsia adalah sebahgian dari cara menjalin keharmonian dan keutuhan hubungan antara suami isteri. 
• Membuka rahsia keluarga terutamanya kenikmatan bersenggama kepada orang lain adalah hal yang sangat tidak terpuji. 
• Segala masalah hendaklah diselesaikan dengan fikiran yang jernih dan sikap yang bijak serta rahsia tersebut benar-benar dijaga. 

9) Memberi nasihat
• Bagi seorang suami, wajib member pendidikan dan pengajaran kepada isterinya. 
• Bimbingan yang diberikan dalam Al-Quran dan Al-Hadith hendaknya dapat dijadikan rujukan bagi setiap suami dalam mendidik isteri dan anak-anak. 
• Suami akan menanggung akibat yang berat sekiranya lalai menyampaikan peringatan sehingga keluaraganya masuk ke lembah kesengsaraan baik di dunia dan di akhirat. 
• Rasullah melarang seorang suami menghalang isterinya pergi ke masjid sekiranya isteri dapat menjaga etika di luar rumah. 
• Rasullah memerintahkan kaum lelaki supaya memberikan pelajaran kepada isteri-isterinya tentang agama agar mempunyai wawasan dan ilmi pengetahuan yang luas. 

10) Bersikap santun
• Sikap sabar, santun, pemaaf dan pandai menahan diri adalah perangai utama yang harus ada dlm pasangan suami isteri. 
• Sikap-sikap ini dapat memelihara dan menjaga kebahagian serta menjauhkan rumahtangga dari bergoncang. 
• Untuk menjaga keharmonian rumahtangga, suami isteri hendaklah merenungkan perkara-perkara berikut:
i. Bersikap sabar dan santun
ii. Menyingkap perselisihan sebagai suatu hal yang wajar
iii. Menghindari sedih kerana factor peribadi
iv. Memaafkan kesalahan isteri dan menjaga kecemburuannya
v. Memahami kesalahan isteri lantaran musibah
vi. Menjaga perasaa isteri ketika sedang haid
vii. Memberi syak kepada isteri
viii. Cara memisah dan memukul isteri
ix. Jangan mengumpat isteri


11) Bersikap pemaaf
• Sikap pemaaf sangat penting dalam rumahtangga. Apabila seorang suami yang menjalankan roda kehidupan rumahtangga mamiliki sifat pemaaf, maka perjalanannya akan lancar dan baik. 
• Apabila suami bersikap pendendam dan suka melepaskan kedendamannya dengan menghitung secara teliti kesalahan yang dilakuka n oleh isteri, maka susahlah perjalanan rumahtangga. 
• Sikap pemaaf dan lapang dada sangat diperlukan dalam mengukuhkan lagi rumahtangga. 
• Jiwa serta watak pemaaf dan lapang dada adalah salah satu dari perangai Rasullah yang telah diwjudkan dalam kehidupan rumahtangga bersama isteri-isterinya. Perihal riwayat yang menerangkan tentang bagaimana Rasullah menghadapi sikap Aisyah ketika sedang sedih dan iri hati merupakan bukti konkrit ketaladanan beliau. 
• Apabila seorang suami dengan sangat terpaksa tidak boleh memberikan maaf atas kesalahan yang dilakukan oleh isterinya, hendaklah ditegur dengan cara yang baik. 
• Seorang suami hendaklah berpegang kapada beberapa akhlak ketika hendak menegur isteri iaitu:
i. Jangan sampai membesar-besarkan masalah
ii. Mulalah teguran dengan sindiran, bukan dengan kata-kata suara
iii. Jangan menyampaikan teguran di hadapan orang lain, sekalipun mereka kerabat mahupun keluarga. 
iv. Hendaklah memilih keadaan dan syarat yang tepat
v. Jangan sampai teguran yang diberikan mendatangkan akibat negatif yang lebih besar
vi. Jagalah perasaan orang yang ditegur agar tidak merasa sakit hati dan terhina perasaanya. 
• seorang suami perlu meyedari bahawa teguran yang terus menerus terhadap perkara yang mudah akan mengakibatkan kehidupan isteri terasa sempit dan hatinya menjadi keruh. 
• Seorang suami harus menegur kekeliruan dan kesalahan isteri dengan cara yang baik dan ungkapan yang halus lagi sopan. 

12) Budi pekerti yang baik
• Mempergaul isteri memang dituntut atas suami dengan cara suami brebudi baik, tidak menyakiti dan apabila isteri atau perbuatannya tidak dapat kawal, maka hendaklah suami bersabar terhadapnya. 
• Seorang suami hendaklah selalu menjaga keseimbangan dalam mempergauli isterinya. Jadi bila dia melihat daya upaya dari isteri yang tidak sesuai dengan aturan agama (syara’), maka wajib baginya untuk tidak meredhanya. 
• Di antara kebaikan mempergauli isteri adalah seimbang dalam menaruh rasa cemburu kerana itu wajib bagi suami agar tidak berburuk sangka terhadap isteri padahal tak ada hal yang meragukan. 
• Adapun kecemburuan yang memang pada tempatnya, maka hal itu dikehendaki oleh agama dari arah suami yang muslim. 
• Contohnya seperti permintaan suami kepada isteri supaya rasa malu dan tidak memakai pakaian-pakaian yang nipis yang tembus pandangan, yang menampakkan warna kulit serta tidak membuka kepala dan tidak memakai wangian ketika isteri bermusafir misalnya. 
13) Mendidik isteri ketka menderhaka
• Dalam keadaan ini syariat membolehkan kepada suami untuk mengarah isteri dengan beberapa cara yang berbeza menuju jalan yang lurus. 
• Antara cara mendidik isteri ketika menderhaka:
i. Nasihat isteri
ii. Meninggalkan isteri dari tempat tidur, satu hari satu malam hingga tiga malam atau lebih jika diperlukan sampai seminggu. 

14) Mempunyai hak talak
• Talak adalah perbuatan mubah yang paling dibenci oleh Allah. Talak dikatakan mubah (boleh) itu jikalau tidak dalam keadaan menyakitkan. 
• Dalam talak, suami menjaga 4 perkara:
i. Hendaklah suami menceraikan isteri dalam keadaan suci dan tidak mengumpulnya dalam keadaan itu
ii. Hendaklah dia hanya menceraikan satu kali
iii. Hendaklah suami bersikap halus dalam beralasan menceraikan tanpa kekerasan, penghinaan dan menyenangkan hati isteri dengan pemberian hadiah sebagai tanda kenangan dan penambal kesedihan akibat berpisah dengan suami
iv. Hendaklah suami tidak menceritakan rahsia perempuan dalam talak dan lainnya yang memang ada di saat perkahwinan

15) Kewajipan lelaki apabila isterinya tidak taat
• Nasihat adalah kata-kata yang disampaikan dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Nasihat hendaklah disertai dengan pendirian dan alasan. 
• Jika seorang isteri lalai di dalam melakukan kewajipannya, maka suami hendaklah menasihati dan mengingatkan akan kewajipan dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. 

16) Memberi pengetahuan
• Kadang-kala seorang perempuan itu memerlukan untuk mengetahui hukum-hukum bersuci, haid, nifas, solat dan puasa. 
• Oleh itu, sebaiknya suami telah berlajar tentang hukum-hukum tersebut dan kemudiannya mengajarkan kepada isteri atau setidaknya dia sempat bertanya kepada para ulama tentang hukum-hukum tersebut dan memberitahu kepada isterinya. 
• Jika tidak demikian, maka dia tidak boleh melarang isterinya pergi belajar dan bertanya kepada ulama. 

17) Mempraktikkan kasih sayang
• Sesungguhnya, seorang isteri mendapat kasih sayang serta kelembutan dari kedua ibu bapanya. Namun, setelah mengikat janji suci perkahwinan, seorang suami hendaklah memberikan kasih sayang dan mengerti isterinya. 
• Kalau memang ingin menguasai hati isteri demi menjadikannya jujur, taat dan setia sampai akhir hayat serta hubungan suami isteri terus berjalan lancer, suami haruslah sekuat tenaga untuk selalu menampakkan kecintaan dan perhatian kepada isterinya. 
• Sebahagian besar penceraian berlaku lan lantaran seorang isteri tidak mendapat cinta dan kasih sayang daripada suaminya. Keperluan jiwa isteri akan kasih sayang manakal suami kurang memberikan perhatian kerana sibuk bekerja merupakan factor yang membawa kepada penceraian. 
• Cinta murni yang muncul dari hati yang paling dalam akan mampu menembus hati orang lain. Namun, jangan sampai membiarkan cinta yang murni itu hanya terkubur dalam hati dengan cara mengungkap cinta secara terang-terangan. 

18) Menghormati isteri
• Sebagaimana kaum lelaki, kaum wanita juga rasa ingin dihormati. Selain itu, mereka juga ingin tampil berwibawa di hadapan suami mahupun orang lain. Dirinya akan merasa tertekan apabila dihina atau dilecehkan. 
• Menghormati isteri tidak akan mengurang kewibawaan seorang suami. Bahkan sebaliknya, kian mengukuhkan kesetian dan kecintaan suami kepada isteri sekaligus sebagai tanda terima kasih. Kerana itu, selayaknya suami menghormati isteri melebihi penghormatan yang diberikan kepada orang lain. 
• Apabila seorang suami menghormati isterinya, nescaya dia akan jauh lebih menghormati suami dan anak-anak akan belajar dari ibu bapanya. 
• Sebaiknya suami memahami bahawa diamya seorang isteri ketika diejek bukan kerana dirinya rela sebaliknya dalam hatinya meluap darah amarah. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment