Thursday, September 16, 2010

Neraka Wail Bagi Orang Yang Solat -

Pendahuluan
Buku NERAKA WAIL BAGI ORANG YANG SOLAT yang telah saya baca ini membincangkan perihal oang yang lalai dan alpa ketika mengerjakan sembahyang juga perihal orang yang mengabai dan meninggalkan sembahyang. Menurut sebahagian ulama bahawa “mengingat Allah” yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah sembahyang terutama sembahyang fardhu lima kali sehari semalam. Seringkali diantara kita lebih memilih mengorbankan sembahyang daripada meninggalkan kesibukan. Ramai diantara kita lebih suka menunda sembahyang daripada menunda pekerjaan. Kesibukan atau pekerjaan merupakan urusan keduniaan atau urusan harta benda. Jika seseorang perhatiannya lebih cenderung kepada harta benda, bereti dia dikuasai hawa nafsunya, sehingga dia meremehkan sembahyang. Orang yang nampak seperti sembahyang boleh juga dianggap tidak sembahyang. Bahkan sembahyangnya ditolak dan diancam masuk neraka. Itu adalah sembahyang yang dilakukan oleh orang-orang munafik. Oleh kerana itu, sembahyang sebenarnya adalah urusan hati dengan Allah. Ikhlas dan tidak amal perbuatan manusia hanya Allah yang mengetahui. Salah satu dari sifat orang munafik ialah mereka suka mengabaikan sembahyang. Mereka malas untuk mengerjakannya. Rasa malas semakin kuat dirasakan jika bersendirian. Tetapi jika dia berkumpul dengan orang-orang soleh, maka dia pun mengerjakannya. Dipaksa-paksa agar nampak tekun dan terkesan sebagai orang yang beriman. Tidak menutup kemungkinan seorang muslim boleh terjebak dalam kemunafikan. Dia mengaku muslim dan beriman, tetapi enggan mengerjakan sembahyang. Untuk mengetahui sejauh mana kita terjebak dalam sifat buruk ini, maka perlulah untuk membetulkan diri. Tidak sedikit seseorang mengaku muslim, tetapi sembahyangnya tidak terpelihara dengan baik. Sekali waktu dia tekun mengerjakan sembahyang, namun di waktu lain begitu malas untuk mengerjakannya. Muslim yang sebegini dianggap sebagai orang yang mengabaikan sembahyang dan tentu memiliki sifat munafik. Sembahyang yang dilakukan tidak tertib. Dalam sehari semalam yang dikerjakan hanya waktu maghrib sahaja. 

Sesungguhya diperintahkan sembahyang itu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Antara SEMBAHYANG YANG TIDAK DIANGGAP SEMBAHYANG ialah sembahyang yang kurang syarat dan adatnya. , cara salaf memenuhi perintah Allah, sembahyang bukan kegiatan biasa iaitu kita hanya memandang sembahyang adalah kegiatan biasa yang dilaksanakan lima kali dalam dua puluh empat jam yang semata-mata pelengkap dalam hidup sebagai seorang muslim. Sekiranya kita menganggap begitu, maka akan membahayakan agama kita. Sembahyang yang baik ialah yang dikerjakan dengan hati yang ikhlas kerana ketaatan terhadap Allah bukannya terpaksa. Seterusnya ialah melaksanakan adab serta aturan sembahyang. Apa yang dimaksudkannya ialah sempurna dan khusyuk. Terakhir ialah orang yang mencuri sembahyang. Makna orang yang mencuri sembahyang ialah mereka yang tidak sujud dan rukuk dengan sempurna, contoh rukuknya tidak sempurna kerana tulang belakangnya tidak lurus, sujud dengan kaki yang tidak sempurna semuanya dianggap sebagai pencuri yang paling jahat. Jelaslah bahawa diantara kita masih ramai yang memperkecil sembahyang sehingga mengerjakan sembahyang tetapi tidak sempurna. Atau cukup berhati-hati mengerjakan sembahyang tetapi hati memikirkan hal luar. Sama sekali tidak ingat bahawa kita berhadapan dengan Yang Maha Agung. 

Antara perkara yang boleh menyebabkan orang solat tetapi dimasukkan ke dalam neraka wail ialah. :
• JASAD SEMBAHYANG, FIKIRAN MENERAWANG
• ILTIZAM SEMBAHYANG TETAPI SUKA MENGUMPAT
• SEMBAHYANG KERANA MENGHARAPKAN PUJIAN
• SEMBAHYANG ORANG YANG RIYA’
• SEMBAHYANG ORANG YANG MEMBIARKAN ANAK YATIM
• SEMBAHYANG ORANG YANG BAKHIL DAN ENGGAN MENGELUARKAN ZAKAT
• RAJIN SEMBAHYANG TETAPI TERUS MINUM ARAK
• SEMBAHYANG ORANG YANG SUKA BERBOHONG
• RAJIN SEMBAHYANG TETAPI SUKA BERBOMOH
• SEMBAHYANG ORANG YANG SUKA MENIMBUN HARTA
• ORANG YANG MENGABAIKAN SEDEKAH

JASAD SEMBAHYANG, FIKIRAN MENERAWANG

Sembahyang diperintahkan adalah untuk mngingati Allah. Bagaimana mungkin seseorang dikatakan sembahyang jika fikirannya mengingati selain daripada Allah. Walaupun badannya khusyuk dan bacaannya sempurna, namun hatinya memikirkan masalah-masalah hidup maka dia dianggap lalai dalam sembahyangnya. Orang yang lalai terhadap sembahyangnya dianggap celaka. Oleh itu kita hendaklah memahami makna bacaan yang dihafalkan kerana makna bacaan yang terkandung memiliki maksud suatu ”komunikasi dengan Allah”. Sembayang adalah untuk kemashalatan manusia iaitu agar manusia dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. ada segelintir mereka yang sembahyang tetapi tetap melakukan dosa kerana mereka sembahyang tetapi tidak dianggap telah mengerjakan sembahyang. Jelas bahawa sembahyang orang yang lalai tidak mampu mencegah kemungkaran. Sembahyang yang dapat mencapai tujuan sebenarnya ialah jika hati dikosongkan dari segala urusan keduniaan dan hanya menumpukan perhatian kepada Allah. Adapun tuntutan tujuan sembahyang adalah iman dan meyakini bahawa kehidupan akhirat lebih baik dan kekal. Sembahyang merupakan perantara untuk menuju ke sana. Tetapi malangnya, ramai orang yang hanya memahami tujuan sembahyang secara dangkal. Mereka menilai bahawa sembahyang adalah kewajipan, yang jika dlaksanakan akan mendapat pahala dan jika ditinggalkan akan mendapat dosa. Cara yang boleh dilakukan ialah memotong punca fikiran yang menggangu itu. Kelemahan yang menyebabkan orang mengerjakan sembahyang tetapi tidak dianggap sembahyang adalah kerana kurangnya rasa malu kepada Allah. 

ILTIZAM SEMBAHYANG TETAPI SUKA MENGUMPAT

Jika orang iltizam mengerjakan sembahyang tetapi terus mempunyai kebiasaan berburuk sangka dan mengumpat terutama kepada sesama orang islam atau orang mukmin maka apa yang dikerjakan itu tidak bermanfaat bagi pembentukan akhlaknya menyebabkan sembahyangnya tidak mampu menghindar dari perbuatan keji dan mungkar. Mengumpat aib dan kesalahan orang lain apatah lagi sesama islam adalah sangat dilarang. Menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain bererti telah melakukan perbuatan keji dan mungkar. Mengapa islam melarang mengumpat?kerana jika aib diperkatakan maka dengan cepat tersebar dari mulut ke mulut dan akibatya, orang yang diperkatakan akan menanggung malu. Seseorang yang telah mengerjakan sembahyang dengan benar hendaklah menjaga kehormatan saudara sesama orang islam. Sekiranya menjumpai orang yang melakukan perbuatan buruk atau kesalahan, kita diwajibkan mengingatkan mereka bukan mencaci atau menyebarkan kepada orang lain. Sesiapa yang mengumpat satu kali dalaam hidupnya , maka Allah menimpakan sepuluh derita kepadanya. 
1. Jauh dari rahmat Allah
2. Para malaikat enggan mendekatinya
3. Terlepas nyawa dari badan ketika mati terasa sangat pedih
4. Hampir terjerumus ke dalam neraka
5. Jauh dari syurga
6. Merasakan beratnya derita seksa kubur
7. Hilang amal pahala
8. Jiwa nabi saw merasa sakit akibat ghimahnya(mengumpat)
9. Allah marah kepadanya
10. Menipiskan kebaikannya nanti pada hari kiamat, ketika menghadapi mizan(hisab)

Oleh itu, jauhilah mengumpat kerana doa tidak dikabulkan, amal kebaikan ditolak, dan keburukannya selalu bertambah-tambah. Jelaslah mengumpat, berprasangka buruk itu sangat keji. Orang yang sembahyang tetapi masih terus melakukan perbuatan-perbuatan keji sepeti itu, maka dia diancam Allah berupa seksa. Dia akan celaka kerana sembahyangnya tidak lagi dianggap sembahyang. 

SEMBAHYANG KERANA MENGHARAPKAN PUJIAN

Bolehkah kita merasa kagum melihat orang yang sembahyang dengan khusyuk berdiri lama, rukuk dan sujud namun belum tentu Allah akan menghargai sembahyang orang tersebut. Siapa tahu sembahyang itu dicemari riya’. Mungkin kerana dia tahu ada orang melihatnya. Di dalam hatinya ingin dipuji sebagai orang yang khusyuk dalam sembahyang. Jika sembahyang sendirian, dia melakukan dengan tergesa-gesa tapi sekiranya disamping orang lain khususnya ulama’, dia berusaha menampilkan sembahyangnya dengan sempurna. Fikirannya tidak tertuju kepada Allah tetapi mahu mengharapkan pujian orang. Sekiranya orang seperti ini menjadi imam, maka dia memilih membaca surah atau ayat-ayat yang panjang sehingga kaki para makmumnya gementar. Tujuan dalam hatinya bukan kerana Allah tetapi agar para makmumnya mengangap dirinya berusaha agar sembahyang jemaah yang dipimpinnya seolah-olah sempurna. kadang-kadang orang seperti ini menangis agar orang mengangap dirinya khusyuk sekali. Ibadah sembahyang seperti ini boleh diangggap syirik kerana ibadah yang dilakukan bukan kerana Allah tetapi kerana manusia. Bererti dia telah menyekutukan Allah. Ibadah yang dilakukan kerana ingin dipuji oleh orang lain, maka Alllah tidak akan menganggapnya sebagai amal dan ketaatan. Allah tidak akan menerimanya. Walaupun seseorang mengerjakan ibadah dengan sempurna dan rajin, tetapi ibadahnya adalah sia-sia. 

SEMBAHYANG ORANG YANG RIYA’

Orang riya’ boleh disamakan dengan penipu. Dia menimbulkan khayalan kepada orang lain bahawa dia seorang yang ikhlas dan taat kepada Allah. Seolah-olah dia adalah ahli ibadah dan ahi agama. Sedangkan sebenarnya bukan begitu. Pemalsuan dalam urusan dunia ini haram hukumnya dan berdosa kerana membohongi sesama manusia. Sembahyang yag disertai riya’ ini ibarat seseorang yang berdiri dihadapan raja. Walaupun dia nampak sopan dan tenang namun perhatiannya berpaling kepada para pelayan wanita cantik disebelah sang raja. Sikap tersebut seperti mempermainkan raja yang ada dihadapannya. Pada hakikatnya dia tidak mendekatkan diri kepada raja walaupun berdiri dekat dengannya tetapi berusaha mendekatkan(hatinya) kepada para pelayan wanita yang cantik-cantik itu. Kalau begitu bererti orang yang sembahyangnya dicemari riya’maka bolehlah dikatakan penipuan dan penghinaan kepada Allah. Jesteru itulah maka riya’ adalah perbuatan yang besar dosanya. Dia mempunyai niat ingin dipuji orang maka amal perbuatan seseorang itu bergantung pada niat. Kerana itulah seseorang yang selamat dari riya’ ialah yang mampu memelihara hatinya dari keinginan dipuji orang. 

SEMBAHYANG ORANG YANG MEMBIARKAN ANAK YATIM

Dalam Surah Al-Ma’un dikatakan celaka oang yang sembahyang yang mengabaikan anak yatim. Semestinya orang yang rajin mengerjakan sembahyang mempunyai rasa kasih sayang kepada sesiapa pun, termasuk kepada anak yatim. 

SEMBAHYANG ORANG YANG BAKHIL DAN ENGGAN MENGELUARKAN ZAKAT

Islam tidak menyukai orang yang bakhil apatah lagi enggan mengeluarkan zakat. Zakat merupakan suatu kewajipan yang mesti dilakukan bagi orang-orang yang telah dianggap memenuhi syarat hukum. Orang yang mendakwa islam dan rajin mengerjakan sembahyang tetapi bakhil atau enggan mengeluarkan zakat maka dia dianggap sebagai seorang yang celaka. Sifat seorang islam bukan sahaja menunaikan sembahyang malah perlu melakukan kewajipan lain, diantaranya ialah mengeluarkan zakat. Kerana zakat dan sembahyang mempunyai kaitan yang erat. Zakat dapat melepaskan cela, mencukupi keperluan, menegakkan keadilan sosial, dan merupakan perwujudan tanggungjawab sosial. 
Kerana hal yang seperti ini, semestinya seseorang yang menegakkan sembahyang menyedari bahawa zakat adalah hak kaum fakir, bukan pemberian dari orang kaya. Orang yang menolak mengeluarkan zakat akan dianggap orang yang kufur kepada Allah. Walaupun dia sembahyang, maka amalan sembahyangnya akan ditolak oleh Allah. 

RAJIN SEMBAHYANG TETAPI TERUS MINUM ARAK

Jika seseorang itu meminum arak maka hancurlah ibadah sembahyangnya. Sia-sia sahaja dia mengerjakan sembahyangnya. Sesiapa yang mencuba untuk meminum arak
(hanya mencuba tanpa mabuk) selama tujuh hari sembahyangnya akan ditolak. Jika sampai mabuk, selama 40hari sembahyangnya tidak diterima. Jika mati sebelum bertaubat, kemudian sesudah taubat minum lagi, maka sepatutnya Allah memberikan minuman kepadanya darah bercampur nanah dari penghuni neraka kerana meneguk minuman keras adalah dosa besar. Dosanya setingkat dengan menyembah berhala dan berjudi. Minuman keras akan dapat menyebabkan segala kejahatan. Oeh itu, hindarilah dari meminum arak. 

SEMBAHYANG ORANG YANG SUKA BERBOHONG

Apa yang diucap dengan lidah maka akan berpengaruh sangat besar. Jika ucapannya tidak benar akan menyebabkan fitnah. Orang yang mengerjakan sembahyangnya tetapi berbohong adalah celaka kerana dibelakang kebohongan itu akan muncul dosa-dosa besar yang dapat menghancurkan ibadah sembahyang. Seorang islam yang iltizam mengerjakan sembahyang hendaklah memelihara lisannya. Dengan kata lain, hendaklah dapat mempertahankan kejujurannya. Berbohong termasuk dalam dosa besar. Orang yang berbohong dianggap tidak beriman kepada Allah. Adapun orang yang beiman adalah kafir. Mungknkah sembahyang orang kafir diterima Allah?kerana itu bagi orang-orang yang rajin sembahyang hendaklah memelihara lidahnya. 

RAJIN SEMBAHYANG TETAPI SUKA BERBOMOH

Percaya kepada bomoh akan membahayakan dirinya sama ada didunia ataupun diakhirat. Allah akan mengancam dengan seksa. Mereka tenggelam pada satu keyakinan yang salah sehingga walaupun sembahyang namun dia dianggap celaka kerana percaya kepada bomoh adalah dosa besar. 

SEMBAHYANG ORANG YANG SUKA MENIMBUN HARTA

Orang yang rajn sembahyang hendaklah menyedari bahawa harta yang ada digenggamannya itu milik Allah yang diamanahkan kepadanya. Disitu juga ada hak orang-orang fakir. jika tidak, maka dia bererti zalim kerana memakan atau mempergunakan sesuatu bukan haknya. dia dianggap telah merampas hak-hak orang lain. 


ORANG YANG MENGABAIKAN SEDEKAH

Bakhil dapat mencelakakan orang yang mengerjakan sembahyang. Sekalipun hartanya terkumpul kerana bakhil, namun harta tidak dapat menenangkan jiwa. selain hartanya tidak berkat dan mendapat banyak masalah. Orang yang suka bersedekah akan dilindungi dari penyakit serta bencana. Menurut ulama’ ada 5perkara jika diingkari akan tertolak 5 perkara yang lain iaitu:1. menolak kewajipann mengeluarkan zakat-ditolak keselamatan, keamanan atau terpeliharanya harta. 2. enggan bersedekah-dikurangi kesihatan jasmaninya. 3. Menolak wajib zakat tanaman-ditolak keberkatan tanah yang diusahakan. 4. Enggan berdoa-ditolak keinginannya oleh Allah. 5. Enggan sembahyang-ditolak oleh kalimah syahadah(atauu bererti mendaftarkan diri sebaai orang pertama penghuni neraka secara kekal. Orang yang rajin sembahyang dan berzakat atau bersedekah akan mendapat keuntungan yang luar biasa sama ada didunia atau diakhirat. Keuntungan di dunia ialah harta yang dimiliki suci dari sesuatu yang mengandungi riba’ atau haram. Bersedekah dapat menyucikan diri, mengelakkan diri dari penyakit. 

KESIMPULAN

Kesimpulan yang saya dapat berdasarkan buku NERAKA WAIL BAGI ORANG YANG SOLAT ialah setiap umat islam hendaklah menunaikan solat yang menjadi kewajipan kepada umat islam dengan hati yang ikhlas, khusyuk dan sembahyang hanyalah semata-mata kerana Allah. Janganlah mengerjakan solat dengan terpaksa dan tidak bersungguh-sungguh kerana solatnya akan menjadi sia-sia. 

Disediakan oleh: Nurul Syafika Binti Mohamad Sabre

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis. uitm. edu. my
http://abdazizharjin. blogspot. com

No comments:

Post a Comment