Wednesday, September 15, 2010

Wanita muslimah -

Dari aspek perubatan, wanita mempunyai tiga criteria iaitu organ gonad, kromosen ex dan organ ganeterlia. Pada pandangan Islam wanita ialah makhluk yang diciptakan oleh Allah swt daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam as. Wanita adalah penghuni neraka yang paling ramai. Oleh itu, sebagai kaum wanita kita hendaklah menjaga diri kita dari seksa api neraka kerana azab api neraka itu amat dasyat seksanya. Kedasyatan api neraka dapat dilihat apabila setitik api neraka dapat membuat gunung-ganang yang menjulang tinggi itu cair, inikan pula kita manusia yang kerdil ini jika hendak dibandingkan dengan gunung-gunung tersebut. Terdapat beberapa jalan bagi menjauhi diri dari api neraka iaitu jalan dari segi akidah, ibadah dan dari segi akhlak. 

Islam ialah satu-satunya agama yang diredhai Allah swt. Agama Islam terdiri daripada lima rukun iaitu mengucap dua kalimah syahadat, menunaikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan serta menunaikan haji ke Baitulmal. Sebagaimana yang kita ketahui juga Allah swt telah mengutuskan Nabi Muhammad saw ke dunia bagi memimpin manusia kejalan yang lurus. Allah swt telah mewajibkan kepada seluruh umat manusia agar mentaati, memuliakan dan mencintaiNya. Mentaati Allah swt bermaksud dari segi akidah, perkataan dan perbuatan. Terdapat enam asas akidah iaitu beriman kepada Allahswt, beriman kepada malaikat, beriman kepada kitab, beriman kepada rasul, beriman kepada hari kiamat dan beriman kepada qada dan qadar. Terdapat juga beberapa keyakinan yang telah rosak dan kita dilarang sama sekali mempercayainya iaitu terdapat kepercayaan bahawa selain Allah swt terdapat tuhan-tuhan lain yang berhak disembah dan kepercayaan bahawa para wali Allah mendengar doa manusia dan menunaikan doa dengan kuasanya sendiri dan sewaktu dengannya. Ibadah dari segi perkataan pula ialah membaca kalimah syahadat, membaca zikrullah, membaca al-quran, membaca selawat dan selawat kepada nabi Allah, amar makruf nahi mungkar dan mengucapkan salam adalah ucapan yang termasuk dalam ibadah yang mendapat pahala. Dan Allah melarang kita berdusta, membuat fitnah, mengejek sesama muslim, menjadi saksi palsu dan berdoa selain kepada Allah swt. 

Dari segi perbuatan yang termasuk dalam ibadah pula ialah solat, menunaikan haji, berjihad di jalan Allah, mengeluarkan zakat, menghomati tamu dan semuan perbuatan baaik umumnya. Dan antara perbuatan-perbuatan yang ditinggalkan dikira sebagai ibadah ialah sepertiberzina, riba, memakan harta anak yatim, berjudi, mencuri dan berbuat zalim. Ihsan pula adalah sepertiga dari ajaran Islam. Ihsan dapat didefenisikan sebagai perbuatan baik. Ihsan adalah wajib dalam akidah, dalam perkataan dan dalam perbuatan

Solat pula merupakan salah satu peraturan Islam, jika kita melaksanakan pada awal waktunya maka ianya termasuk dalam amal yang lebih utama. Dan jika kita meninggalkannyamaka kita termasuk dalam orang-orang yang kufur dan rugi di akhirat kelak. Antara syarat-syarat sah solat ialah Islam, berakal, baligh, menutup aurat, menghadap kiblat, dan menjaga kebersihan, dan antara fardu rukun solat ialah niat, takbiratul ihram, membaca al-fatihah, rukuk, sujud, duduk diantara dua sujud, dan salam. 

Antara ibadah lain ialah zakat. Zakat wajib dilakukan oleh setiap umat Islam. antara syarat-syarat wajib zakat ialah harus mencapai hisab mata wang dan ternak harus mencapai usia setahun dan buah-buahan sudah masak dan biji-bijiansudah bersemai. Sedekah juga adalah ibadah. Pintu kebaikan ada banyak. Kita tidak boleh ketinggalan bersedekah walaupun hanya dengan sepotong kurma. Semua yang kita nafkahkan dengan mengharapkan pahala dari Allah, maka Allah akan menghapuskan dosa-dosa kita dan mengangkat darjat kita dan kita akan terlindung dari kejahatan sesuai dengan ita lakukan. 

Puasa dari segi bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makanan atau minuman untuk suatu jangka masa yang tertentu. Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa. perkara-perkara yang haram makruh ketika berpuasa ialah berpuasa apabila sedang haid atau nifas, berpuasa pada hari kedua hari raya, berpuasa pada hari-hari tasyriq dan makruh apabila puasa sepanjang tahun, iaitu puasa tanpa henti selama setahun penuh, dan berpuasa pada hari syak. Rukun puasa pula terdiri daripada niat sebelum fajar, menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang sunat dalam berpuasa ialah mempercepat berbuka puasa apabila masuk malam dengan terbenam matahari, bersahur dan melambatkan sahur sampai ke akhir malam. Perkara-perkara yang membatalkan puasa pula adalah seperti makan dan minum, bersetubuh, muntah dengan sengaja dan murtad dari Islam. Terdapat juga perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa seperti debu jalanan, tertelan serangga secara tidak sengaja, menelan air liur, bermimpi berahi dan masih dalam junub belum mandi walaupun telah fajar. 

Haji dari sudut bahasa ialah Menuju kepada Allah Yang Maha Agung. Manakala Haji dari sudut Syarak pula ialah mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan mengerjakan ibadat Haji. Ia adalah pekerjaan-pekerjaan tertentu yang dikerjakan pada masa, tempat dan cara tertentu. Antara syarat-syarat wajib haji dan umrah ialah sanggup iaitu mampu dari segi jasmani, harta, dan aman dalam perjalanan. Manakala rukun haji ialah ihram, wukuf di Arafah, tawaf dan sa’i dan satu lagi kewajiban lagi dalm haji ialah mencukur dan memotong sesudah sa’i. disamping itu terdapat larangan-larangan dalam ihram, apabila seseoramh itu sudah ihram maka ia do laramh mengenakan pakaian berjahit dan menutup kepala, mengunakan wangi-wangian, membunuh haiwan buruan, bersetubuh, memotong kuku dan memotong rambut dan bercukur. 

Semua yang telah dihuraikan marupakan segala ibadah yang tercermin dalam rukun Islam. Dan ibadah-ibadah lain merupakan kewajiban-kewajiban kita sebagai wanita muslimah, sopan santun dan akhlak kita. 

Sebagai wanita muslimah kita perlu mengetahui beberapa kewajiban yang harus kita kerjakan yang akan menjadi dasar kehidupan dan kesempurnaan kita. Untuk melakukan kewajiban-kewajiban ini kita perlu meminta pertolongan Allah swt agar kita dapat memahami dan melaksanakannya. Antara beberapa kewajibannya ialah kita hendaklah menjaga solat lima waktu sepenuhnya dan melaksanakan tepat pada waktunya. Kita hendaklah melakukannya dengan tenang dan khusyuk dan ikhlas kerana Allah swt agar kita mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Selain itu juga kita hendaklah setia kepada suami jika kita telah bersuami atau ibu bapa jika kita tidak bersuami. Kita hendaklan memenuhi kehendaknya, melaksanakan perintahnya, berkata-kata baik, tidak bersuara keras dan menentang atau menimbulkan kemarahan mereka. Selain itu, kita hendaklah mengasuh anak-anak dengan memberi mereka pelajaran yang berguna. Mengerjakan segala keperluan rumah tangga, mengatur segala barang-barang di rumah, menyiapkan makananan dan minuman, membersihkan
pakaian dan menjaga keamanan di dalam rumah juga merupakan antara kewajiban-kewajiban yang perlu kita kerjakan. Kita juga hendaklah menyatuni ibu bapa, memelihara silaturahim kerana ini merupakan kewajiban yang sangat ditekankan oleh Allah swt. Sebagai kaum wanita juga kita hendaklah menjaga kehormatan dengan mnenundukan pandangan, merendahkan suara dan tidak melakukan perkara-perkara yang mencemarkan maruah kita dan kita hendaklah berlaku baik terhadap tetangga dengan menanyakan keadaan mereka serta bermurah hati dan menjaga adab kita sebagai jiran. 

Sebagai wanita muslimah, kita juga mempunyai adab dan sopan santun menurut syariat Islam yang patut dipatuhi dan dijadikan pegangan hidup selama kita hidup didunia ini. Antaranya ialah menyebut nama Allah swt pada setiap pekerjaan yang kita ingin lakukan kerana Rasullulah saw yang menjadi teladan setiap mukmin dalam hidup ini selalu mengingati Allah dalam setiap hal yang hendak kita lakukan. kita juga hendaklah menjaga kebersihan pakaian, badan tempat tinggal dan tempat tidur kita sebab menjaga kebersihan itu termasuk dalam iman. Segala kotoran dan noda berlawanan dengan kesucian wanita muslimah. Selain itu juga kita hendaklah memakai pakaian panjang yang menutup kaki dan memakai penutup kepalasehingga menutupi rambut kita jika kita berada bersama keluarga yang terdiri daripada saudara, ayah dan anak. Jika kita berada diluar rumah pula kita tidak boleh melihatkan tangan dan kaki dan tidak boleh memakai wangi-wangian dan memakai barang kemas yang boleh menaikan syawat lelaki. Kia juga tidak boleh terlalu banyak keluar dari rumah kerana wanita yang sering keluar rumah akan tercela, tidak terpuji kerana ia menjurus kepada rasa kurang malu sedangkan malu itu termasuk dalam iman dan segala keindahan dalam diri wanita muslimah adalah malu. Kita juga tidakboleh mempamerkan diri kepada orang dengan berdiri di pintu, atau melihat-lihat dari jendela. Hal ini akan merosakan sopan santun, dan boleh mendatangkan fitnah dan kegelisahan. Merendahkan suara apabila dengan berkata-kata sopan, bersikap ramah dan periang. Kita juga hendaklah menanamkan rasa cinta kepada kebaikan, dan menjauhi segala perkara yang dimurkai Allah swt. 

Akhlak yang baik merupakan tiang hidup kita sebagai wanita. Dengan akhlaklah kita bergantung kebahagian, jika kita telah memiliki akhlak maka kita umpama memiliki semua yang baik. Akhlak yang mulia dapat kita perolehi dengan latihan dan membiasakan diri teus menerus. Akhlak yang perlu kita patuhi ialah sabar, iaitu dengan menetapkan pegangan pada ketaatan, mengerjakan segala yang baik tanpa jemu, mebjauhi segala bersifat maksiat dan dari akhlak yang buruk seperti berdusta, khianat, sombong, membanggakan diri, merasa tidak senang menghadapi ketentuan dan takdir Allah swt ke atas hambaNya. Selain itu, kita juga hendaklah memaafkan dan menjauhkan diri dari segala yang tidak elok didengar mengenai kata-kata yang tidak sopan dan gerak-geri yang kasar. Kita hendaklah menghadapinya dengan lemah lembut dan dengan kebaikan. Kita juga hendaklah mempertahankan rasa malu dan harga diri kerana ianya merupakan saudara kepada iman serta perpaduan antara kebajikan dan perbuatan baik. Selain itu, kita hendaklah menjadi seorang yang pemurah, tidak berkira dalam soal makanan, minuman, pakain atau ubat-ubatan kerana Allah swt sentiasa bersama dengann orang yang pemurah. 

Kita juga hendaklah mengutamakan keluarga dan orang lain dari diri kita sendiri kerana ia sudah menjadi akhlak para solihin dan siddiqin. Dan kita hendaklah diam dan tidak berbicara dan jika kita hendak berbicara hendaklah kita berbicara dengan sebaik-baiknya. Kita juga perlu berlaku adil terhadap diri kita kerana keadilan termasuk dalam ciri Islam yang terpuji. Diantara keadilan yang diperintahkan ialah hendaklah kita memperlakukan orang lain sebagaimana kita menyenangi orang lain memperlakukan kita. Janganlah kita mengutamakan diri sendiri daripada orang lain. Apa yang telah diperkatakan merupakan akhlak yang terpuji dan hendaklah kita sebagai wanita muslimah menjadikannya sebagain perhiasan dan mengusahakannya kearah itu agar hidup kita bahagia dan diredhai Allah swt. 

Kita perlu mengetahui bahawa pada wanita terdapat ciri-ciri istimewa yang tidak ada pada lelaki begitulah sebaliknya. Terdapat beberapa ketentuan dalam syariat Allah swt berhubung dengan ciri-ciri wanita iaitu dari segi pakaian, para wanita hendaklah memakai pakaian yang panjang dan menutupi kaki dan rambut juga hendaklah ditutup apabila kita berada dirumah bersama-sama keluarga seperti ayahdan saudara kita. Jika kita keluar dari rumah pula kita hendaklah menutup semua aurat kita. Salah satu ciri wanita muslimah ialah dibebaskan dari kewajiban berjihad dan berperang kerana kelemahannya serta kesibukannya dalam tugas rumah tangga. Selain itu wanita juga dibebaskan dari kewajiban menhadiri solat Jumaat dan solat jemaah kerana ketidakmampuannya dan kesibukannya dalam urusan mendidik anak dan tugas-tugas lain dalam rumah. Wanita juga tidak perlu mengusung, mengubur dan berziarah ke kuburan walaupun kekubur ayah, ibu dan saudaranya. Selain itu wanita juga tidak boeh memperdengarkan suara kecuali kepada mahram. Oleh itu wanita dibebaskan dari kewajiban menyeru azan dan sunah iqamah atau membaca dengan suara yang nyaring. Antara ciri-ciri lain ialah jika ia bercerai, ia akan memegang idah talak selam tiga quru kalau dia sedang haid, atau tiga bulan jika tidak berada dalam haid. Untuk idah kematian empat bulan sepuluh hari. Ciri-ciri lain ialah wanita berhak keatas mas kahwin pernikahannya dengan lelaki. Inilah antara ciri-ciri wanita muslimah yang khusus bagi wanita dan tidak ada pada lelaki. 

Wanita juga mempunyai hak-hak umum yang perlu diketahui dan diakui supaya dapat dilaksanakan dengan sempurna apabila diperlukan. Antara hak-haknya ialah hak memiliki, wanita berhak memiliki bangunan, tanah, perusahaan, emas, perak baik sebagai isteri, janda atau gadis. Kedua ialah hak kahwin dan memilih calon suami dan hak menolak. Hak ini sudah diterima secara ijmak mengenai kebenarannya. Selain itu hak dalam menuntut ilmu mengenai segala yang wajib sepertimengenal Allah swt, mengenal ibadah, cara-cara melaksanakannya dan mengenal hak serta kewajibannya. Hak mengeluarkan sedekah dari hartanya sendiri dan hak menyukai dan tidak menyukai. Selain itu hak dalam pakaian kerana kaum wanita boleh memakai sutera dan emas, tetapi mereka tidak boleh berpakaian terbuka dengan memakaiketat, jarang atau seumpama dengannya dan tidak boleh keluar rumah dengan muka dan bahu yang terbuka. Mereka harus menutup semua itu merama ia merupakan sumber kecantikan bagi seseorang wanita. Wanita juga mempunyai hak mengenai makanan dan minuman. Mereka boleh makan dan minum apa sahaja yang dikehendakinya asalkan makanan dan minuman tersebut halal. 

Bagi mereka yang sudah bergelar isteri, mereka juga mempunyai hak-hak keatas suami mereka yang perlu dihormati oleh suami dengan memberi sepenuhnya semua hak itu kepada isteri. Antara hak-haknya ialah hak dalam hubungan kelamin, serta membahaginya jika suami mempunyai isteri lain. Selain itu hak dalm melindungi kehormatnya, badannya, hartanya dan agamanya kerana lelakilah yang bertanggungjawab menjaga dan memeliharanya. Selain itu, hak diberi pelajaran mengenai agama dan hak bergaul dengan baik. Dari cara bergaul dengan baik ialah jangan sampai ia merugikan dalam hal hubungan kelamin, atau menyakitinya, memaki, mengejek atau menghinanya, jangan mamukul kecuali dalam hal nusyuz atau menyombongkan diri. Dalam erti hubungan baik itu jangan sampai ia dilarang mengunjungi kerabatnya sehingga tidak menimbulkan fitnah, dan lelaki tidak boleh memaksa sesuatu pekerjaan yang tidak mampu ia kerjakan dan hendaklah berlaku baik dalam kata-kata dan perbuatan. 

Sebagai kesimpulan wanita kaum wanita dinasihatkan beribadat hanya kepada Allah swt sesuai dengan petunjuk yang terdapat dalam Qur’an dan dalam Sunah Rasul-Nya, Muhammad saw. Kita juga dinasihatkan berhati-hati terhadap penyakit syirik dalam akidah dan ibadah kerana syirik dapat menjatuhkan amal dan membawa kerugian. Selain itu, kita hendaklah memelihara solat dan menjaga kebersihannya, ketenangan dan ketertibannya dengan khusyuk. Dan tidak menundakannya apabila telah masuk waktunya. Kaum wanita juga dinasihatkan patuh kepada suami. tidak menolak permintaannya, tidak melanggar perintahnya dan larangannya selama perintah itu bukan maksiat kepada Allah swt dan kepada RasulNya. Antara nasihat-nasihat lain ialah berbuat baik kepada tetangga dalam perkataan dan perbuatan dan patuh kepada orang tua dengan berbuat baik kepada mereka, dan jangan sampai disakiti, baik dengan kata-kata ataupun perbuatan. Hal ini jika mereka memerintah yang makruf kepada kita. Curahlah perhatian sepenuhnya dalam memelihara dan mendidik anak-anak kjika mempunyai anak iaitu membiasakan mereka berlaku jujur, menjaga kebersihan, berbicara sopan dan bekerja jujur. Akhir sekali kita dinasihatkan memperbanyakkan berzikir dan bersedekah. Dapat disimpulkan bahawa didalam buku ini iaitu buku yang bertajuk Wanita Muslimah telah menceritakan segala yang perlu bagi wanita untuk mengetahui selok-belok agamanya iaitu dari segi akidah, ibadah, mu’amalah, adab dan akhlak

Disediakan oleh: Wan Azlina binti Wan Mohd Yusoff

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

H: 013-4006206
P: 04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment