Friday, September 17, 2010

Erti Sebuah Perkahwinan. -

“ Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai…. “

Buku ini menceritakan mengenai penulis berkongsi pengalaman hidupnya yang menemui jodoh melalui “ orang tengah “. Kali pertama penulis bersua muka dengan bakal isteri saya ialah di hadapan ibu serta bapanya. Di bawah adalah contoh dialog yang di alami diri penulis sendiri.

“ Saya dapat melihat wajah abang saya yang begitu terkejut. Macam mana adiknya boleh bersetuju untuk berkahwin dengan seorang yang belum pernah di temui? Ia terlalu ganjil untuk zaman ini. Di hadapan kedua ibu bapa, kami bertemu buat pertama kali.

Rakan-rakan yang mendapat tahu tentang pertunangan saya dengan seorang “ bakal doktor ” amat terkejut.

“ Anta gilakah, Hasrizal? Kahwin dengan doktor! Anta tak takut kena tinggal?” tanya seorang rakan saya.

“ Nabi sallallahu 'alaihi wassalam lagi sibuk dari saya. Isteri baginda lebih sibuk dari seorang doktor. Tapi rumah tangga mereka adalah yang paling bahagia. Tentu ada formulanya!” saya menjawab dengan selamba. Mudah sahaja jawapan saya itu. Namun saya memang sentiasa memikirkan tentangnya.

Cabaran yang terpaksa ditempuhi penulis amat besar. Perkara ini turut di kongsi penulis yang mengatakan seperti berikut.

“Cabaran pertama ialah soal harga diri. Melalui didikan Islam yang kami terima dalam kuliah, tamrin, usrah dan bacaan buku, perkahwinan antara seorang ustaz dengan seorang doktor tidak pernah dianggap tidak sekufu. Apa yang penting, kedua-duanya saling berpegang kepada nilai-nilai Islam. ”

“Cabaran kedua ialah soal komitmen kerja. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan berumah tangga adalah sesuatu yang yang amat mencabar bagi seorang doktor. Khususnya di peringkat housemanship. Seorang suami kepada seorang doktor akan lebih banyak ditinggalkan kerana jadual on call yang tidak berperikemanusiaan. Bayangkan seorang doktor yang baru memulakan kerjayanya di sebuah hospital, masuk kerja pada jam 8 pagi pada hari Isnin dan pulang jam 5 petang, malah kadang-kadang terlajak hingga ke jam 8 malam. ”

Bagaimanapun, penulis tetap bersyukur di atas ketentuan ilahi. Ini diluahkan oleh penulis di dalam ayatnya yang berikut.

“ Saya bersyukur. Ketika saya membuat keputusan untuk berumah tangga dengan seorang doktor, apa yang saya fikirkan ialah peluang saya untuk berbuat kebajikan. Saya gembira membayangkan betapa saya dapat mendidik isteri dengan pengetahuan agama Islam.


TUJUAN BERUMAH TANGGA

Selain itu, buku ini juga menceritakan secara ringkas dan padat namun mencakupi keseluruhan aspek tujuan kita mendirikan rumah tangga. Penulis memulakan penceritaan tentang prinsip hidupnya yang amat penting iaitu, “ ERTI HIDUP PADA MEMBERI”. Penulis menekankan beliau mahu berumah tangga bukan untuk menerima, sebaliknya mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu ialah peranan suami di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya si suami menerima apa-apa kebaikan daripada isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekalipun kebaikan itu. Penulis sempat berkongsi pesanan yang beliau terima daripada seorang rakannya.

“ Dalam berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka, selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang , seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai, ” kata Kak Naz dan Abang Rosli semasa menyuarakan rancangan saya untuk berumah tangga. Nasihat itu saya pegang hingga hari ini. ”

ERTI KEBAHAGIAAN

Seterusnya, penulis turut berkongsi pula pengalamannya menerima SMS daripada seorang pelajar yang pernah mengikuti kursus yang beliau kendalikan.

Katanya, ” Ustaz mempunyai masa yang amat terhad bersama keluarga. Jadi, apa erti kebahagian dalam hidup Ustaz?

Saya termenung. Kebetulan semasa itu saya sedang out station di Labuan. Berikut ialah jawapan saya kepadanya:

“ Kebahagian rumah tangga bukanlah pada kuantiti masa yang diluangkan bersama isteri dan anak-anak. Penentunya ialah kualiti. Berapa ramai yang meluangkan banyak masa bersama keluarga, tetapi hakikatnya mereka tidak bersama. Mereka sebumbung, tetapi masing-masing menghadap TV, tidak berkomunikasi. Ustaz sentiasa cuba pastikan setiap masa yang ada untuk bersama isteri dan anak-anak, digunakan sebaik mungkin untuk benar-benar bersama. Lihatlah Ismail ' alaihissalam. Sering ditinggalkan bapanya. Tetapi Ismail tidak pernah memusuhi bapanya, Ibrahim. Mereka bertemu kerana Allah, mereka berpisah kerana Allah. ”

NASIHAT UNTUK REMAJA

Penulis kemudiannya sempat menasihati para remaja zaman ini yang semakin parah dengan maksiat dan sosial. Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat bercouple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah bahawa kalian berdua amat berani menderhakai Allah. Rumah tangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai. Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan ? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya….

Penulis menyatakan kepada adik-adik bahawa jika mereka yang bercouple dan buat “ ringan-ringan ” sebelum berumah tangga akan menghadapi kesannya pada masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. Selepas berumah tangga, si suami akan terfikir, “ Jika dengan aku dia berani berzina, apa yang boleh menghalangnya dari berzina dengan orang lain?” Kecurigaan ini menyebabkan jiwanya gelisah setiap kali meninggalkan isteri di rumah. Manakala si isteri berfikir dengan kecurigaaan yang sama. Akhirnya rumah tangga itu penuh dengan syak wasangka dan pantang ada yang, pasti berbalas tuduh-menuduh.

Pasangan yang pernah berzina sebelum bernikah, akan dihukum oleh Allah di dunia, sebelum hukuman akhirat. Apakah ada ketenangan hidup, jika rumah tangga diselubungi prasangka? Itulah neraka dunia balasan zina, sebelum neraka akhirat yang maha seksa lagi duka.

Namun bagi adik- adik yang mempunyai kesedaran Islam, cara mareka 'menjaga hukum Allah', penting untuk dipandu. Bukan apa, 'cara mereka' kadang- kadang menimbulkan kehairanan kepada saya. Syariat manakah yang mengajar muslimat supaya menundukkan pandangan hingga terlanggar tong pemadam api yang tergantung di koridor? Islam manakah yang mengajar muslimat supaya bercakap seperti ' warden penjara ' ketika berurusan dengan muslimin, semata- mata kerana mahu menghayati kehendak syarak agar mereka tidak melunakkan suara yang boleh menimbulkan fitnah.

BATAS HUBUNGAN SEMASA BERTUNANG

Biarpun seorang lelaki dan seorang perempuan itu telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetap warga asing yang tidak diharuskan bergaul bebas atau apa-apa hak yang diberikan hanya kepada pasangan lelaki dan perempuan yang telah berkahwin secara sah. Penting bagi pasangan yang bertunang untuk saling menjaga perhubungan. Sesekali menelefon untuk bertanya tentang perancangan- perancangan… Ada panggilan telefon mungkin sekadar beberapa minit. Ada panggilan telefon mungkin perlu hingga satu jam.

Tetapi bertanyalah kepada hati, jika perasaan memberitahu bahawa perbualan itu mendatangkan rasa resah dan bersalah, maka selesaikan perbincangan dengan cara baik agar tidak berlebih-lebihan dan mencetus dosa.


Pertunangan juga tidaklah perlu dihebahkan. Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan ) tentang perkahwinan. ” (Riwayat Ahmad daripada Abdullah bin Zubair )

Pertunangan ialah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun, ulama menjelaskan bahawa antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik.

Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal daripada berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup…. Selama-lamanya sampai mati.

Penulis kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada bekas tunangnya yang bersama- sama saling berusaha menjaga diri selama tempoh mereka diikat dengan janji. Kepada bekas tunangnya yang kini telahpun menjadi isteri… dan dengan tiga cahaya mata kurniaan Allah, semoga Allah mengekalkan rumah tangga kita dalam redha dan bahagia, hingga ke akhir usia. Amin…

JANGAN BERKAHWIN SEKADAR UNTUK MENDAPATKAN SIJIL HALAL.

Penulis mengingatkan para remaja agar tidak memberikan alasan, ” Saya kena kahwin segera Ustaz, takut terjebak ke benda- benda yang haram ”. Seorang di Southamptan, seorang lagi di Dublin…. tiba-tiba memberi alasan takut 'terzina'???

Itu pun, penulis masih berasa tidak wajar untuk seseorang itu membuat keputusan berkahwin hanya sekadar untuk mendapatkan Sijil Halal! Kahwin kerana takut zina, seolah-olah itu sahaja yang yang ada di mindanya tentang makna perkahwinan. Jangan buktikan yang jati dirimu selemah itu. Jika menolak zina sudah sampai mencetuskan porak- peranda hidupmu, di manakah kejantananmu untuk memimpin isteri dan anak-anak???

JANGAN BERKAHWIN TANPA PERSETUJUAN DAN PENGETAHUAN IBU BAPA.

Ruang untuk membelakangkan ibu bapa itu memang ada. Baik lelaki mahupun yang perempuan. Malah bagi si lelaki, hukum fiqh tidak pun meminta dirinya mendapatkan persetujuan ibu bapa. Tetapi perkahwinan bukan sekadar soal hukum fiqh, bukan sekadar sah tidak sah akad yang dihenjut.

Restu ibu bapa…. Lebih besar dan agung dari segala motivasi dan rawatan kaunseling yang ada di alam maya ini. Maka janganlah sekali-kali disingkirkan restu ibu bapa daripada sebuah perkahwinan yang dibina. Itu soal restu.

Pasangan yang berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa juga harus beringat, bahawa kalian adalah darah daging mereka. Tanpa diberitahu, seorang bapa apatah lagi seorang ibu, begitu mudah untuk merasakan sesuatu tentang anak mereka. Alangkan sakit selsema pun boleh meresahkan mereka di hujung benua, apatah lagi jika si anak yang begitu tergamak berkahwin dengan membelakangkan kedua ibu bapa.


Jika anda tetap berada dalam suatu keadaan yang hanya perkahwinan jalan penyelesaiannya , maka bawalah berbincang dengan baik. Buktikan yang anda sudah cukup dewasa untuk berumah tangga dengan mengambil langkah berdiskusi dengan ibu bapa secara dewasa, atau mungkin juga dengan meminta bantuan orang tengah yang boleh membantu kepada rundingan.

Dan sudah tentu di satu sudut yang lain, ibu bapa juga haruslah tidak terlalu mengikat perasaan hingga tidak rasional. Berusahalah mempertimbangkan dengan baik keadaan anak-anak dan membuat keputusan untuk kebaikan anak-anak itu yang hidup mereka penuh cabaran itu.

Jujurnya, penulis melihat kebanyakan mereka yang berkahwin semasa belajar dapat mengekalkan prestasi pengajian, malah ada yang bertambah cemerlang. Hanya segelintir yang kecundang.

SYARIATULLAH

Pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, mesti berusaha melengkapkan dirinya tentang pengetahuan berkaitan hukum-hakam yang sebelum ini mungkin kurang diberi perhatian. Khususnya bagi calon suami, anda bakal menjadi pengemudi rumah tangga.

Hukum-hakam tentang munakahat, jangan diabaikan. Bermula dari hal-hal yang berkaitan dengan akad nikah dan cerai fasakh serta lafaz takliq yang wujud dalam sistem nikah Malaysia. Selain itu, hukum-hakam berkaitan orang perempuan juga perlu ditambah.

Malah baik juga ditambah pengetahuan tentang perkara yang sedikit advance seperti hukum-hakam tentang kehamilan. Hukum ke atas seorang perempuan andai berlaku keguguran pada awal tempoh mengandung dan selepas tempoh mengandung, beza antara nifas dan istihadah dalam soal ini, adalah antara isu yang perlu diambil perhatian.

SUNNATULLAH

Terutamanya bagi pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga ketika masih belajar, keperluan untuk berbincang secara jelas tentang perancangan berkeluarga mesti dilakukan. Tanggungjawab utamanya ialah pada si lelaki.

“ Mungkin bakal isteri tidak berani menimbulkan hal ini. Takut nanti ditempelak suami bahawa si isteri mahu menolak rezeki dan sebagainya. Maka suamilah yang sebaiknya mengusahakan perbincangan. ”

Penulis sempat menyatakan rasa kesal dan sedih melihat pelajar yang berkahwin, terutamanya semasa belajar, apabila mereka dikejutkan dengan berita kehamilan isteri dalam keadaan tidak mempunyai kesediaan mental, lantas mencetus pelbagai masalah seperti stress dan kemurungan.

HUBUNGAN SUAMI – ISTERI

Suami dan isteri adalah dua insan yang sangat perlu untuk saling memahami. Faham secara empathy dan cuba meletakkan diri di pihak pasangan. Apabila isteri meluahkan pandangan, mengadu serta berleter tentang sesuatu perkara, amat perlu untuk seorang suami faham, bahawa tindakan itu selalunya bukanlah bertujuan untuk meminta pandangan dan idea kita ke arah penyelesaian. Sesekali ya, tetapi lazimnya tidak.

Maka, janganlah pula suami terlalu cepat atau asyik mencadangkan penyelesaian. Masalah-masalah itu sering boleh selesai hanya dengan kesediaan suami untuk menyayangi, atau dalam bahasa mudah…memujuk.

Namun ketahuilah wahai sang isteri, bahawa ia bukanlah suatu yang mudah bagi seorang lelaki. Makhluk yang gersang emosi dan kaya logik itu.

Manakala bagi sang isteri, fahamilah jua bahawa suami berfikir dengan cara yang berbeza. Keputusannya banyak oleh pertimbangan akal, sesuai dengan bahu dan tangannya yang berat memikul tanggungjawab. Apabila suami bertanya, dia mahukan pandangan. Dia mudah rimas jika ruang berbincang diisi dengan esakan, tangisan dan bukannya buah fikiran.


BELAJARLAH UNTUK SALING MEMAHAMI

Penulis menyatakan penghargaan kepada buku Men Are From Mars, Women Are From Venus oleh John Gray kerana ia mengajar beliau dan isteri untuk saling faham-memahami. Pelajaran dari 2 planet ini juga mendidik penulis untuk memberi ruang kepada rasional dan emosi masing-masing berfungsi dengan baik, sesuai dengan peranan dan tangungjawab yang diberi ilahi.

MERAIKAN PERBEZAAN
Akhir sekali, penulis menyatakan keyakinannya jika setiap insan menghargai keunikan biri masing- masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, hidup kita akan seimbang. Penulis juga menyuruh pembaca membaca buku Men Are From Mars, Women Are From Venus agar kita dapat belajar untuk saling memahami.

“Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki. ” (Al-Hadith)

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Sirah Nabi Muhammad SAW -

Muqaddimah

“ Ya Allah kurniakanlah kesejahteraan dan keselamatan kepada penghulu kami Muhammad, Nabi yang tidak perlu membaca dan menulis, dan demikian juga kepada sekalian ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya, seberapa banyak bilangan yang Engkau ketahui dan seberapa berat timbangan yang Engkau ketahui dan sepenuh apa jua yang Engkau ketahui. ”

Selawat di atas ialah ayat ketujuh dari Auradulmuhammadiah. Menyatakan terima kasih tiada terhingga kepada Rasulullah SAW, keluarga dan sahabatnya dengan meminta Allah selawatkan dan selamatkan mereka. Kerana merekalah, segalanya diberikan Allah kepada manusia. Demikianlah Auradulmuhammadiah menghubungkanku dengan nabiku yang sudah wafat.

Biodata NABI MUHAMMAD SAW.
Namanya: Muhammad bin Abdullah
Nama ibunya : Siti Aminah binti Wahab
Nama Bapanya : Abdullah bin Abdul Mutallib
Nama Isteri-isteri Baginda:
1. Siti Khadijah binti Khuwailid
2. Saudah binti Zam’ah
3. Siti Aisyah binti Abu Bakar
4. Habsah binti Umar
5. Zainab binti Khuzaimah
6. Ummu Salamah
7. Ummu Habibah binti Abu Sufyan
8. Juwairiah
9. Sofiyah binti Huyey
10. Zainab binti Zahsyi
11. Raihanah

Nama anak-anak baginda:
1. Zainab
2. Ruqayyah
3. Ummu Kalsom
4. Siti Fatimah
5. Qosim
6. Abdullah
7. Ibrahim
(Anak-anak lelaki baginda semuanya meninggal sewaktu masih kecil)

Dari perkahwinan Siti Fatimah dan Saiyidina Ali bin Abi Talib
Anak-anak mereka:
1. Sayyidina Hassan
2. Sayyidina Hussin
3. Zainab (Al Kubra)

SIRAH NABI MUHAMMAD SAW.

Kelahiran Rasulullah SAW

Ketika dulu semasa seluruh umat manusia di dunia dalam suasana kegelapan dan jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka’abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.

Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa’ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Setibanya wanita itu dari Banu Sa’ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.

Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Rasulullah SAW

Ketika usia baginda berumur dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian serba putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah dada Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui.

Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama lima tahun itulah baginda mendapat kasih saying sepenuhnya dari keluarga Halimah, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib yang tinggal di Makkah.

Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda, Abdullah bin Abdul Mutallib. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya bapa baginda, Abdullah bin Abdul Mutallib serta tempat dia dikuburkan.

Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga.

Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dalam perasaan yang teramat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang amat dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.

“Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk” (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)

Kewafatan Datuk Rasulullah SAW, Abdul Mutallib

Kegembiraannya ketika bersama datuk baginda, Abdul Mutallib tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan yang besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.

Rasulullah SAW Dijaga Oleh Abu Talib

Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy. Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.

Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidaak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.

Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu “Al-Amin”.

Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.

Wahyu Pertama Yang Diterima Oleh Rasulullah SAW

Ketika berusia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira’ dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad.

“Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan” (Al-’Alaq, 96: 1)

Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan perasaan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku di Gua Hira’.

Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda. Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan ahli keluarga baginda sahaja.

Dakwah Rasulullah SAW Disampaikan Secara Terang-terangan

Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.

“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. ” (Al-Hijr, 15:94)

Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:

“Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya”

Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan serta ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah SWT. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabat juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat daripada mereka yang jahil.

Kewafatan Khadijah dan Abu Talib

Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya, Khadijah binti Khuwailid wafat pada tahun sepuluh kenabiaan baginda. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa dan juga harta bendanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.

Pada tahun yang sama juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuh baginda sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.

Penghijrahan Rasulullah SAW Ke Madinah

Akibat dari tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas pemergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk pergi berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.

Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullah SAW sendiri.

Kota Madinah Sebagai Negara Islam

Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad SAW berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang saksama.

Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.

Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.

Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad SAW. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.


Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah SWT. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah. ”

Kewafatan Nabi Muhammad SAW

Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.

Di balik kehidupan insan bernama: “Muhammad”
1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.
2. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

3. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan: Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?” (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang berarti ‘Wahai yang kemerah-merahan’). Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah”. Rasulullah lantas berkata, “Kalau begitu aku puasa saja hari ini. ” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

4. Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya. ”

5. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang.

6. Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga.

7. Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :
“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”
“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar”
“Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit. ” desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”
Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?” “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak. ”

8. Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9. Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.

10. Dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

11. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH SWT dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah SAW menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH SWT tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum mahupun dalam keseorangan.

12. Ketika pintu Syurga telah terbuka, seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah, hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.


Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah,

“Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”

Jawab baginda dengan lunak, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur. ”

10 Wasiat Rasulullah SAW

Ada 10 wasiat Rasulullah kepada puterinya Fathimah binti Rasulillah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri solehah.
1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan darjat wanita itu.
2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.
3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.
4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan keperluan jiran tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.
5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.
6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah Haji dan Umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.
7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah Haji dan Umrah.
8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
10. Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia Jadikanlah diri-dirimu menjadi wanita solehah, agar negeri menjadi indah, kerana dirimu adalah tiang negeri ini.

PENUTUP
Sebagai penutup, saya rasa bersyukur atas usaha kerja dengan limpah kurnia yang ALLAH SWT berikan pada saya. Dengan tugas ini, saya dapat mengenali Rasulullah SAW dengan lebih dekat. Setelah membaca semua kisah hidup Rasulullah SAW saya mendapat motivasi diri dan saya berazam akan mengubah cara hidup saya ke tahap yang lebih baik. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ustaz, ibu bapa saya serta rakan-rakan saya sekalian. Kini siaplah kerja saya ALHAMDULILLAH….. syukur.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Perpaduan Menurut Islam -

Telah menjadi fitrah atau tabiat semulajadi manusia inginkan perpaduan tidak kira apa kaum atau bangsa mereka. Tiada manusia dari apa kaum atau bangsa sekali pun yang sukakan perpecahan. Lebih-lebih lagi kalau perpecahan itu membawa kepada permusuhan dan seterusnya kepada perbalahan, pergaduhan dan peperangan.

Kalau berlaku pergaduhan dan peperangan, manusia akan jadi susah. Susah dalam mencari rezeki, tidak aman dalam perjalanan, tidak dapat tidur, tidak dapat rehat, sentiasa sahaja bimbang, takut rosak harta benda ataupun terkorban nyawa. Kalau masih hidup pun selepas peperangan, mungkin akan cacat anggota. Dengan demikian, akan terhalang untuk mencari kekayaan, untuk membangun dan untuk membuat kemajuan.

Bila berlaku peperangan, manusia hilang kebebasan. Manusia hidup dalam ketakutan. Jiwa manusia tertekan. Mereka jadi keluh-kesah dan gelisah. Kesan dan risiko peperangan sangat besar dan sangat buruk. Mungkin kesan buruknya terpaksa ditanggung oleh beberapa generasi yang akan datang.

Oleh itu, perpecahan adalah musuh kepada manusia. Sebab itu manusia tidak mahu dan tidak suka kepada perpecahan. Fitrah semulajadi manusia inginkan kehidupan yang aman damai kerana di situlah letaknya kebahagiaan dan keharmonian yang diidamkan oleh semua manusia tidak kira apa etnik dan bangsanya. Justeru itulah manusia sangat ingin kepada perpaduan.

Manusia itu makhluk yang bermasyarakat

Adalah juga menjadi fitrah semulajadi manusia suka bergaul, bermasyarakat, bertemu dan berjumpa antara satu sama lain. Di antara sebabnya ialah:
1.Manusia tidak boleh hidup bersendirian. Apabila bersendiri, terasa sepi dan kosong. Apabila bertemu dan bergaul, manusia dapat berbual antara satu sama lain. Fikiran dan hati akan rasa terisi dan jiwa akan terhibur.
2.Untuk mendapatkan kesemua keperluan hidup, walaupun yang asas, manusia tidak mampu mengusahakan kesemuanya secara bersendirian. Mesti ada bantuan orang lain sama ada secara langsung atau tidak langsung.
3.Manusia tidak boleh terlepas dari berbagai-bagai ujian hidup seperti sakit, miskin, ditimpa bencana alam, kematian dan sebagainya. Manusia memerlukan bantuan orang lain dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalah tersebut.
4.Watak dan tabiat semulajadi manusia sering mengundang seteru dan musuh. Untuk menolak kejahatan musuh, manusia perlu kepada kawan atau pihak-pihak yang dapat menolong.
5.Kerana adanya rangsangan dan tarikan di antara lelaki dan perempuan maka timbul perlu memerlukan di antara satu sama lain. Maka berlakulah perkahwinan dan pertemuan di antara dua keluarga.
6.Manusia juga ingin membangun dan maju. Maka mereka wujudkanlah perniagaan dan perdagangan. justeru itu maka lahirlah perhubungan di antara majikan dan pekerja. Majikan perlukan pekerja kerana tenaga dan kemahiran mereka dan pekerja pula perlukan majikan untuk mendapat saraan dan gaji.
7.Tabiat semulajadi manusia inginkan ilmu. Maka lahirlah perhubungan di antara guru dan murid yang saling perlu-memerlukan.
8.Sudah menjadi tabiat semulajadi orang yang pandai dan kuat ingin menjadi pemimpin. Orang yang lemah pula ingin dilindungi oleh orang yang kuat. Maka lahirlah perhubungan di antara pemimpin dan pengikut yang sama-sama saling perlu-memerlukan.

Setelah diteliti perkara-perkara di atas, nyata dan jelas sekali kepada kita bahawa dalam kehidupan ini, manusia memerlukan satu sama lain. Manusia perlu sandar menyandar, bertolong-bantu dan bekerjasama. Kalau tidak, manusia tidak boleh hidup. Sama ada suka atau tidak, manusia terpaksa hidup begitu. Kalau fitrahnya tidak mendorong, keadaan dan realiti hidup akan memaksa manusia memerlukan satu sama lain.

Mengapa perpaduan itu penting bagi manusia

Setelah kita buktikan melalui kajian dan pengalaman hidup kita bahawa manusia itu terpaksa hidup saling perlu memerlukan di antara satu sama lain, maka logiknya manusia itu mesti bersatu-padu dan mesti berusaha untuk mencapai perpaduan. Barulah manusia tidak akan bergaduh, tidak akan berkrisis, tidak akan berdengki, tidak akan bermusuh-musuhan, tidak akan jatuh menjatuhkan dan tidak akan berperang sesama sendiri. Manusia akan saling hormat menghormati dan berkasih sayang. Dengan itu, manusia akan mudah mengendalikan urusan hidup dan mudah memenuhi keperluan satu sama lain. Namun realitinya tidak begitu. Manusia sentiasa sahaja berpecah-belah dan bermusuhan, sekalipun di dalam satu etnik dan di dalam satu rumpun bangsa yang sama.

Mengapa manusia sukar mencapai perpaduan

Walaupun manusia itu satu sama lain perlu sandar menyandar, lengkap melengkapi dan saling perlu memerlukan, tetapi mereka payah untuk bersatu dan berpadu. Ini kerana dalam diri manusia itu ada nafsu. Nafsu itu sangat jahat. Di antara sifatnya ialah tamak dan mementingkan diri. Kehendak dan keperluannya tidak terbatas dan tidak bertepi. Di samping nafsu, ada pula syaitan yang sentiasa mendorong manusia bermusuh-musuhan di antara satu sama lain.

Nafsu itu, dalam hendak mencapai kehendaknya, dia tidak kira halal atau haram, buruk atau baik, yang boleh atau yang tidak boleh. Dia akan gunakan apa juga cara sama ada dengan memerah tenaga orang secara tidak patut, memfitnah orang, memburuk-burukkan orang, mengambil hak orang, menindas, menekan atau menghina orang. Oleh yang demikian, di dalam manusia itu saling perlu memerlukan, mereka berpecah-belah. Di dalam mereka saling bertolong bantu, mereka bersenget hati. Di dalam mereka saling sandar menyandar, mereka ada kepentingan diri. Di dalam mereka bergotong-royong, ada pengkhianatan. Di dalam perkongsian, ada penipuan. Di dalam satu keluarga, satu jemaah, satu parti, satu kaum dan satu bangsa, ada jatuh-menjatuh dan khianat mengkhianati.

Rahsia Perpaduan

Bersatu dan berpadu bukanlah satu perkara yang mudah. Untuk menyatu-padukan ahli-ahli sebuah keluarga atau rumahtangga pun amat sulit, inikan pula hendak menyatu-padukan satu bangsa dalam sebuah negara. Perpaduan tidak semestinya berlaku secara atomatis dalam sesuatu rumpun bangsa atau keturunan atau satu-satu etnik atau berdasarkan keturunan sedarah sedaging atau kerana satu tempat lahir atau satu ideologi atau kerana berada dalam sebuah parti atau jemaah yang sama.

Perpaduan pula ada beberapa peringkat dan kategori seperti di bawah:

1. Perpaduan fizikal iaitu perpaduan yang bersifat luaran semata-mata. Ertinya ia tidak diikat oleh akal atau jiwa tetapi hanya oleh keperluan semasa atau desakan-desakan hidup yang tidak dapat atau payah untuk dielakkan. Diwujudkan perpaduan lahir atau fizikal ini dengan tujuan untuk menjaga nama baik atau supaya tidak dipulaukan orang. Atau untuk mengelak tanggapan negatif masyarakat sekampung, masyarakat setempat, masyarakat dalam satu-satu parti atau satu-satu negara. Atau supaya jangan dimusuhi oleh orang ramai. Untuk tujuan ini maka manusia bergaul dan bertemu dalam kerja-kerja gotong-royong, di dalam majlis membaca ikrar, dalam majlis kenduri-kendara di surau atau di rumah-rumah, dalam majlis menguruskan kematian, dalam mesyuarat kampung atau mesyuarat sekolah di mana anak-anak mereka belajar atau dalam pertemuan penduduk setempat untuk membincangkan masalah bersama atau jenayah yang sangat menyusahkan dan menggugat keselamatan umum yang mereka pun sama-sama merasa takut.

Semua bentuk perpaduan yang disebut di atas dinamakan perpaduan fizikal. Ia diikat oleh faktor-faktor luaran atau oleh desakan-desakan dan keperluan-keperluan semasa. la tidak diikat oleh faktor-faktor dalaman seperti akal atau fikiran dan jiwa. Perpaduan seperti ini sangat longgar. Ikatannya tidak kuat dan tidak teguh. Ikatan seperti ini tidak mampu untuk menghindarkan sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, jahat sangka, khianat, mengadu domba, sombong, riyak, cari nama, glamour, pemarah, tamak dan lain-lain lagi. Ertinya perpaduan seperti ini sentiasa terdedah kepada keretakan dan perpecahan kerana sifat-sifat mazmumah seperti yang disebut tadi sebenarnya adalah pemecah dan perosak perpaduan, kesatuan dan persaudaraan.

Perpaduan fizikal seperti ini tidak boleh diharapkan. Perpaduan fizikal adalah reput dan rapuh. Ia ibarat buih di laut. Buih di laut, walaupun menggunung besarnya, tidak kuat dan tidak padu. Bila-bila sahaja boleh pecah. Angin, ombak dan sampah sarap sahaja pun sudah cukup untuk memecahkannya. Belum lagi ianya dilanda oleh kapal-kapal besar atau ribut taufan yang kuat. Lebih-lebih lagilah ia akan berkecai, terbarai dan terburai.

Perpaduan fizikal tidak mempunyai ikatan dalaman yang teguh. Mengikut Islam, ia belum lagi boleh dikatakan perpaduan kerana ia berlaku disebabkan oleh desakan dan keadaan-keadaan luaran yang memaksa dan bukan diikat oleh akal atau fikiran atau jiwa yang satu.

2. Perpaduan fikiran iaitu perpaduan yang diikat oleh satu pendapat atau satu pandangan. Biasanya perpaduan seperti ini berlaku dalam sebuah masyarakat setempat atau dalam satu-satu puak atau jemaah atau dalam satu-satu bangsa di dalam sebuah negara. Biasanya juga ia melibatkan sesuatu projek, sesuatu perkara atau sesuatu isu sahaja. Walaupun pandangan dan pendapat yang sama itu diikat oleh faktor dalaman iaitu oleh akal fikiran, namun perkara yang disepakati itu adalah di dalam hal-hal luaran yang bersifat keduniaan. Kemudian pula, ia adalah berbentuk keperluan-keperluan semasa. Di masa-masa di mana perkara, projek atau isu itu tidak diperlukan lagi, maka ikatan itu akan terungkai dengan sendirinya. Ini termasuklah perpaduan dalam satu ideologi atau fahaman.

Ikatan akal atau fikiran seperti ini juga tidak dapat membuang sifat-sifat mazmumah di dalam diri manusia seperti hasad dengki, khianat, tamak, pemarah, bakhil, pendendam, jahat sangka, mengumpat, memfitnah, mengata, menghina dan lain-lain lagi. Walhal sifat-sifat mazmumah inilah yang memecah-belahkan manusia walaupun manusia sudah boleh bersatu pendapat, bersatu pandangan dan bersatu ideologi dalam sesuatu perkara.

Oleh itu, perpaduan akal atau fikiran atau ikatan ideologi juga tidak kukuh dan tidak teguh. Ia juga boleh diibaratkan sebagai buih di laut. Nampak menggunung tetapi ia rapuh. Nampak hebat tetapi tidak kuat. Sampah sarap sahaja pun boleh memecahkannya. Betapalah gelombang besar atau kapal besar yang melanda.

Justeru itu, Islam belum boleh menerima perpaduan akal atau fikiran atau perpaduan ideologi ini sebagai satu bentuk perpaduan bagi umat Islam.

3. Perpaduan keyakinan laitu perpaduan yang diikat oleh satu keyakinan yang benar dan mutlak yang bersifat kekal abadi. Satu bentuk perpaduan yang tidak akan berkesudahan sampai mati dan yang kekal abadi. Ikatan yang diikat oleh iman yang dihayati oleh jiwa atau hati dan bukan setakat iman secara fikiran semata-mata. Ia melibatkan iman dan keyakinan kepada Allah Taala dan kepada rukun-rukun iman yang lain yang wajib diimami secara penghayatan. Ia juga diikat oleh syariat, iaitu peraturan-peraturan dan disiplin-disiplin kehidupan yang telah disampaikan oleh Allah Taala kepada Rasul-Nya yang terkandung di dalam Al Quran dan yang termaktub di dalam Sunnah Rasul seperti yang disebut di dalam firman-Nya:

"Hendaklah kamu semua berpegang teguh dengan tali-tali Allah (syariat Allah / agama Islam / Al Quran dan Sunnah) dan janganlah kamu semua berpecah-belah (Iaitu berpecah-belah dari beriman dan dari syariat-Nya). " (Ali Imran : 103)

Dari ayat ini, ada beberapa perkara yang dapat kita faham. Di antaranya:
•Beriman dengan Allah Taala (diikat oleh iman atau aqidah).
•Beriman juga dengan syariat Allah (diikat oleh syariat Allah Taala di dalam semua hal dan aspek kehidupan seperti kehidupan berkeluarga, bermasyarakat, dalam soal pendidikan, politik, ekonomi, pentadbiran, perjuangan dan kenegaraan. Syariat Allah Taala menjadi pengatur dan pendisiplin dalam semua hal).
•Jangan berpecah-belah dalam iman dan syariat-Nya. Dalam erti kata yang lain, jangan beriman dengan sesetengah hukum-hukum yang Allah turunkan dan ragu dengan sesetengahnya pula. Begitu juga, sesetengah syariat-Nya seperti solat, zakat, puasa dan haji kita amalkan tetapi dalam berkeluarga, bermasyarakat, berekonomi, berpendidikan, berpolitik, berpentadbiran, bernegara dan lain-lain, kita bersyariatkan akal kita atau kita bersyariatkan ideologi ataupun pragmatisme. Kita tolak syariat Tuhan. Semua ini masih hasil ciptaan akal fikiran manusia dan bukan syariat daripada Al Quran dan Sunnah yang datang dari Allah Taala yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

Di sini, baru kita faham bahawa kalau umat Islam ingin bersatu dan berpadu secara kuat dan teguh, maka hendaklah umat Islam ini diikat di antara satu sama lain dengan ikatan iman dan aqidah dan juga dengan syariat Allah Taala secara global dan secara total. Kalau berlaku sebaliknya, maka akan terjadilah pecah-belah.

Apabila umat Islam kesemuanya diikat oleh satu iman atau aqidah dan juga oleh undang-undang dan perlembagaan Allah Taala di dalam seluruh aspek kehidupan, maka umat Islam sebenarnya telah bersatu dan berpadu. Inilah dia bentuk perpaduan yang kuat dan teguh yang diterima bagi umat Islam. Kita mesti usahakan dan perjuangkan perpaduan yang seperti ini. Kalau kita perjuangkan perpaduan yang selain daripada ini, ertinya kita hanya memperjuangkan perpaduan buih di laut.

Apabila perpaduan tidak diikat oleh iman dan syariat

Umat Islam di seluruh dunia tidak akan bersatu dan berpadu kalau satu sama lain tidak diikat oleh satu aqidah dan satu syariat. Ajaran Islam yang mengatakan begitu. Tidak perlulah kita berbahas dan bertegang leher dan mengatakan bahawa umat Islam boleh juga bersatu dan berpadu tanpa kesatuan iman atau aqidah dan tanpa kesatuan syariat.

Yang jelasnya, umat Islam tidak akan bersatu dan berpadu atas dasar ekonomi, ideologi ataupun isme-isme yang lain. Ini kerana ekonomi, ideologi dan isme tidak ada elemen pembendung perpecahan. Dalam erti kata yang lain, tidak ada apa-apa dalam ekonomi, ideologi atau isme yang boleh membendung sifat-sifat mazmumah yang sangat memecah-belahkan manusia kerana di dalam ajaran ideologi atau isme atau jelasnya, di dalam semua ajaran hasil dari teori akal fikiran manusia, tidak ada ajaran takutkan Allah, takutkan Neraka atau cintakan Allah. Kalau manusia sudah tidak takutkan Tuhan dan Neraka-Nya, apalagi kah yang boleh membendung dan menghalang manusia daripada melakukan kejahatan lahir dan batin yang boleh memecah-belahkan kehidupan manusia, yang boleh merenggangkan persaudaraan dan yang boleh menghancurkan perpaduan dan persatuan di kalangan umat.

Oleh itu, maka jelaslah bahawa ajaran ideologi atau teori akal fikiran manusia tidak akan boleh mencetuskan perpaduan di kalangan umat Islam kerana ikatannya tidak ada. Kalaupun dikatakan ada, ia adalah ikatan yang sangat lemah dan rapuh. Justeru itu, di dalam sesuatu jemaah atau parti atau sesebuah negara sekalipun, umat Islam tidak akan boleh bersatu dan berpadu kalau ikatan perpaduannya hanya setakat ajaran ideologi atau ajaran teori akal fikiran manusia. Bahkan, di dalam sesebuah parti Islam sekalipun, kalau iman tidak benar-benar dihayati dan kalau syariat Islam berjalan secara longgar di kalangan ahli-ahlinya, ia juga tidak akan melahirkan perpaduan yang kuat dan kukuh di kalangan ahli-ahli parti berkenaan.

Perpaduan adalah ikatan jiwa

Selepas kita bahaskan tentang soal perpaduan ini, fahamlah kita bahawa perpaduan di kalangan umat Islam itu adalah berasaskan ikatan jiwa yang satu aqidah dan satu iman yang benar-benar dihayati oleh setiap jiwa orang Islam. la bukan sekadar aqidah atau iman yang berdasarkan akal fikiran semata-mata tetapi ia adalah aqidah atau iman yang benar-benar dapat mencetuskan cinta kepada Allah Taala atau yang benar-benar dapat mencetuskan rasa takut dan gerun dengan Allah Taala serta diikat pula oleh syariat Islam sebagai peraturan dan disiplin kehidupan.

Apabila ikatan jiwa atau perpaduan yang asas ini wujud dengan kuat dan teguh, maka perpaduan yang lain seperti perpaduan fizikal atau perpaduan fikiran akan memperindahkan lagi perpaduan tersebut dan membuatkannya bertambah lengkap dan kemas. Akan tetapi kalau perpaduan yang asas ini tidak wujud ataupun lemah, perpaduan fizikal dan fikiran tidak mempunyai apa-apa makna dan tidak akan menambahkan apa-apa kepada perpaduan umat Islam.

Ikatan jiwa yang ditunjangi oleh aqidah dan iman dan yang dihayati ini amat teguh kerana ikatannya berkait terus dengan Allah Taala yang bersifat kekal abadi. Ikatan jiwa yang sama-sama terhubung dengan Allah ini tidak reput dan tidak rapuh. la tidak bersifat dengan sifat yang baharu atau bersifat dengan sifat makhluk yang banyak mempunyai kelemahan. Siapa yang bersandar dengan makhluk pasti lemah dan siapa yang bersandar terus dengan Allah Taala pasti kuat dan teguh.

Ikatan jiwa di kalangan umat Islam diikat oleh aqidah atau iman yang satu. Itulah dia yang dikatakan kesatuan atau perpaduan jiwa. Perpaduan jiwa dengan Tuhan tidak ada kepentingan dunia. Oleh itu penyakit pecah-belah tidak akan wujud kerana penyakit pecah-belah hanya akan hidup subur jika ada kepentingan dunia. Apabila penyakit pecah-belah tidak wujud, maka perpaduan umat Islam akan selamat dari bahaya pecah-belah kerana yang memecah-belahkan manusia itu ialah dunia dan mata bendanya dan nafsu yang rakus yang tidak terkawal.

Kalau jiwa sudah terpaut dengan dunia dan mata bendanya, akan timbul penyakit tamak, bakhil, rebut merebut dan saing menyaing. Kemudian akan datang hasad dengki, sakit-sakit hati, marah, dendam berdendam, fitnah memfitnah dan umpat mengumpat. Lahirlah budaya nafsi-nafsi dan pecahlah umat.

Perpaduan aqidah atau perpaduan iman ertinya sama-sama cintakan Allah atau sama-sama takutkan Allah. Walaupun semua manusia sama-sama cinta atau takutkan Allah Taala, namun Allah itu tidak jadi rebutan dan tidak berlaku sebarang persaingan. Makin masing-masing kuat cinta atau takutnya kepada Allah, semakin kuat masing-masing bersatu dan berpadu. Cuma orang-orang yang tidak beriman atau orang-orang yang sudah lemah iman mereka sahaja yang akan merasa tidak senang. Dari mereka ini sahajalah lahir hasad dengki terhadap orang-orang yang kuat cinta dan takutnya kepada Allah.






Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Disediakan oleh: Ahmad Farid Wajdie B. Mahmud

Kebenaran Maklumat Sains Cungkil Rahsia Al-Quran -

Asas Ilmu, Penemuan Dilakukan Ilmuwan Islam Jadi Pencetus Kepada Kajian Sarjana Barat.

Ada Rasul dan Nabi dikurniakan mukjizat iaitu pemberian Allah untuk melakukan perkara luar biasa yang tidak mengikut sebab musabab. Mukjizat terbahagi kepada dua iaitu mukjizat hissi dan aqli.

Mukjizat hissi dalam bentuk yang boleh di kesan pancaindera(dilihat, didengar, atau disentuh) dan bertindak secara fizikal seperti contoh tongkat Nabi Musa bertukar menjadi ular atau Nabi Musa menyembuhkan orang buta sejak lahir.

Mukjizat aqli pula hanya mampu difahami manusia dengan akal sihat, bebas daripada emosi dan prasangka serta dengan mata hati yang masih boleh menerima hidayah. Satu-satunya mikjizat aqli ialah Al-Quran. Seterusnya kita akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang mukjizat aqli ini.

Sesungguhnya keagungan dan kebenaran kandungan Al-Quran tidak dapat di sangkal sesiapa lagi. Kandungan Al-Quran tidak mampu dicipta sesiapa selain Allah Maha Pencipta. Hal ini membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah bermaksud:Maka apakah mereka tidak memerhatikan Al-Quran?Kalau sekiranya Al-Quran itu bukan dari Allah, tentulah mereka mendapat percanggahan yang banyak di dalamnya. ’’(surah An-Nisa, ayat 82).

BUKTI-BUKTI KEBENARAN MAKLUMAT SAINS DALAM AL-QURAN

1.Doktor perubatan Perancis Maurice Bucaille(1978) menulis di dalam bukunya yang bertajuk THE BIBLE THE QURAN AND SCIENCE ‘Sementara ada kesalahan amat ketara dalam Bible, saya tidak mendapati satu pun kesalahan dalam Al-Quran.
2.Buku Encyclopedia Britannica edisi ke 9 mencatakan Islam tidak pernah memisahkan antara ilmu sains dengan ketuhanan.
3.Christopher Columbus(1451-1506 Masihi) mengakui naluri atas dorongan kuat untuk belayar ke arah Barat dari Eropah sehingga menemui benua Amerika berdasarkan rujukan tulisan ilmiah kitab Geografi Ibn Rushd.
4.Kumpulan astronomi diketuai Muasa Ibn Shaki di arahkan Khalifah al-Mamum mengukur lilitan Bumi di Khatulistiwa sepanjang 40, 253. 4km. Anggaran yang di buat pada hari ini ialah 40, 068km. Maklumat mengenai Bumi itu bulat banyak diterangkan dalam Al-Quran walaupun tidak secara khusus.
5.Cendekiawan Islam seperti Al-Biruni, Nazir, Al-Dinb, Ibnu Sina, Muhammad Ibnu Musa al- Khuwarizmi dan Ibnu Yunus mengemukakan teori sains bedasarkan pengetahuan yang diperoleh daripada Al-Quran.
6.Ayat berkaitan kosmologi(mengkaji asal usul, proses, dan struktur alam semesta) menyebut mengenai langit serta bintang sebanyak 29 ayat, planet, bintang dan orbit sebanyak 15 ayat, musim(25 ayat), penerbangan angkasa lepas(5 ayat), tahi bintang(4 ayat), kehidupan di angkasa lepas(5 ayat) dan angkasa lepas(8 ayat).
7.Pakar Sains bukan Islam mengakui kebenaran fakta dalam Al-Quran sehingga ada antara mereka yang memeluk Islam.
8.Terdapat kira-kira 750 rujukan berkaitan alam semesta dalam agama Islam.

Biarpun Al-Quran sudah diturunkan kira-kira 1400 tahun dahulu manusia masih belum mampu membongkar semua kandungannya. Semakin banyak yang dikaji. semakin banyak manusia berasakan tidak mengetahuinya.

Banyak maklumat sains dalam Al-Quran dibongkar dan diakui kebenarannya oleh pakar termasuk bukan Islam. Mereka mengakui kandungan dalam Al-Quran bukan direka Nabi Muhammad SAW. Tidak mungkin maklumat setepat Al-Quran dicipta atau dikarang manusia.

Perkara yang diterangkan dalam Islam mengenai sains wajar dijadikan pemangkin supaya umat Islam dapat mencari lebih banyak pengetahuan untuk dimanfaatkan dalam kehidupan manusia.

Sesungguhnya Islam amat mementingkan ilmu pengetahuan termasuk berkaitan sains. Islam mengajar kita mendalami ilmu untuk kebaikan umatnya. Manusia akan lebih mengenali Maha Pencipta apabila mengetahui lebih banyak mengenai ciptaan-Nya.

Islam juga menuntut umatnya memanfaatkan seluruh kejadian alam dan ini hanya dapat dilakukan dengan adanya ilmu. Cuba anda bayangkan jika Islam menolak sains pastinya hal berkaitan sains tidak dimasukkan dalam Al-Quran dan tamadun Islam tidak akan berkembang.

Kandungan ilmu dalam Al-Quran juga mengajak kita untuk memperteguhkan tauhid mengesakan Allah. Banyak ayat Al-Quran mengajak kita berfikir serta mengkaji dan memahami tabii alam.

Firman Allah bermaksud:`Maka apakah kamu tidak menggunakan akal?(surah al-Anam, ayat 32).

Mengagumi kandungan Al-Quran menjadi inspirasi kepada sarjana Islam dulu yang berjaya menemukan banyak ilmu sains yang menjadi asas kepada ilmu sains dan teknologi sekarang. Mereka bersungguh-sungguh memartabatkan agama Islam yang syumul. Nama seperti al-Biruni, Nazir, al-Dinb, Ibnu Sina, al-Khuwarizmi dan ramai lagi berjaya mencungkil dan mengemukakan teori sains mereka berdasarkan pengetahuan yang diperoleh dari Al-Quran.

Penguasa atau pemerintah umat Islam pada era kebangkitan Islam dulu memberi kedudukan yang tinggi kepada ahli sains. Mereka menyumbang kepada perkembangan ilmu sains dan matematik serta teknologi. Antara bidang yang di sumbang oleh mereka seperti perubatan, zoologi, algebra, angkasa lepas, trigonometri dan banyak lagi.

Apa yang pasti mereka telah berjaya mengubah cara hidup manusia ke arah yang lebih baik. Para sarjana Islam mengkaji serta mencari penemuan-penemuan yang baru berdasarkan kandungan Al-Quran.

Mereka mengumpul semua maklumat termasuk yang ditemui atau diperkatakan ahli sebelumnya dan dipadankan pula dengan apa yang dijelaskan dalam Al-Quran. Hasilnya mereka berjaya mendapat satu keputusan yang lebih tepat dan menjadi rujukan ahli dalam bidang berkenaan sehingga ke hari ini.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa asas ilmu atau penemuan dilakukan ilmuwan Islam menjadi pencetus kepada kajian seterusnya oleh ilmuwan Barat. Semua kajian itu bemula daripada apa yang telah dijelaskan dalam Al-Quran.

Sebenarnya tanpa buku-buku Islam sememangnya sukar untuk orang-orang Barat untuk memahami ilmu-ilmu dan penemuan yang dilakukan para sejarawan kita.

Pernah Regiomontanus diperintah agar membuat perkakas gerhana berdasarkan ilmu Ptolemy(sejarawa Barat) tetapi kerana tidak cukup maklumat beliau telah merujuk kepada buku-buku astronomi Islam. Selasai sahaja kerjanya beliau telah memberi nama “Alidade”, sebagai memperingati jasa Alidad yang menciptanya.

Sekarang kandungan Al-Quran semakin banyak dikaji pakar sains bukan Islam. Mereka mendapati apa yang terkandung dalam Al-Quran adalah benar belaka. Ada antara mereka yang menganut Islam selepas mengkaji kandungan Al-Quran. Sebahagian yang lain pula walaupun menjadikan Al-Quran sebagai bahan kajian tetapi juga tidak mampu untuk menolak kebenarannya.

Seharusnya umat Islam itu sendiri perlu mengkaji isi kandungan Al-Quran supaya kita dapat mempelajari segala perkara dan hal-hal yang tersingkap dalam kandungan Al-Quran seperti ilmu sains, matematik, peradaban manusia, teknologi, sejarah-sejarah agama Islam dan sebagainya supaya umat manusia yang lain lebih mempercayai dan meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap kita.

Dengan itu kita juga mampu untuk mengunakan segala ilmu yang kita peroleh untuk memajukan bangsa Islam terlebih dahulu supaya kita dapat menjadi model kepada pembangunan ilmu di negara lain. Mereka juga akan mula mengagumi agama Islam dan bertekad untuk menganutnya.

Secara tidak langsung umat Islam telah berjaya menyebarkan agama Islam dengan lebih menyeluruh. Justeru umat Islam kini perlu bangkit untuk meneruskan apa yang pernah dicapai tokoh ilmu sains Islam terdahulu.

Masih terlalu banyak kandungan Al-Quran yang masih belum dikaji dan memerlukan penelitian untuk memanfaatkannya. Jika bukan Islam yang berminat terhadap Al-Qurn mengapa umat Islam tidak mengambil kesempatan itu.

Umat Islam kini hanya membaca Al-Quran tetapi tidak cuba mencungkil 1001 rahsia disebalik setiap isi yang terkandung dalam 6666 ayat itu.

Renung-renungkan.

KESIMPULAN

Al-Quran itu diturunkan Allah melalui Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi panduan kita seluruh umat Islam sehingga ke akhir zaman. Walupun Al-Quran itu sudah beribu-ribu tahun lamanya telah diturunkan kepada umat Islam tetapi masih ramai yang tidak mengamalkannya.

Ketika ajaran agama Islam telah meluas tersebar barulah kita dapat melihat kewujudan tamadun Islam yang maju telah membangun disegenap pelosok dunia. Hasilnya kita dapat melihat kepada kewujudan dan penciptaan teknologi serta ilmu sains dan matematik yang unggul.

Semua ini hasil daripada para sarjana Islam yang bertungkus-lumus mengkaji dan mempelajari rahsia daripada Al-Quran. Kerana dari Al-Quran telah wujud segala ilmu sains, matematik dan teknologi yang diceritakan satu persatu dengan lengkap.

Para sarjana Islam telah berjaya merungkai isi kandungan Al-Quran dan panduan sehingga berjaya menghasilkan ilmu pendidikan seperti algebra, trigonometri, perubatan, zoologi, sistem cakerawala dan sebagainya.

Dari situ lahirlah sarjana sains yang unggul seperti al-Khwarizmi, Ibn-Sina, al-Biruni, Ibn-Rushd dan ramai lagi.

Tidak dinafikan lagi Al-Quran memang banyak mempengaruhi hidup umat Islam. Cuma hanya kita sahaja yang perlu berusaha untuk mengorek dan mempelajari dengan lebih mendalam untuk memperoleh hasilnya. Wallahualam.





Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com

Disediakan oleh: Naaim Bin Abd Karim

Seni Dan Hiburan Dalam Islam -

Dengan nama Allah yang Maha Peyayang dan Maha Pengasihani. Alhamdulillah , segala puji-pujian hanyalah bagi Allah SWT Tuhan semestta alam. Ucapan selawat dan salam ke atas Junjungan Besar NAbi Muhammad SAW. , ahli keluarga baginda , sahabat –sahabat Baginda, dan para pengikut yang terus berjuang di atas landasan kebenaran hingga ke hari akhirat.

Sebagaimana yang kita tahu bahawa zaman sekarang seni dan hiburan semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat kita sekarang sama ada tua mahupun remaja dan juga tidak ketinggalan dalam kalangan kanak-kanak. Isu ini semakin hangat diperkatakan bagi golongan sekarang.

Untuk pengetahuan semua isu ini bukanlah perkara yang baru dalam kalangan masyarakat umat Islam kerana isu ini telah lama diperdebatkan di zaman umat Islam terdahulu. Islam telah menghidupkan cita rasa keindahan dan mengukuhkan seni keindahan , tetapi dengna syarat-syarat yang tertentu yang membawa permasalahan dan tidak mendatangkan kerosakan.

Selain itu, Islam juga telah menghidupkan berbagai jenis seni sesuai dengan kemajuan ilmu pengetahuannya dan sekaligus membezakan dari perkembangan ilmu pengatahuan yang lain, seperti seni khath dan seni ukir sebagaimana yang kita dapati di masjid, rumah, pedang, kerusi dan lalin-lain.

Sebagai contoh, seni sastera yang terdapat dalam masyarakat bangsa arab dimana meraka sangat arif dalam hal ini, termasuklah dalam hal ilmu pengetahuan yang diambil dari bangsa lain. Al-Quran sebagai contoh yang terbaik bagi seni sastera yang tertinggi, sebab membaca dan memperdengarkan kepada orang yang berakal dan berfikir menjadi makanan jiwa dan perasaan yang tidak ada tolok bandingannya. Ini kerana ianya bukan sekadar ditinjau dari segi aspek isi dan kandungan melainkan dari segi cara penyampaian, cara bacaan yang baik dan lunak untuk diperdengarkan dan menyenangkan hati.

Tidak diragukan lagi bahawa masalah seni adalah masalah yang sangat penting kerana perhubungan dengan naluri dan perasaan dan idealisme peribadi dengan berbagai alat yang sangat berkesan , sama ada yang boleh didengar mahupun dibaca. Seni merupakan media untuk mencapai suatu tujuan yang status hukumnya seiring dengan tujuan itu sendiri. Jika digunakan dalam urusan halal dan jika digunakan untuk urusan haram hukumnya haram.

Sememangnya kita tahu bahawa Seni dan Hiburan terbahagi kepada banyak bahagian tetapi saya akan lebih kepada bahagian dari segi nyanyian dan muzik. Pada zaman ini nyanyian dan muzik amat popular dalam kalangan masyarakat pada zaman sekarang. Isu ini ssemakin meluas dan hangat diperkatakan walau dimana saja sama ada di kedai runcit mahupun di kedai-kedai makan di tepi jalan. Isui ini sering menjadi perhatian bagi media cetak dan media elektronik.

Sebagaimana yang kita tahu setiap rumah akan ada sebuah televisyen atau radio. Dan seseorang itu akan nampak ganjil jika tidak memiliki sebuah daripada mereka. Dan ini boleh dikatakan WAJIB bagi setiap rumah sama ada glongan kaya mahupun golongan sederhana. Ianya telah menjadi peralatan asas bagi setiap rumah. Ini tidak menjadi masalah sangat bagi masyarakat sekarang untuk terjerumus ke dalam kancah sosial.

Untuk pengetahuan semua untuk merasai keindahan itu kita terdapat pelbagai cara ada yang dapat dilihat oleh mata, ada yang dapat didengar oleh telinga, dan ada yang dapat dirasai oleh pancaindera-pancaindera yang lain. Tapi saya lebih terjerumus ke arah ‘keindahan yang dapat didengar’atau kita juga boleh kata sebagai lagu atau nyanyian.

Dimana kita tahu bidang nyanyian telah banyak dipersoalkan dalam Islam. Sebagai contoh, ’Bagaimana hukum Islam mengenai lagu dan muzik??’Dan kita tahu bahawa banyak pendapat yang berbeza telah diberikan oleh para ulama tentang isu mengenai lagu dan muzik. Antara pendapat yang diberikan oleh para ulama ialah:
•Sebahagian kaum muslimin menyatakan nyanyian dan muzik adalah halal jika dan merupakan kenikmatan hidup yang diperbolehkan oleh Allah SWT
•Sebahagian lagi menyatakan nyanyian itu seruling syaitan dan perkataan yang tidak berguna itu boleh menghalangi dari zikrullah dan solat. Seperti contoh, jika yang menyanyi itu adalah seorang perempuan atau wanita kerana suara seorang wanita adalah aurat bagi seorang lelaki yang bukan muhrim kepadanya.
•Sebahagian ini pula, tidak pasti dengan atua bersikap ragu-ragu terhadap sikap kedua-dua diatas.

Selain persoalan itu terdapat banyak lagi persoalan yang diajukan oleh kaum muslimin. Salah satu soalannya ialah ‘Apakah nyanyian boleh dimainkan dimainkan dengan muzik ataupun tidak?????’Persoalan ini telah menjadi isu perdebatan yang hangat dan perbincangan yang panjang lebar dalam kalangan para ulama’ Islam sejak pertumbuhan Islam. Mereka telah bersepakat untu7k mengharamkan segala bentuk nyanyian yang mengandungi perkataan yang kotor, fasiq dan mendorong seseorang untuk melakukan maksiat.

Tetapi nyanyian itu pada dasarnya hanya dari segi perkataan…….
•Jika perkataan itu disusun dengan baik maka ianya akan menjadi baik
•Jika perkataan itu disusun ddengan buruk maka ianya akan menjadi buruk
•Jika perkataan itu disusun dengan haram maka ianya akan menjadi haram

TERDAPAT DALIL ORANG-ORANG YANG MENGHARAMKAN LAGU(NYANYIAN) DAN BANTAHAN DARI ULAMA’-ULAMA’

Terdapat beberapa dalil-dalil yang mengharamkan nyanyian diterima iaitu :

•Golongan yang mengharamkan nyanyian mengunakan dalil dengan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud dan Ibnu Abbas bahawa mereka mengharamkan nyanyian berdasarkan firman Allah SWT:

“ Dan di anatara manusia(ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah SWT tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah SWT itu olok-olok. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan” (Luqman:6)

•Dari orang-orang yang mengharamkan nyanyian adalah firman Allah SWT dalam memuji orang –orang yang beriman. Firman Allah SWT

“Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat,
Mereka berpaling daripada………………”(Al-Qashash:55)

Ini termasuklah “Al-Laghwu”(perkataan yang tidak berguna), maka wajib kita menghindarinya. Terdapat 3 golongan iaitu:

1.Golongan yang mendengar nyanyian untuk membantu dirinya melakukan maksiat kepada Allah SWT maka dia seorang yang fasiq.
2.Golongan yang mendengar nyanyian dengan niat yang baik untuk menghiburkan diri dan untuk memperkuatkan ketaatannya kepada Allah SWT , maka orang itu dikatakan membuat kebaikan dan termasuk dalam kebenaran.
3.Golongan yang tidak berniat apa-apa sama ada kebaikan mahupun kejahatan orang ini termasuk dalam golongan “lagha”(sia-sia).


•Dalil dengan hadith dari Siti ‘Aisyah……… “sesungguhnya Allah SWT mengharamkan ‘qainah’(penyanyi perempuan), menjualnya, memakan hasilnya dan mengajarinya. ”

Jawapannya ialah:

1.Yang dimakskudkan dengan qainah ialah “hamba perempuan yang menyanyi di hadapan lelaki dalam majlis dikhuatirkan boleh menimbulkan fitnah. Apabila menimbulkan fitnah ia akan menjadi haram.

•Golongan yang mengharamkan nyanyian ke atas wanita dengan alasan yang tidak munasabah iaitu suara wanita adalah aurat , padahal perkara tersebut tidak mempunyai dalil, dan tidak pula yang mirip dengan dalil dari agama Allah bahawa suara wanita itu salah satu aurat.

Kemungkinan semua nash-nash yang dijadikan dalil diatas mungkin shahih tetapi tidak sharih (jelas) dan tidak ad asaut pun yang sampai kepada Rasulullah untuk mengatakan nyanyian itu haram.

DALIL-DALIL ULAMA’ YANG MEMPERBOLEHKAN NYANYIAN

Terdapat juga dalil yang memperbolehkan nyanyian seperti berikut:

•Ditinjau dari segi nash-nash.

-agama memiliki toleransi dan agama yang bersih serta mudah.
- menunjukkan Islam agama yang tidak memaksa umatnya, serta
kemudahan yang diberikan dan menunjukkan toleransi kepada kaum
non-muslim.
- penting memelihara tradisi suatu kaum yang berbeza-beza dan
mempunyai pelbagai ragam.

•Ditinjau dari segi roh Islam dan kaedah-kaedah
- tidak mempunyai masalah jika hanya untuk dinikmati oleh jiwa dan dianggap baik oleh akal dan fitrah serta disenangi oleh telinga untuk didengari.
- muzik dan suara yang indah itu merupakan naluri manusia dan fitrah yang melekat pada mereka. : ‘ Seperti contoh:bayi dalam buaian akan tenang apabila mendengar suara ibunya dan mengalihkan perhatian dari tangisan. Para ibu apabila mendodoikan anak akan mengundangkan lagu untuk anak-anaknya. ’

-untuk menghiburkan hati yang dalam keadaan yang gundah-gulana dan untuk mengubat hati yang berada dalam keletihan dad kebosanan tetapi dengan keadaan yang tidak berlebihan.

GOLONGAN-GOLONGAN YANG MEMBOLEHKAN NYANYIAN

Telah kita sebutkan nash-nash Islam dan kaedah-kaedah yang membolehkan nyanyian walaupun bercanggah pendapat. Ustaz Syaukani berkata:

“Ahlul Madinah dan ulama’ yang bersependapat dengan , mereka dari kalangan Zhahiriyah serta jamaah dari kaum sufi berpendapat bahawa menyanyi itu diperbolehkan, meskipun dengan gitar dan biola”

Selain itu Ustaz Manshur menceritakan mengenai mendengar lagu, bahawa sesungguhnya Abdullah bin Ja’far tidak memandang nyanyian itu terlarang. Bahkan ia sering mengubah lagu untuk hamba-hambanya perempuannya lau mendengarkan nyanyian mereka dengan alat muzik.

Tambahan pula, Imam Ar-Rauyani menceritakan dari Al-Qaffal, bahawa sesungguhnya mazhabnya Imam Malik bin Ana situ memperbolehkan menyanyi menggunakan alat muzik, demikian juga Ustaz Mansur Al-Faurani juga menceritakan dari Imam Malik tentang bolehnya mempergunakan gitar.

Mereka semua mengatakan halalnya mendengar lagu menggunakan alat-alat muzik. Tidak ada salahnya jika menggunakakn alat muzik untuk menyedapkan lagi lagu yang dikumandangkan. Terdapat banyak lagi golongan yang tidak dinyatakan……


BATASAN DAN PENSYARATAN YANG HARUS DIPELIHARA


Walaupun telah banyak kita pelajari tetapi kita juga hendaklah tahu mengenai batasan-batasan dan syarat yang dikenakan supaya tidak terpesong kea rah yang lain. Syarat-syarat ini hendaklah dijaga dalam mendengarkan lagu, antaranya ialah:

•Tegaskan bahawa semua lagu itu tidak diperbolehkan. Ini bermaksud tema atau isinya mestilah atau harus sesuai dengan adab dan ajaran dalam Islam.

Contoh :menyanyi dengan kata-kata Abu Nawas:

Sudahlah mencela diriku; Kerana celaan itu meerangsang permusuhan. Sembuhkanlah aku dengan ubat; Yang dahulu dikenal sebagai penyakit.

Ini kerana merupakan tasykik(keraguan)terhadap dasar-dasar keimanan
-lagu-lagu yang dilarang seperti menyanjungi orang-orang
zalim para thaghut , dan orang-orang fasiq yang telah melakukan penderitaan kepada umat Islam.
-lagu-lagu yang menyanjungi orang yang bermata keranjang dan hidung belang sama ada lelaki atau wanita.

“katakanlah wahai lelaki yang beriman, hendaklah mereka memelihara pandangannya…………” (An-Nur:30)
“katakanlah wahai wanita yang beriman :hendaklah mereka menahan pandangannya………” (An-Nur:31)

•Penampilan dan gaya juuga perlu dijaga. Apabila mengalunkan suara unttuk menyakitkan hati seseorang ini akan mengalihkan nyanyian tersebut menjadi haram, syubhat atau makruh. Sesungguhnya Al-Quran telah memberikan wasiat kepada para isteri Rasulullah SAW:

“………janganlah kamu tunduk(melunakkan)dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya……”
(Al Ahzab:32)

•Lagu-lagu tidak boleh disertai dengan perbuatan haram minum arak, menampakkan aurat tanpa ada pensyaratan dan batas.
•Nyanyian juga tidak boleh berlebihan sebagaimana barang-barang yang diperbolehkan.

-terutama menyentuh hati dan perasaan. Dimana berbicara tentang
cinta dan kerinduan.
-seimbangkan antara keperluan dunia dengan agama serta hak sosial.
-agama telah mengharamkan ghuluw (berlebihan)dan pemborosan di
dalam segala hal , sekalipun dalam beribadah.
-kita hendaklah membahagikan waktu dengan adil dengan 3 perkara:

@adil dan seimbang
@Allah SWT akan menanyai setiap insane tentang umur
untuk apa dihabiskan
@tentang masa muda untuk apa dipergunakan

•Jika lagu yyang dimainkan membangkitkan syahwat hendaklah kita menjauhinya dan menutup semua pintu di mana angin fitnah dapat menghembus ke dalam hati, agama dan akhlak.

MENGAPA ULAMA’BERSIKAP KERAS DALAM MASALAH LAGU

Ulama’ akan bersikap keras apabila ianya membabitkan alat muzik.. Ini kerana beberapa alasan.
•Mengambil sikap berhati-hati , bukan mengambil yang lebih mudah.
•Tertarik dengan Hadith-Hadith dha’if dan palsu.
•Keadaan lagu yang sedap mendominasi

-kebanyakan lagu pada zaman ini lebih terjerumus kearah yang menyimpang dan keluar dari batasan.

NYANYIAN DALAM BERBENTUK MAKSIAT


•Menjadi sebahagian yang tidak boleh dipisahkan dari kehidupan kalangan elit atau masyarakat yang glamour yang tenggelam dalam duniawi, mengabaikan solat, serta mengikuti syahwat dam bercampur-aduk lagu dengan kemaksiatan.
•Tambahan pula dengan permainan gadis-gadis cantik sehingga mendengar lagu dalam keadaan seperti ini dapat menimbulkan perbuatan yang memalukan dan kefasiqan terhadap perintah Allah SWT.

BEBERAPA FAKTOR YANG MENGUBAH HUKUM MENDENGAR NYANYIAN DARI MUBAH MENJADI HARAM

•Faktor yang ada pada penyanyi. -contoh:seorang wanita tidak halal untuk dipandang dan dibimbangi terjadi fitnah apabila memperdengarkannya, sehingga haramnya di sini kerana takut fitnah bukannya lagu itu sendiri.

•Faktor yang ada pada alat muzik. -jika alat yang digunakan termasuk dalam perkara haram seperti lelaki yang menyerupai wanita. Contohnya seruling, sejenis gitar dan gendang. Alat tersebut adalah dilarang.

•Faktor yang ada pada isi lagu. -seperti perkataan yang mencaci dan kata-kata kotor, atau kata-kata dusta terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya.

•Faktor yang ada pendengar. -ini selalunya terjadi kepada golongan remaja iaitu apabila remaja mendengar nyanyian dengan nafsu syahwat maka nyanyian itu adalah haram.

•Faktor kewangan -apabila kita mempunyai wang yang banyak , maka kita akan menyalahgunakan wang tersebut. Kerana itulah kewangan juga salah satu factor yang menjadi masalah.

Apa yang menyebabkan seruling dan gitar menjadi haram ialah terdapat 3 alasan:

1.kerana ia boleh mendorong seseorang untuk minum khamar.

2.alat-alat muzik tersebut bagi orang yang mendekatkan jangka waktunya dengan khamar.

3. berkumpul dengan muzik sudah menjadi kebiasaan bagi orang-orang Fasiq, maka kita dilarang untuk menyerupai dengan mereka.

Saya akhiri juadah yang saya bentangkan dengan apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan perkataan haram. Sesiapa yang mengucapkan perkataan haram dengan lantang maka dia seharusnya takut denga Allah SWT kerana perkataan haram amat berisiko tinggi dan salah mengucapkannnya akan menerima hukuman yang teramat berat dari Allah SWT.

Jika masalah ‘haram’diketahui dengan nash yang tetap dan tegas atau ijma’ yang disepakati. jika tidak demikian maka pintu maaf dan kemudahan menjadi longgar, padahal para salafus solleh adalah suri teladan yang teramat baik. Jdi janganlah kita mempermainkan perkataan ‘haram’ sesuka hati untuk menyatakan hukum. Oleh itu kita hendaklah memahami apa yang diharuskan dalam Islam dam apa yang tidak diharusskan dalam Islam……. Janganlah kita seesuka hati menyatakan hokum yang tidak shahih dan tidak mempunyai akar umbi yang betul.

Oleh itu untuk seni dan hiburan tidak salah dari segi agama tetapi perlulah mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh agama untuk kesenangan umat Islam hhuga pada masa hadapan. Jadi kita hendaklah sama-sama membangunkan Islam.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com